Mahu membeli sebungkus laksa,
Samalah gula dan juga pisau,
Tak lama lagi murid nak periksa,
Kenapa pula guru yang risau?
Calon nak periksa buat tak tahu
Selamba badak belajarnya malas
Guru mengajar sehabis mahu
Adakah di hati bersisa belas?
CikMa, Kajang.
Membeli laksa dan juga cincau,Membeli juga bawang dan pisau,Memang la guru yang terlebih risau,Pasal bila tanya, apapun depa tak tau.
Ustazah Rafidah, Kepong
Makan laksa perah limau,
Sambil belajar di tepi beranda,
Murid nak periksa guru yang risau,
Apa diajar tak pandai-pandai.
Cikgu Zunaidah, Terengganu
Cikgu menjerit sampai suara garau
Kerja menimbun masa tak cukup
Wahai cikgu-cikgu buat apa nak risau
Diaorang malas biar melingkup.Pergi ke sekolah berkereta biru
Parking di bawah pokok kelapa
Aduhai kesian nasib si guru
Kerja berganda-ganda,gajinya tak seberapa
Ilmu dicurah penuh di dada
Kerana ilmu bagai jambatan
Wahai guru kerja berpada-pada
Utamakan keluarga dan kesihatan
Murid yang malas,pandai-pandai la nak hidupTabik spring kat cikgu-cikgu semua
Dalam kelas penat berdiri
Mencurah ilmu di mana jua
Bagaikan lilin membakar diri
Pn. Noredah, Melbourne
Pagi-pagi makan tauhu, Makan bersama buah ciku, Murid begitu kerana tak tahu, Masa hadapan penuh liku Pergi ke kedai bersama leha, Pergi membeli halia dan temu, Sabarlah guru teruskan usaha, Hati manusia urusan Tuhanmu
Cikgu Nik Hartini, Cheras
biasa laaa...setiap guru mahu pelajarnya menjadi yang CEMERLANG dan BERJAYA...memang patut pun ustazah risau..:)
Mohd Fadzilah, Sg. Besi
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)