Jika ya, silalah semak Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) anda di Jabatan masing-masing.
Buku Rekod Perkhidmatan ibarat 'nyawa' kita. Segala urusan kenaikan pangkat, pergerakan gaji, cuti, elaun, semuanya akan direkod dalam buku tersebut.
CikMa difahamkan bahawa, seorang pegawai di JPN ditugaskan untuk menjaga lebih 200 buah Buku Rekod Perkhidmatan para guru. Maka, ada baiknya sekali-sekala kita menyemak buku kita supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.
Pastikan sebelum pergi ke JPN , hubungi dan maklumkan terlebih dahulu kepada pegawai yang bertugas supaya mereka dapat bersedia dan kemaskini BRP kita.
Pada kebiasaannya, salinan BRP diperlukan jika seseorang guru ingin memohon Guru Cemerlang ataupun ingin memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Jika kita selalu semak BRP sekurang-kurangnya 2 kali setahun, pastinya semua urusan akan berjalan lancar.
3 Ulasan
tkasih atas peringatan..
BalasPadamterima kasih ustazah..ats peringatan..:)
BalasPadamMacamana nak semak 2kali setahun?mmg kna ke JPN jgak ye?ade x semakan atas talian?
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)