Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
2015 menjelma.
Selamat tahun baru CikMa ucapkan kepada anda semua. Sudah tentu setiap daripada kita mempunyai azam dan cita-cita setiap kali tiba tahun baru. Yang penting, sama-samalah kita usahakan sesuatu yang terbaik malah diredhai Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.
Musibah yang melanda bumi Malaysia benar-benar menguji keimanan. CikMa berdoa, semoga teman-teman yang dilanda musibah banjir khususnya dan musibah kehidupan amnya, dapat cekalkan hati dan kuatkan semangat. Semua yang berlaku adalah dengan kuasa dan izin Allah jua. Sebagai hamba yang lemah, sama-samalah kita bermohon supaya Allah berikan yang terbaik kepada kita , di dunia mahupun di akhirat.
2014 telah berlalu dan meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit dalam diri CikMa. Yang baik-baik, kita teruskan. Yang tidak baik, kita tinggalkan.
Baik.
Berita penting untuk semua rakan guru yang berminat untuk menjadi penulis macam CikMa. ( perasaan kejap)
Iklan Pengkarya Guru untuk tahun 2015 telahpun diuar-uarkan di laman rasmi KPM. Tarikh tutup adalah pada 31hb Januari 2015.
Pemohon dinasihatkan agar membaca maklumat yang diberikan dengan teliti.
Apa yang menarik tentang PG ni ya?
Untuk pengetahuan semua, CikMa telah mengikuti program ini sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2012 dan 2013.
Pada mulanya, CikMa tidak menyangka akan terpilih dan CikMa memohon pun kerana sekadar ingin mengetahui bagaimana buku kanak-kanak dihasilkan. Maklumlah anakanda yang seorang kat rumah ni suka membaca. Jadi CikMa kagum dengan penulis buka kanak-kanak yang mempunyai imaginasi tinggi dan sangat berbakat. CikMa nak tahu bagaimana mereka boleh menulis sebaik itu.
Namun, lain pula yang terjadi.
Dalam kursus yang ditaja sepenuhnya oleh KPM ini, (Alhamdulillah), tujuan penyertaan CikMa telah berubah. Tiba-tiba, CikMa pula yang kena menulis!
Masya-Allah, sampai demam-demam jadinya. Huhuhu
Alhamdulillah pada tahun 2012 banyak yang CikMa pelajari daripada Puan Fatimah (DBP) berkenaan penulisan buku kanak-kanak.
Apabila CikMa menyertai PG buat kali kedua iaitu pada tahun 2013, CikMa kuatkan usaha. Semua ilmu dan maklumat berkaitan penulisan yang telah diberikan semasa kursus CikMa hadam lumat. Alhamdulillah setelah menulis dengan gigih >.< , manuskrip Bateri Jantung Haiqal siap dalam masa 6 bulan. Wah, lama juga, kan? Maklumlah, penulis part time. hehehe . Kerja sekolah yang menimbun, di samping nak siapkan urusan rumahtangga dan penulisan, benar-benar menguji mental dan fizikal.
Mereka sudah mendapatkannya, anda bila lagi? |
Kurang tidur, sudah menjadi suatu kelaziman.
Jam 4 pagi pasti terbangun untuk menyelesaikan manuskrip, sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, Bateri Jantung Haiqal siap diterbitkan oleh Oxford Fajar Sdn Bhd tanggal Ogos 2014, genap setahun manuskrip diserahkan.
Sokongan semua pihak, telah memudahkan impian CikMa tercapai. Maka, satu demi satu, apabila ada peluang di depan mata, CikMa mencuba nasib.
e-Book sulung CikMa telah juga terbit pada bulan Feb 2014 oleh Perbadanan Kota Buku bertajuk Bersih, dan tahun ini, insya-Allah, buku kedua CikMa bertajuk, Pinjam, Boleh? terbitan Karangkraf bakal muncul di pasaran.
Alhamdulillah, terima kasih Allah. I love you Allah.
Hanya dengan suatu permulaan PG 2012, CikMa mulakan selangkah demi selangkah.
PG ini bakal menuntut pengorbanan, menguji daya tahan fizikal dan mental namun, bagi yang benar-benar minat dan ada kesungguhan, pasti terselit sejuta kepuasan dan keseronokan.
Nah, apa tunggu lagi? Mohon cepat , ok!
Klik link di bawah ini.
Ops! Jangan lupa muat turun borang permohonan sekali tau.
Selamat maju jaya daripada CikMa!
2 Ulasan
assalamualaikum...saya ingin bertanya, saya tidak mempunyai sebarang karya yang telah diterbitkan, jadi adakah permohonan saya akan dipertimbangkan jika memohon?
BalasPadamwa'alaikumussalam cikpuan Hayati...
BalasPadamSewaktu memohon PG dulu, karya CikMa juga tiada yang diterbitkan.
Berdoalah semoga permohonan cikpuan berjaya. Selamat maju jaya daripada CikMa! :)
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)