Ad Code

Responsive Advertisement

Kerja Syif Yang Mencabar

 
 
" Akak, akak ni cikgu ke? " tanya seorang jururawat hospital. Ketika itu, Mawaddah dimasukkan ke hospital tersebut kerana asma. Disebabkan sejak pukul 1 pagi tidak tidur (ketika itu sudah jam 7 pagi), CikMa mengangguk lesu sambil tersenyum nipis. Mata dah berpinar sebab tidak cukup tidur. Kepala dah mula pening.

CikMa tak dapat bayangkan bagaimana orang yang bekerja syif malam seperti jururawat tadi. " Akak tak dapat imagine lah, macam mana adik boleh tahan bekerja sejak petang  semalam hingga pagi ni? Macam mana rutin harian adik?" Gagah pula CikMa menyoal. Memang nak tahu sangat-sangat.
 
" Oh, saya habis kerja pukul 7 pagi ni, saya sarapan siap-siap sebelum balik rumah. Sampai je rumah, saya tidur kak. Nanti pukul 2 petang saya bangun solat Zuhur dan makan tengah hari. Lepas tu selesaikan kerja rumah,  keluar beli barang. Tapi kalau tak de apa-apa, saya tengok televisyen atau sambung tidur lagi. Pukul 5 lebih saya bangun solat Asar dan siap-siap nak masuk kerja."
 
Ya Allah. Macam tu rupanya. Tercengang CikMa lima saat. Namun, CikMa percaya, bukan semua orang yang bekerja syif malam mengamalkan jadual yang begitu. Adik jururawat tadi masih bujang, jadi rutinnya sewarna sahaja. Mungkin jika yang sudah berkeluarga, banyak beza jadual rutinnya.



Apa-apapun, CikMa memang tabik kepada para jururawat dan doktor yang bekerja 'tak nampak matahari' itu . 
 
Sungguh besar jasa dan pengorbanan kalian. Syabas, dan terima kasih!


 
 




Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu