Ad Code

Responsive Advertisement

Siapa CikMa ?



CikMa seorang guru Pendidikan Islam;
 pernah mengajar di  sebuah sekolah menengah murid lelaki selama 10 tahun , yang terletak di Kuala Lumpur. Telah berusaha mencekalkan hati untuk  mengajar semua tingkatan, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dan berusaha memberikan pendidikan terbaik walau mengambil masa lebih sejam untuk tiba ke sekolah kerana berulang-alik dalam pemanduan 3J: jarak jauh dan  jem.

Kini, CikMa mengajar di Kajang, setelah 07 kali memohon pertukaran. Alhamdulillah, ditempatkan di sekolah menengah murid perempuan pula. 

Memang bercita-cita menjadi guru sejak azali lagi :) Namun sudah di 'upgrade' cita-cita itu dan berhasil menjadi Guru Cemerlang Pendidikan Islam sejak tahun 2010.
Menjawat jawatan sebagai seorang hamba Allah, isteri, ibu dan anak yang berusaha menjadi insan terbaik dalam mengejar redha-Nya.
Suka berkawan dengan orang yang cintakan Allah dan Rasul. 

Pasti belajar sesuatu setiap hari, motto hidup CikMa.
Close Menu