Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Anda suka baca buku?
Suka beli
buku?
Banyak tak
beli buku?
Tak kisahlah sama ada buku kita ke, buku suami mahupun buku
anak-anak.
CikMa nak
kongsi idea. Baru dapat dua bulan lalu, dan mula CikMa praktikkan bulan lepas.
Mungkin agak lambat, tapi “better late than never!” Kan ? Kan?
Setiap kali
beli buku, balut buku kita.
Lepas balut,
kita cop buku-buku tersebut.
Buku Mawaddah, cop namanya di bawah |
Buku CikMa, cop nama CikMa di bawah |
Buku-buku
yang kita beli tu adakalanya ada yang berhajat untuk meminjam. Jadi dengan
membalutnya, buku akan jadi lebih tahan lama dan tak mudah rosak.
Buku-buku
yang dipinjamkan pasti balik ke pangkuan kita semula sebab kita dah cop. Jadi,
tidaklah buku yang dibeli ghaib begitu sahaja.
CikMa rasa
seronok juga bila cop-cop buku ni! Jom cuba!
Nota kaki:
Idea cop buku CikMa ambil daripada Al-Fadhil Ustaz Zamri,
Pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Syukran ustaz…
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)