Ad Code

Responsive Advertisement

"Bunyi-Bunyian" Lagha

 
 
"Oink! Oink!"

"Meowww... Meowww....."

"Tettttt.. Tettttt....."

Masya-Allah, bising betul murid-murid CikMa sewaktu pertukaran kelas. Macam-macam bunyi dibuatnya. Sekejap CikMa rasa maca kat zoo, sekejap rasa macam atas jalan raya. Jangan tak sangka, bunyi-bunyian ini keluar dari mulut murid Tingkatan 4! Pening! Murid-murid Tingkatan 1 pun tak sebegini.

" Nak tahu tak....? " CikMa memulakan kata.

"Minggu lepas, Ustazah kan pergi kursus..." 
Masing-masing mula memasang telinga. Biasalah, cerita memang suka didengar.

" Kawan sebilik ustazah tu, cikgu Sains tau.... tapi ustazah yang ustazah ni pun sudah belajar banyak perkara daripada cikgu Sains tu."

"Belajar apa ustazah?" Danial mencelah, nampak berminat.

" Ustazah perhatikan, cikgu tu sentiasa berzikir. Apa sahaja yang dia pegang, dia baca bismillah. Masa gosok baju, dia baca ayat Kursi. Habis ayat Kursi diulang tasbih dan tahmid tanpa henti.Ustazah sendiri pun tidak sehebat dia." CikMa merendah hati. Sememangnya kagum dengan teman yang seorang itu.

Murid-murid terdiam.
 
Zikir, menenangkan jiwa selain berpahala
 

"Awak membuat bunyi-bunyian tu semua, dah lah bising, malah sia-sia sahaja. Kan bagus kalau berzikir selalu macam cikgu Sains tu.Dapat juga pahala..." CikMa memberi anjuran.

Alhamdulillah... Sejak itu, suara-suara lagha* makin kurang kedengaran di cuping telinga ini....

 
*lagha : sia-sia


Saya rasa:

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. itu lah..

    terkadang kita nie banyak menceceh dari membuat sesuatu yang berfaedah ekk..

    apalagi kalau dah duk beborak.. ermmm... :)

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu