Ad Code

Responsive Advertisement

Pembelajaran Abad Ke 21 : Expert Group dan Home Teams - Suatu Perkongsian



Apa khabar semua rakan pembaca? CikMa doakan kalian  berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindugan Allah Ta'ala.

Setelah CikMa menulis tentang Pembelajaran Abad ke 21 : Expert Group dan Home Teams, CikMa dapati ramai rakan guru yang teruja ingin mencuba kaedah tersebut. Tak kurang juga yang ragu-ragu , maklumlah tiada pengalaman. Namun, jangan gusar. 

 "Kalau TAK  mahu cuba, sampai bila pun takkan ada pengalaman."

 Setuju? Setuju je lah kan. 
Jangan banyak songelHihihi .  

Memang kali pertama , kita akan dapati macam-macam kekurangan. Masa tak cukup, murid keliru , kelas bising, kita cemas dan macam-macam lagi. 

TIDAK MENGAPA. 

CikMa ulangi.

TIDAK MENGAPA.

Buat sekali lagi, dan perbaiki kelemahan. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan terangkan kepada murid dengan memberi arahan yang jelas. Insya-Allah, kali kedua dan seterusnya, PdP akan  berjalan lebih lancar dan berkesan.

Oh, ya. Untuk menjalankan PdP Abad ke 21 ini, kita tidak boleh gopoh. Dalam seminggu kita dicadangkan hanya gunakan satu kaedah sahaja, buat sampai murid faham dengan kaedah pembelajaran tersebut. Kemudian, minggu berikutnya, barulah kita buat kaedah yang lain. Jika nak ulang lagi pun tak mengapa jika murid seronok. 

Dengan cara ini, murid tidak keliru dan PdP akan seronok dijalankan. 
Kita pun tidak stress, kan?

Say no to stress!

Hari ini CikMa sangat gembira, apabila seorang daripada rakan CikMa (sejak di bangku sekolah) memberitahu bahawa dia telah berjaya menggunakan  kaedah  Expert Group dan Home Teams dalam PdP nya hari ini. Dengan hanya berpandukan kepada cara yang CikMa terangkan dalam post sebelum ini, dia mampu melaksanakannya dengan baik. Alhamdulillah.  

Guru Penolong Kanannya juga teruja dan gembira apabila mencerapnya hari ini. 

Murid lebih banyak mengambil bahagian, malah sudah mula buka mulut dalam sesi perbincangan sesama mereka. 

Walaupun belum sempat membeli papan putih, beliau telah menggunakan kertas warna A4 sebagai ganti. 

Syabas!




 
Macam testimoni jual barang pulak ya?  Hehehe

(CikMa sedang belajar Bahasa Inggeris. Mohon maaf jika salah tatabahasa)

Jom tengok gambar pula.



Seronok kan?

Tahniah CikMa ucapkan kepada Ustazah Herlyna Bachtiar dari SMK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur kerana telah berjaya melaksanakan kaedah PdP Abad 21.

Tahniah sekali lagi. Seronok CikMa!



Anda telah cuba? 

Kongsikan  pengalaman dan gambar aktiviti anda kepada CikMa : 

ustazahmaryati@gmail.com 



Sekian dulu, sehingga berjumpa lagi insya-Allah. 






Saya rasa:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wah.. seronok baca. Saya kenal ustazah herlyna tu.... dulu pernah praktikum smk sbu... ☺☺☺☺☺☺☺in sha Allah sy akan cuba jugak suatu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah blog CikMa.
      Selamat mencuba!

      Padam
  2. Wah.. seronok baca. Saya kenal ustazah herlyna tu.... dulu pernah praktikum smk sbu... ☺☺☺☺☺☺☺in sha Allah sy akan cuba jugak suatu hari nanti

    BalasPadam
  3. Pencinta Ilahi,
    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.
    Cuba tau!

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu