Ad Code

Responsive Advertisement

Buku Kanak-Kanak Bergambar, Apa Kelas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Subhanallah, cantik tarikh hari ni. 11.12.13. 

Kepada teman pembaca yang mendirikan masjid pada hari ini, tahniah diucapkan. Kepada yang menimang cahaya mata pada hari , juga tahniah CikMa ucapkan.

Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah hendaknya.

Allahumma ameen.

" CikMa, lama tak tulis di blog? Hilang ke mana?" 

Alamak! Baru CikMa sedar, memang dah berdebu blog nih. CikMa ada, dan tetap punya banyak cerita untuk dikongsi bersama-sama.



CikMa belajar tulis buku. 


Tahun ini CikMa terlibat dengan dua program penulisan, satu di bawah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) ~ Program Pengkarya Guru, 4 Siri dan satu lagi anjuran Bahagian Pendidikan Islam ~ Daie Pena (BPI dan Perbadanan Kota Buku (PKB), 3 Siri.

Kedua-dua program sebanyak 7 siri ini,  berlangsung  sejak Mac 2013  dan baru sahaja berakhir pada awal Disember lalu. 
Memandangkan program diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, sudah beberapa kali program sekolah LADAP /LDP yang dibuat pada hari Sabtu, CikMa terkecuali. Dilepaskan tanpa sengaja. 

Komitmen diri bertambah, antara rumahtanga, kerjaya dan minat. 



"Tulis  buku? CikMa tulis buku apa?" Soalan lazim. Mereka teruja.

"Buku kanak-kanak." Rasa bersinar dunia tatkala dua perkataan itu CikMa luncurkan. (perasaan terlebih, hahaha)

Ada yang terus teruja malah tak terkecuali ada yang biasa-biasa sahaja. 

Setakat buku kanak-kanak, apalah sangat , ye tak? :P

Suatu ketika, CikMa tidak berapa kisah tentang penulisan buku kanak-kanak. Sehinggalah suatu hari, CikMa dan Mawaddah pergi ke kedai buku. Di rak, dia ternampak :


* Pontianak Belakang Kereta
* Hantu Kak Limah
* Musang Jadian
* Jembalang Suruhan
* Misteri Hantu Bunian
Mawaddah nampak teruja lantas mendakap buku-buku tersebut. Dia mahu!
 Buku tersebut murah dan nipis , namun, maaf CikMa katakan, inputnya kosong. 

CikMa jadi risau.

" Tuan puan, kalau bukan kita , para pendidik, yang tulis buku yang baik untuk anak-anak kita, siapa lagi? Jangan biarkan buku-buku seperti ini memenuhi rak buku anak-anak kita." 

Kata-kata Puan Norhayati, Pengurus Jabatan Pembangunan Industri Buku,  PKB terpahat dalam di ingatan. Lantas, CikMa berazam, untuk menyahut cabarannya demi anak-anak bangsa.
Maka, bermulalah langkah CikMa  dalam dunia penulisan secara  rasmi sejak tahun lalu.

CikMa belajar, cuba dan berusaha untuk menulis, untuk si comel- si comel ini. 

Benar, setiap hari CikMa pasti belajar sesuatu!
Semoga Allah beri kekuatan untuk CikMa  dalam mengharungi perjuangan ini.

Anakanda Mawaddah





























Semoga semua si comel di luar sana disajikan dengan bahan bacaan yang baik, Insya-Allah.

Doakan CikMa ya!

Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Assalamualaikum CikMa, menulis buku kanak-kanak seolah memikul tanggungjawab besar. Pendapat peribadi sayalah. Hehe..

    Mencari buku bergambar kanak-kanak hasil penulis tempatan untuk anak kecil ini agak sukar bagi saya.

    Teruskan berkarya! ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam Ummu Khaulah yang dikasihi fillah.

      Benar, besar tanggungjawabnya.
      Ayuh, kita bergandingan kudrat!

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu