Sabtu, 31 Disember 2011

Datangkan Mood ke Sekolah : Berbelanjalah....

 
 
Shopping?? Memang seronok kan? 

Ini pun salah satu cara CikMa mendatangkan mood untuk kembali ke sekolah...

Jom tengok ni...



Wah.. ada apa dalam beg ini?? Tadaaaaaa....

Dah orang pilihkan, terima kasih, ayah cik.... :)

 
Inilah kali pertama CikMa beli beg tangan jenama Guess.Itu pun CikMa kirim kat abang CikMa yang ke Los Angles awal bulan Disember lalu....Ops! Jangan sangka kami orang kaya tau.. Abang CikMa ni seorang pramugara MAS.... Kebetulan dia ke sana, CikMa kirim lah...Maklumlah tengah jualan murah untuk perayaan Hari Natal... Jadi, memang berbaloi sangat-sangat!

Tiba-tiba CikMa teringat ada seorang murid tanya kepada  seorang guru yang memakai beg tangan Guess. 

"Cikgu , G ni apa? Gila ye??"

Hahahaha... Sabar je lah... Kalau macam tu, CikMa tak bawalah beg tangan ni ke sekolah... Silap-silap hari bulan ada murid cakap cikgu bawa beg gila! 
Sungguh kurang asam    >.<     ... hehehehe 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Soal Rezeki , Milik-Nya Jua


 
 
Disebabkan dia seorang sahaja, CikMa biarkan je lah dia buka khemah tengah-tengah 'dunia'....





Tahun depan , Mawaddah akan masuk Tahun 2... maknanya dah lapan tahun Allah anugerahkan dia kepada kami....

CikMa kemas-kemas pakaian lama..baju dia masa baby ,masih elok lagi, CikMa dah beri pada orang cuma ada beberapa yang CikMa simpan ...yang ini


Ayah Cik dia yang hadiahkan... ole-ole dari Australia


 
dan yang ini....


Sarung tangan dan sarung kaki Mawaddah....

 
Masa ni, rasa memang nak sangat ada baby... Tapi Allah SWT  masih belum perkenan...

Cuma kadang-kala CikMa rasa ralat di hati, bila ada yang bertanya: 
 
"Hai, takkan sorang je? Cukup ke?"
"Mawaddah dah besar, boleh bagi adik kat dia..."
"Jangan tunggu lama-lama, kita ni makin tua...."
"Aik, dari dulu on the way, mana tak sampai-sampai?"

dan banyak lagilah suara-suara yang 'ambil berat'  tentang adik Mawaddah yang masih belum kunjung tiba...
 
Ada nada gurau, ada nada sinis. Ada juga yang ikhlas, namun ada juga yang risau tiada asas.

CikMa pujuk hati sendiri, tak mahu ambil hati dengan kata-kata mereka yang tak mengerti...

Soal rezeki cahaya mata, semua pasangan pasti berkehendak...Sebagai hamba kita berusaha, namun hasilnya masih Allah belum perkenan.

Kami berlapang dada, sementara usaha tak mengenal putus asa. Tangga hospital tentunya mengecam langkah kami, namun perancangan Allah adalah yang terbaik dari segala-galanya....

Kurang sini, lebih sana. Tiada yang ini, yang lain melimpah.Begitulah kehidupan...
 
Jadi, kawan-kawan, doakan CikMa ya!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 30 Disember 2011

Senarai Semak Kembali Ke Sekolah



Sesi persekolahan 2012 semakin hampir. Persediaan CikMa dengan Mawaddah 'sama naik'. Abah duduk perhati sahaja , bertanya itu ini sambil tangan menghulur $$$  :)

Apa yang nak kena CikMa sediakan ni?? 

Sebagai ibu:

  • Pastikan buku sekolah anak semua dah mencukupi.
  • Pastikan pakaian sekolah anak selesai dibeli, dicuci dan digosok.
  • Pastikan sudah mendaftar taska transit, sekolah agama dan pusat tuisyen.

Sebagai isteri / surihati:(bukan Lisa Surihani

  • Pastikan baju kerja suami sedia bergosok.
  • 'Goda' suami ke pasar untuk penuhkan stok bahan mentah peti ais
  • 'Goda' suami ke pasar raya untuk lengkapkan barang dapur : beras, minyak, gula dan sewaktu dengannya.
  • Kisar cili, bawang putih  dan bawang merah siap-siap, simpan sejuk.
  • Kemas rumah sebagai sentuhan kepuasan sebelum sibuk bekerja.

Sebagai guru :


  • Pastikan Buku Rekod Mengajar   siap dibalut, dan ditulis rancangan pelajaran hari pertama .
  • Pastikan Sukatan, Huraian dan Rancangan Pelajaran tersedia.
  • Buat buku kedatangan sementara.
  • Pastikan dakwat mesin pencetak sedia diguna.


Wah, baki 4 hari lagi... agak-agak sempat ke CikMa sediakan semuanya ya??


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

SBPA - Sebal Betul Perasaan Aku

 
 
 
Aduhai, lama rasanya tak masuk 'rumah' sendiri. Maklum sahajalah, saat-saat percutian makin berakhir, semua tugasan harus dibereskan dengan segera.
 
SBPA. Kawan-kawan dah tandatangan tak?
 
CikMa sudah, tapi dengan perasaan sebal.
 
Kenapa?
 
Sebab  angka gaji yang terpampang sungguh tidak 'menepati selera'. Mengada-ngada !

Orang lain, memang sah-sah lah semuanya naik, tapi CikMa pula tidak naik seperti hakikat.Banyak bezanya,bukan seratus dua, tapi lebih tau.... huhuhu

Gara-gara?

Buku Rekod Perkhidmatan yang tidak dikemaskini. 
Pernah dengar tak BRP ni? 
 
“Buku Perkhidmatan Kerajaan” (selepas ini dirujuk sebagai Buku Perkhidmatan) bermaksud buku bernombor Am 274 yang disediakan khusus bagi merekodkan maklumat peribadi, perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap pegawai awam.

Kalau nak baca lanjut, tekan sini.
 
Semua hal kita, naik pangkat, cuti, kursus ,SKT, semuanya ada dan patut tercatat dalam BRP ini.
 
Biasanya,jika kita ingin memohon sambung belajar, mohon  naik pangkat dan sebagainya, salinan BRP diperlukan.
 
Jadi, CikMa berpesan kepada semua kawan-kawan, sebaik-baiknya semak BRP di JPN masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Salinan sijil kursus yang disahkan juga perlu dihantar ke Bahagian Perkhidmatan supaya dapat direkod.
 
Sudahnya, orang lain semua syok sebab dah tandatangan SBPA, tapi CikMa? Rasa sebal je sebab urusan tergantung.....Sabar je lah....



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 24 Disember 2011

Jangan Sangka Dia Surirumah Biasa....

 
Cerita 1:
" Izuddin tu, gaji besar. Patutnya dia suruh je Maria duduk umah, tak payah kerja." Ulas seorang kerabat jauh CikMa. Beliau seorang yang bekerjaya, gajinya 4 angka.
Entah mana dia tahu suami CikMa gaji besar ke tidak??Pelik pelik.. 

"Eh... mana boleh begitu.... " Celah kakak CikMa.

" Maria belajar tinggi, sampai luar negara. Dah ada ijazah...Sekarang dia jadi cikgu, kena sumbangkan pula kepada masyarakat dan negara.... Mana boleh duduk rumah sahaja... " Sambungnya tak puas hati. 
Kakak CikMa seorang surirumah sepenuh masa, menjaga suami dan 6 orang anaknya. 


Cerita 2:

"Kak Mie, pinjam buku ni boleh?" Suatu hari CikMa bertandang ke rumahnya dan ternampak sebuah buku yang menarik untuk dibaca.

"Akak dah habis baca, tapi akak tak nak bagi Maria  pinjam buku ni." Dia menjawab. Kedekut punya kakak! 

Belum sempat CikMa memujuk, dia menyambung : "Buku ni, harga dia RM15.00 je... Maria kat gaji beribu, takkan tak boleh beli? " GULP! Hambek sebijik!

Kakak CikMa memang suka membaca... Kalau beri dia hadiah antara kain dan buku, dia akan pilih buku. Hebat sungguh surirumah yang seorang  ini!


"Kalau semuanya asyik pinjam, macamana penulis nak dapat duit? Bagilah semangat kat penulis-penulis yang hebat-hebat tu... Dapat juga kita ilmu bila  mereka menulis.Lagipun , akak akan baca buku ni berulang kali.Beli lah, RM15 je... mana-mana kedai buku pun ada jual...."
Adooiii, kenapalah CikMa tak terfikir hal ni, kan dah kena sound...

Memang CikMa tabik kepada kakak CikMa  yang seorang ini.Hujahnya ringkas, padat dan bernas sekali! Sungguhpun gajinya bukan 4 angka, tapi, mindanya menjangkau hakikat kehidupan!
Kakak CikMa bersama anak-anaknya...



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 23 Disember 2011

Datangkan Mood ke Sekolah : PnP Origami


    
 
 

Apabila cuti sekolah berakhir, macam-macamlah perasaan yang timbul... Baik cikgu mahupun murid, masing-masing ada rasa... yang paling biasa didengar,alahai.. cuti nak habisssss. Kalau boleh nak sambung cuti lagi.Tapi boleh ke?? Jawapannya, semua tahu.Tentulah tak boleh,kan?

Dah hujung-hujung cuti  ni, CikMa mula kumpul balik semangat dan motivasi  seorang guru. Biar sampai rasa teruja dan rindu nak jumpa murid-murid. Hmmm... cikgu je yang rindu murid, agak-agak naik sekolah ni nama kita dia ingat ke tak? :)

Baiklah, untuk mendatangkan 'mood' alam persekolahan, Cikma akan belek-belek gambar Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang lalu.... Seronoknya cikgu bila didampingi murid seperti semut menghurung gula.Murid-murid yang tekun belajar, turut buatkan hati cikgu makin gembira nak melangkah ke tahun 2012.




 
 

Seronoknya... Tak sabar nak masuk mengajar!! Boleh ke macam tu?

Cara untuk datangkan mood ke sekolah cara CikMa, ada lagi.... kita sambung lagi nanti ok!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 22 Disember 2011

Cara Menulis Refleksi P&P

 
 
Macam-macam versi refleksi yang disampaikan kepada para guru. Tulis peratus lah. Kena tulis bilangan murid lah.Macam-macam. Maka, bagi guru yang semangat berkobar-kobar, tulis selengkap-lengkapnya. Manakala , bagi guru yang kurang berkobar, tulis saja asalkan ada. 

CikMa pernah mengikuti satu slot Jemaah Nazir  dan Jaminan Kuali (JNJK) ,menurut nazir tersebut, refleksi bertujuan untuk :
 
mengetahui sama ada PnP pada hari tersebut berjalan atau tidak. 
Adakah objektifnya tercapai? 
Berapa yang capai?
Berapa yang tidak dapat mencapai objektif?
Apa tindakan guru kepada murid yang tidak dapat mencapai objektif tersebut?

Yang ni, contoh refleksi subjek Bahasa Inggeris.

12 students were able to answer the questions correctly. Others reread,
re-check and re-do the questions

32 students had to be guided and explained thoroughly in order to
complete the task.

18 students were able to answer the questions and list out the points
needed. Lesson to be continued.
Kalau CikMa sendiri, CikMa tulis begini:

Kehadiran: 28/30
PnP lancar.
25 orang murid dapat menghafaz ayat Kursi dengan betul.
3 orang murid masih menghafaz dengan bimbingan Imam Muda

Jika pada hari itu guru ada mesyuarat atau sakit atau berkursus, biasa CikMa tulis begini:

PnP ditunda pada  (letak tarikh kemudian)
Guru cuti sakit.

Menurut Nazir: 
BRM hendaklah ditulis dengan pen hitam.  
Refleksi tulis pen biru.  
Jika PnP ditangguh,refleksi tulis guna pen merah.
Buat garisan dengan guna pen hitam, bukan merah.

Begitulah ceritanya..... wallahua'lam

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Cara Tingkatkan Motivasi Diri



Anda tidak bermotivasi?
 
Bagaimana nak tingkatkannya?

Tingkatkanlah kemahuan anda

Bagaimana?
Pastikan apa yang anda mahu

dan 

soal diri  anda kenapa  

lagi
Apakah kemahuan itu jalan menuju keredhaan Allah

Jika benar. Teruskan.Fikir. Cari jalan.

Ketika itu motivasi anda akan meningkat tanpa disedari.

Rumusan: Orang yang tidak bermotivasi adalah orang yang tidak tahu apa yang dia mahu. Sebab itu dia tak tahu nak buat apa-apa. Dia akan rasa bosan, malas dan tak bertenaga.

Dipetik daripada: Prof. Dr. Muhaya






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 21 Disember 2011

Sotong Goreng Kunyit

    
 
Semalam CikMa masak sotong goreng kunyit. Tapi kali ni CikMa ikut resepi Chef Mat Gebu. Perggggghhhhhh..memang layan habis!


Rupa-rupanya  sotong tu kita kena perap dulu dengan bawang putih, sos tiram dan secubit garam...

 Lepas tu barulah kita gorengkannya.... 

Ingatkan susah nak masak, makin lama makin seronok pula!

Terima kasih Chef Mat Gebu!
Tekan sini  untuk lihat resipi Chef MG.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Amanat Menteri Pendidikan


 
 
 
Macam-macam info yang CikMa terima semasa mesyuarat pagi tadi. 
 
Antara amanat Menteri Pendidikan ialah:

1. 1 murid mesti ada : 1 meja , 1 kerusi dan 1 set buku teks lengkap

2. Guru hendaklah memulakan P n P  pada hari pertama persekolahan
 
3.Buku Rekod Mengajar (BRM) hendaklah ditulis bermula hari pertama 
 
4. Minggu pertama persekolahan tidak boleh ada mesyuarat

Point 4 tu..... macam musykil je?!!





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Cerita Buah Melaka@Onde-Onde 2

 




 
CikMa baru balik mesyuarat kurikulum kat sekolah. Nampaknya cuti sekolah dah pun berakhir bagi guru-guru seperti CikMa.
 
Bermula hari ini, boleh dikatakan setiap hari kami para guru akan pergi ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat dan melihat keputusan PMR yang akan diumumkan esok.
Saja CikMa nak legakan minda, jom tengok apa yang CikMa dah buat..... Jeng Jeng Jeng
 






Dulu CikMa dah pernah buat di sini .Tapi kali ni CikMa dah upgrade cara 'persembahan' kuih buah melaka ni... CikMa dapat idea ni daripada Chef Mat Gebu lah... tapi hasil tangannya, mak aiii, mengalahkan kaum 'veremvuan' nampaknya.....
Cuba tengok yang  ini ... 

Cantikkan? Kita tengok pun geram...
Memang comel buah onde-onde bila diletak dalam mangkuk kecil begitu....


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 20 Disember 2011

Semak Keputusan PMR Secara SMS

 
 
Pejam celik pejam celik keputusan PMR dah pun nak keluar....

Pelajar susah hati.

Ibu bapa risau.
 
Cikgu berdebar.


Yang pasti, keputusan PMR 2011 akan diumumkan hari Khamis ni, bermula 10 pagi di sekolah masing-masing.

Walaupun sekarang ada cara sms untuk dapat keputusan, tapi bagi CikMa, pergi sendiri  dan tengok slip keputusan di depan cikgu dan kawang-kawan lain adalah lebih bermakna dan happening.... 

Bagi yang nak mencuba cara sms, tiada salahnya...

Hanya taip mySMS dan hantar ke 15888 .
 
Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai 10 pagi Khamis dan berakhir sehingga pukul 12 tengah malam, 28 Dis 2011.
 
 
 PMR < jarak > NO IC ANDA <jarak> ANGKA GILIRAN .. 
 
Murah je kalau nak sms: hantar  15sen
Caj Penerimaan : 20 sen
 
CikMa doakan semoga adik-adik yang mengambil PMR 2011 akan mendapat keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha kalian... Amin. Bagi yang mendapat keputusan yang tidak seperti diimpikan, ingatlah...PMR bukanlah kesudahan hidup.Bangkit dan belajarlah sesuatu dari kehidupan.Jangan emo!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 18 Disember 2011

Memang Tersentuh Hatiku...



 
 
Hari ni sempatlah CikMa blogwalking.... terbaca kisah bayi yang lahir tak cukup bulan dari blog mamaluv.Ada juga rakyat Malaysia yang mengalaminya... boleh baca sini

Dah alang-alang masuk blog tu... terus CikMa tertarik kerana nama anak Kak Min (pemilik blog) sama dengan nama anak CikMa..iaitu Mawaddah.

Mawaddah Kak Min adalah bayi anugerah Allah yang sangat istimewa... Meruntun hati seorang ibu tatkala membaca kisah yang dititip oleh Kak Min menerusi laman blognya.... Sungguh tabah dan kuat hati beliau sekeluarga dalam menghadapi semua dugaan Allah SWT.

Hati CikMa terusik terus..
 
Syukur kena selalu kerana nikmat hanya datang sekali-sekala.....


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Bunuh Anak Kerana Farmville??!

 
 
Ada baca tak  berita nih?



Dulu CikMa pun suka main game ni tapi sekarang tidak lagi.... Sebab??Makcik tanam pokok sebenar lah nak ooooiiiiiii.... Petik-petik dalam Farmville bukan dapat makan pun! Ni ha CikMa petik cili, dapat jugak hiris-hiris goreng telur dadar! Goreng pun sodappppp... :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 16 Disember 2011

Dah Potong ke Belum?

 

Masuk minggu-minggu terakhir persekolahan ni, ramai ibu bapa yang tak melepaskan peluang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka.
 
CikMa teringat akan kisah seorang anak murid CikMa , yang masih belum berkhatan walaupun sudah berumur 14 tahun (Tingkatan 2).
 
Dikisahkan bahawa  kakak dan abangnya meninggal dunia ketika kecil akibat demam denggi. Oleh kerana dirundung kesedihan,  maka si  ibu bapa tidak mahu anak yang ada ini disakiti... Padahnya, sehinggalah anak semakin remaja, keadaan menjadi semakin sukar.....

Si anak diejek, malah dia sendiri berasa gerun dan menolak apabila hal berkhatan disuarakan oleh ibu bapanya. Masakan tidak, kawan-kawan di sekolah asyik menyakat tak sudah-sudah!
 
Sehinggalah suatu hari, dia melarikan diri dan bersembunyi setelah sampai di hospital...Ibu dan ayah jadi bingung dan mati akal dibuatnya....

Semakin sukar apabila dia tidak mahu tandatangan surat persetujuan untuk dikhatankan..Mungkin sebab dia dah ada IC, mungkin begitulah prosedurnya... Wallahua'lam.

Apabila naik Tingkatan 3, saja lah  CikMa 'ngendeng-ngendeng' kat dia, tanya dah sunat ke belum? Murid ini , memang manja dan keanak-anakkan.... Berbeza dengan remaja sebaya dengannya.. 

Dia senyum simpul dan angguk... Teruja CikMa nak dengar cerita selanjutnya.Bersyukur pun ada.

Dia cakap, mak dia nangis-nangis pujuk supaya dia bersunat tahun itu juga.... Akhirnya, dia bersetuju dengan syarat dia dibius satu badan (tak sedarkan diri lah) Kita beranak pun tak macam tu, haishhh  .. Bertuah punya budak.
 
Ihsan : Ustaz Google

Dia cakap: "Bila saya sedar, memang tak sakit... lama-lama, bila ubat bius dah abis, sakitnya ustazahhhhh... saya tak nak sunat lagi lepas ni!"
 
Hahahah... lawak sungguh anak muridku yang seorang ini!Aduhai... gelihati CikMa dibuatnya!

Alhamdulillah,akhirnya, misi berjaya... Semakin hari dia semakin matang... Mungkin dia rasa perubahan diri kot... 

Jadi kepada semua teman-teman yang ada anak bujang yang di bawah umur... pikir-pikirkanlah..jangan tangguh-tangguh, haru jadinya nanti!!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Buat Kerja Biar Pakai Otak...

 
Buat kerja biar bijak. Atau dalam bahasa kasarnya,  buat kerja biar pakai otak.Uiks, kasar sungguh, ye tak?

Dulu-dulu CikMa terbaca satu artikel yang ditulis oleh Dr. HM Tuah... Tulisannya betul-betul tertanam dalam diri CikMa sampai hari ni. Apa yang ditulisnya tu??

Haa, baca sampai habis.

Semua orang ada kerja.Kadang-kadang sikit, kadang-kadang berlambak.Jadi, kata Dr. HM Tuah, tirulah macam PENIAGA APAM BALIK.

Pernah tengok tak orang jual apam balik kat pasar malam?? Macam ni haa....

Ihsan: En. Google

Dr. Tuah cakap, cuba perhatikan peniaga apam balik...Mula-mula dia sapu marjerin, lepas tu 'leset ' tepung,dari piring kuali pertama sampai hujung....

Lepas tu dia kembali kat piring pertama, letak gula....sampai piring kuali yang hujung.
Kemudian dia letak jagung... awal sampai akhir...
Pastu last dia tabur kacang... 
Sampailah dia dapat bungkus dan jual kat pelanggan.
 
Sedaplah pulakkk....


 
Cuba perhatikan. Kerjanya cermat, sistematik dan lancar.

Tak pernah kita kena tunggu lama-lama bila nak beli apam balik, setuju tak?
Jom pakat-pakat perhati orang jual apam balik pasni... Hehehe....

Lepas ni, pagi-pagi tekan mesin basuh dulu...
Keluarkan ikan/udang/ tapak sulaiman beku dari peti ais tu...
'Tenggek' nasi sebelum masak yang lain... 
Sementara anak belum bangun, ngadap blog dulu..(boleh cenggitu?)
Aduh... duh....banyak kerja wehhh..




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tanda-Tanda Ikhlas

    

"Saya ikhlas nak tolong awak...."
 
"Saya memang ikhlas nak buat..."

Biasa tak dengan ayat macam ni? Tapi, betul ke orang itu atau kita sendiri betul-betul ikhlas?


Jom kita tengok apakah tanda-tanda seseorang itu ikhlas dalam perbuatannya?
 
 
1.Amalan itu hendaklah mengikut hukum dan syarak.
 
2.Buat sesuatu perkara tanpa mahu glamour/ hebahan  
 
3.Tidak tamak dengan apa yang dimiliki 
 
4.Tidak mengharap malah tidak perlukan pujian 
 
5.Tidak mengharapkan ganjaran 
 
6.Sentiasa bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik 
 
7.Sedia membuat penambahbaikan (upgrading) dengan menambah ilmu dan kemahiran 
 
8.Berterusan dalam membuat kebaikan dan tidak pernah mahu berhenti  daripada     
   melakukannya

9. Mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia


Al-Junaid berkata: "Ikhlas merupakan  (sirr) rahsia antara Allah SWT dan hamba-Nya, yang tidak diketahui kecuali oleh malaikat sehingga ia menulisnya, tidak diketahui oleh syaitan sehingga ia merosakkannya, dan tidak diketahui pula oleh nafsu sehingga mencondongkannya."

Suatu hari, Imam Syafie menbersihkan ruang masjid sementara menanti  kesemua muridnya datang ke masjid itu untuk mendengar kuliah beliau .Namun, perbuatannya itu dihalang oleh seorang muridnya kerana murid itu menganggap darjat seorang guru tidak sesuai memegang debu dan kotoran. 

Apakah respon Imam Syafie?

Beliau berkata: Biarlah aku mengemas masjid ini, kerana aku sendiri tidak tahu yang manakah amalanku yang ikhlas, yang benar-benar diterima di sisi Allah.


Ayuh renung-renungkan dan selamat beramal.... Anda buat, anda dapat!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 11 Disember 2011

Tidur dalam khemah sebelum beli rumah...

     
 
Alkisahnya.... pada 10hb Disember lalu (Sabtu).... ada pelancaran jualan rumah...


Tapi.... pada 9hb Disember, (Jumaat), jam 4.40 petang orang yang nak beli rumah dah mula mengambil tempat... 


Walhal khemah masing sedang dipasang.... Pembeli pertama yang sebelah kiri sekali dah tunggu seawal 2.00 petang lepas solat Jumaat. 

Sehingga 10.30 malam, dah penuh tiga baris. Bermakna dah ada 30 pembeli. Sedangkan rumah yang akan dijual hanya ada 47 unit.(ada 57 sebenarnya, tapi dengar kata 10 unit staff dah beli.)Wallahu a'lam


Semua yang nak beli rumah ni terpaksa bermalam di khemah sehinggalah pagi esok... (termasuklah pakcik dan kakak ipar CikMa).

Mereka terpaksa bergilir-gilir untuk solat, makan dan ke tandas.
 
Keesokan paginya, khemah tersebut penuh . Tak sempat CikMa nak jenguk lagi. 
Dahsyat sungguh! Beli goreng pisang pun tak perlu tidur kat khemah. Rumah lagi panas daripada pisang panas!

Jadi, kepada sesiapa yang mahu membeli rumah, nak-nak yang corner lot, silalah bersedia untuk bermalam di khemah ,ok! Kalau lambat... sendiri mau ingat laaa.....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥