Apa khabar semua? CikMa okey sahaja, cuma seperti biasa , belum bijak mengurus masa. Semua nak dibuat. Semua nak dibereskan. Sedangkan masa dan kudrat adalah terhad.
Semalam CikMa ke rumah kakak ipar CikMa. CikMa bertanya khabar anak bujangnya yang sedang belajar dalam Tingkatan 1.
" Nak ditumbuk, cikgu! Geram jer!"
Hah? Terkejut CikMa sekejap.
"Apa fasal ni? Marah sangat bunyinya?" soal CikMa.
"Orang baru nak tanya kawan , PBS tu nak kena buat yang mana? Alih-alih cikgu tu suruh berdiri kat luar! Geram betul!" jawab anak buah CikMa.
CikMa kira dia berasa malu kerana didenda berdiri di luar kelas, sementelah kelasnya ada murid perempuan.
CikMa jarang sekali mendenda murid berdiri di luar kelas. Selain menjatuhkan maruah murid, perkara ini juga akan menghalang murid daripada mendapat ilmu yang ingin disampaikan oleh guru dalam darjah.
Ada baiknya memberi amaran terlebih dahulu, kalau diulang lagi kesalahan sama, baharulah denda murid untuk berdiri. Itupun berdiri di tempatnya sendiri.
Berilah peluang kepada murid, dia pasti akan belajar!
Murid itu manusia.
Murid itu anak.
Anak yang perlu disayang dan diberi ilmu, walaupun bukan anak sendiri!
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)