Ad Code

Responsive Advertisement

Baju Arnab

 
 
Sudah sebulan setengah CikMa mengajar di sekolah. Kerja memang banyak, tak pernah habis. Di celah-celah kesibukan dan kepenatan itu, tetap juga CikMa mencari keseronokan dalam bekerja... Barulah hilang rasa penat....

Hari ini sahaja ada banyak peristiwa yang berlaku di sekolah. Tapi, ada satu cerita yang mencuit hati.

"Ustazah, kalau kita pelihara burung, berdosa tak?" Tanya Irfan , anak murid CikMa yang ringan tulang.

Haishh... susah juga nak jawab nih....

"Kalau nak pelihara haiwan, kena ada sifat ihsan terhadap binatang...."CikMa menyusun ayat.

"Kena bagi makan, minum, rawat kalau sakit dan biarkan dia bebas, jangan terkurung ..." Sambung CikMa.

"Ustazah, saya ada arnab. Seminggu sekali je saya lepaskan dia." Cerita si Irfan. "Tapi, hari-hari lain, saya kurung dia. Berdosa tak saya?"

"Kalau sangkar dia besar, okaylah, dapat juga dia berjalan-jalan, kan? Kalau tidak , boleh krem kaki dia..." Jelas CikMa.

"Ustazah, saya ada belikan dia baju. Mahal, RM40 harganya.Saya beli kat pet shop"
 
Macam ni agaknya baju arnab Irfan... :) Kredit En. Google
 
Ya Allah, bagai digeletek hati CikMa ni... "Mahalnya, sama mahal macam baju awak." CikMa melayan....Hilang rasa penat memandu sejam ke sekolah.

Irfan tersengih-sengih.... "Kalau tempah lagi mahal, ustazah!"

Aduhai Irfan... girang hati ustazah dibuatnya!
Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu