Ad Code

Responsive Advertisement

Dia Telah Pergi :'(

 
 
Pagi tadi, CikMa dikejutkan dengan pemergian pakcik iaitu adik emak , kerana sakit buah pinggang. Maka, segala urusan ditangguh dan kami bergegas ke rumah allahyarham di Batu Pahat.
 
 

Terkejut dan sedih dengan pemergian beliau. :'(



Malam ini, tidurnya sendiri
Berbantal tanah, berselimut kapan
Sedang kita, tidur berulit mimpi
Ralit membilang hari, esok, itu dan ini.

Yang pergi, itu pasti
Membawa bersama amalan dan bakti
Sebagai hamba takdir diimani
Lahir disyukuri, pergi ditangisi.

Allah lebih menyayangimu
Damailah dikau di sana
Meski riak wajahmu bakal menjadi kerinduan
Suaramu masih terngiang-ngiang.

Kita yang masih bernyawa
Mari bersimpuh berteleku
Sama-sama renung bermuhasabah
Cukupkah bekalan untuk ke sana?

Cahaya solat dan bait Al-Quran
Alunan zikir di kedinginan malam
Amal makruf nahi mungkar
Sesama manusia berbaik ihsan
Hubungan dengan Allah, menjadi keutamaan.

Taubat, sentiasa
Semua hanya pinjaman
Dunia ini, sementara cuma.

Salam takziah buat Auntie Zainab Salam, Zanurul Huzaima Zainudin, E-zan Zainudin, Zikri Effandy, Zaed Hanie dan Adik Leya.
 
Sedekahkan Alfatihah , bersama-sama sekudus doa ,
mohon dosa diampun,
amalan hidup diterima
di sisi-Nya.

Wajahmu berseri, putih mewangi
Redup mengiringi, berlinang tangis di pipi.

Wahai Allah yang Maha Pengasih, tempatkan rohnya, Zainudin Zainal, mulia di sisi-Mu! :'(

Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu