Ad Code

Responsive Advertisement

Sahabat Sejati, Senantiasa Di hati

 
 
Cuti-cuti sekolah ni, kenapalah CikMa sibuk semacam yer?
 
 Dengan perjumpaan dengan kawan-kawan, kenduri-kendara, dok siapkan kerja-kerja sekolah, Ops Bersih kat rumah, pantau upgrade surau sekolah, 
Ma shaa Allah, memang selagi nyawa dikandung badan selagi itulah tugas tak habis-habis.
 
 Suami pun dah bunyi-bunyi. Huhuhu. 
 
Alhamdulillah hari ni CikMa demam. Jadi duduk diam-diam kat rumah. :)
 
Duduk diam-diam kat umah, mulalah CikMa nak cerita... .  
 
CikMa memang suka berkawan, dengan sesiapa asalkan cinta sama kepada Allah dan Rasul. Terutama kaum Hawa sudah semestinya.
 
CikMa ada seorang kawan , yang agak baru mengenalinya, melalui lama sosial facebook. CikMa panggil dia mama, dan beliau berasal dari Singapura.
 
Mama ni, CikMa agak umurnya dalam 40-an. Sangat ceria dan nak dijadikan cerita, kami dapat bertemu   bersua muka di Kuala Lumpur awal Disember lalu...
 
 
 
 
Mama bagi ole-ole... yummy..
 
 Masa mama nak balik Singapura, sempat CikMa jumpa walaupun terpaksa meredah hujan lebat... Maklumlah, mama datang jauh-jauh...
 


Merah mata dan hidung sebab menangis.. macam jejak kasih pulak!

Tudung Pashmina yang CikMa pakai tu pun ole-oleh daripada mama :) 
Syukran mama... Pink, i like!
 
Mama rajin sampaikan ucapan selamat pagi dan selamat malam kepada CikMa di fb. Kadang kala CikMa pun naik segan sebab asyik mama je yang hantar ucapan kat CikMa. Maklumlah, CikMa kan sibuk manjang, dan selalu curi-curi masa menghadap internet. Sungguhpun begitu, mama selalu dalam ingatan CikMa :)
 
 Antara post yang  mencuit hati CikMa:
 
 
 
Walaupun mama eja CikMah , CikMa tetap tak kisah.. sebab CikMa tahu , mama maksudkan ialah CikMa.. kan kan kan....
 
 Ada lagi. 
 
Sweet kan?
  
 
Ma shaa Allah, rupanya banyak koleksi bear kat rumah mama di Singapura ni... ;)
 
 CikMa ucapkan terima kasih kepada mama kerana sudi berkawan dengan CikMa. Sesungguhnya ukhuwah fillah, manis rasanya, menjadikan Allah sebagai perantara.
 
CikMa doakan mama sihat dan bahagia, di samping keluarga tercinta.
 
Mama, biar jauh di mata, tapi dekat  di hati.
 
CikMa sayang mama! Kerana Dia... 
 
 
 
Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. masa zaman sekolah hingga kini saya tak ada sahabat abadi coz saya terlalu banyak kawan dan bergaul semua secara rata sampai saya jumpa suami saya...dan kini saya tahu sahabat sejati saya suami...untuk wanita belum lg terjumpa yg btol2 rapat....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) suami jadi sahabat sejati, sudah tentu lah... :) yang perempuan, nak sharing2 menda.. hehehe

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu