"Ustazah, semua kena mandi ke?" Tanya Izam , murid berpipi montel Tingkatan 1 itu.
"Eh, taklah. Ustazah pilih seorang jadi model. Siapa nak jadi model?"
Beberapa murid mengangkat tangan. Termasuk Izam.
Lalu CikMa membuat undian, seorang daripada mereka terpilih. Berseri-seri muka Asieq kerana menjadi pilihan.
" Lepas kita buat tunjuk cara mandi wajib tu, ustazah nak buat amali bersihkan najis pula,"sambung CikMa.
"Betul-betul ke ustazah?" Tanya Izam lagi.
"Mesti la betul-betul, buat apa main-main...." Jawab CikMa sambil tersenyum.
Terbayang-bayang di ruang mata, macam manalah agaknya gelagat murid-murid CikMa membersihkan najis nanti.
"Ustazah, saya nak bawa tahi kucing! Tahi kucing najis mutawassitah kan, ustazah?" Izam bersuara lagi. Dia memang seorang murid yang banyak perkataan. Pantas memberi respon.
" Ha, boleh-boleh. Nanti isi dalam bekas ok!" CikMa menelan air liur. Semacam ada benda di anak tekak.
"Ustazah, saya nak bawa tahi hamster, boleh? " Baru CikMa nak tarik nafas dalam-dalam, Syahmy pula meluahkan hasrat.
Murid-murid dalam kelas mula ketawa. Ada yang menunjukkan gelagat geli-geleman, tak kurang juga ada teruja.
Aduh-aduh... CikMa membayangkan tahi hamster. Macam mana, ya? Tak pernah tengok.
" Ustazah." CikMa menoleh.
" Saya bawa pampers adik saya boleh?" Mata CikMa membulat. Macam tak percaya. Soleh menyengih , raut wajahnya yang tenang membuatkan CikMa serba -salah.
" Yang ada kek , atau tak?" CikMa menambah gamat.
Satu kelas ketawa.
Aman jiwa CikMa. Anak-anak ini ke sekolah kerana ingin menuntut ilmu. CikMa cuba datangkan nilai holistik , biar ilmu mereka dapat dan melekat sampai akhirat.
Namun, terkenangkan najis terakhir itu, anak tekak CikMa kembali meloya.
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)