 
 | Sedondon kebetulan, ambil aura dulu :) | 
- Secara jujurnya, pernahkah ustaz menyertai sebarang bengkel penulisan? - Jawapan: Tidak. Pada awalnya saya hanya terlibat dengan aktiviti penterjemahan sahaja. - 2. Berapa lamakah sesebuah buku dapat dihasilkan? - Jawapan: Bergantung, ada yang cepat , ada yang lambat. Paling cepat dua minggu iaitu buku Khutbah Rasulullah SAW. Paling lambat dua tahun. - 3. Bilakah waktu ustaz berkarya? - Jawapan: Tidak menentu, tapi yang pasti, ketika sedang belajar, saya tidak pernah menulis sebaliknya hanya menumpukan perhatian. - 4. Setelah lebih 40 buah buku yang berjaya ustaz hasilkan, penerbit yang manakah yang terbaik dan menjadi pilihan ustaz? - Jawapan: PTS. PTS merupakan penerbit yang sangat jujur, alhamdulillah. Royalti 7-11% dari harga buku dan nama penulis dicetak pada hak cipta terpelihara tidak seperti sesetengah penerbit. - 5. Sepanjang menjadi penulis, apakah pengalaman paling PAHIT yang pernah ustaz lalui? - Jawapan: Ditipu. Dalam penulisan sebuah buku saya , nama saya tidak dicetak pada muka hadapan, malah terdapat dua nama penulis lain yang langsung tidak terlibat dalam penulisan, turut ada di situ. Sedangkan saya bertungkus-lumus menyiapkan buku tersebut dan itulah buku terbaik yang pernah saya tulis. - 6. Apa pula pengalaman yang paling MANIS sepanjang menjadi seorang penulis? 
 Jawapan: 1. Perbelanjaan perkahwinan saya , sebanyak RM10 ribu adalah dari wang penterjemahan dan penulisan buku.- 2. Anak-anak saya dibesarkan dengan wang royalti buku, alhamdulillah berkat, anak-anak dapat membaca dan menulis serta belajar dengan cepat. - 3. Dapat bertemu dengan pembaca-pembaca buku yang saya tulis, juga menjadi pengalaman yang paling manis buat saya. - Wah, dah jadi macam wartawan pula CikMa >.< - Semua peserta Seminar Dakwah Bil Hal Rasulullah SAW yang hadir di Jabatan Pelajaran Negeri WPKL semalam telah menerima ole-ole buku Khutbah Rasulullah SAW yang ditulis oleh Ustaz Rohidzir Rais. Seronok sangat, alhamdulillah - Buku percuma, alhamdulillah :) - Menurut beliau, buku tersebut telah dicetak sebanyak 25 ribu naskhah, dan akan ulang cetak. Agak-agak, royaltinya mencecah RM50 ribu? Belum kira saham akhirat lagi, Masya-Allah - Bergambar kenang-kenangan - Eh! Keterujaan maksima ni! - Doakan CikMa sukses ya... . 
 
 
 
 

 
.jpg) 
 
 
 
 
 
4 Ulasan
cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog niechat boxpakjoe x kira k hahah ,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html
BalasPadamTerima kasih pakjoe... CikMa dah singgah dah kat cerita best pakjoe tu :)
Padamassalamualaikum cikma...seronoknya dpt berjumpa sendiri dgn penulis buku yg terkenal...:)
BalasPadamWa'alaikumussalam Pn. Maszull... memang seronok! seronok sangat-sangat! :)
PadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)