Ad Code

Responsive Advertisement

Pembelajaran Abad ke 21: Expert Group dan Home Teams




Sebulan berlalu. Sekarang dah masuk bulan kedua CikMa mengajar  untuk tahun 2016 ini. Apabila Cikma keluar dari sekolah , sama ada menghadiri bengkel atau mesyuarat, rakan-rakan guru dari sekolah lain asyik membicarakan perihal Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21). 


Secara jujurnya, CikMa tidak pernah menghadiri kursus tentang PAK 21 ini. Apabila mendengar rakan-rakan melaksanakannya di sekolah, CikMa jadi teruja dan mahu turut mencuba.


Bayangkan, sudah 14 tahun mengajar, kalau guna cara dan kaedah yang sama sahaja, jangankan murid, kita yang mengajar ni pun naik bosan. Sekali-sekala, kena juga upgrade kaedah Pengajaran dan Pembelajaran kita, seronokkan diri ketika bekerja dan hasilnya, gembira! :)
 
Difahamkan , terdapat 90 kaedah PAK 21 ini. Banyak, kan? Kalau anda seorang guru, berapakah yang anda sudah tahu dan laksanakan? 


Huwaaaaaa rasa nak menangis , kan? 


Rasa sangat ketinggalan! >.<


Ini tidak adil. Ini tidak adil! 


Dah dah dah. Kalau asyik merungut je, sampai bila pun tak maju kan? Jadi, CikMa pun belajar sedikit demi sedikit, melalui dapatan internet dan juga kawan-kawan perintis yang banyak membantu. 


CikMa dapati ada beberapa kaedah PAK 21  yang pernah kita lakukan sebelum ini, cuma diberi nama baharu dan ditambahbaik agar nampak segar dan moden.


Sebagai contoh, Peta Minda (Mind Map) , Kuiz Kilat ( Quick Quiz) dan Persembahan ( Presentations).


Maka, CikMa pun mulakanlah dengan niat Lillahi Ta'ala, dan berjaya melaksanakan satu daripada 90 kaedah yang termaktub. 


Nama kaedah yang CikMa sudah cuba  ialah Expert Group dan Home Teams.


Caranya ialah: (Macam nak tulis resepi plak hehe)


1. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. CikMa buat 6 kumpulan, dalam satu kumpulan ada enam atau tujuh murid.


2. Berikan setiap kumpulan sub topik. Mereka berbincang dan pindahkan maklumat atas papan putih mini. (ada rakan yang guna Kertas A4 yang di laminate, malah ada yang buat papan sendiri)

CikMa beli enam buah di Tesco, RM16.90 siap dua batang pen marker.
Pindahkan maklumat atas papan putih

Contoh yang telah siap

3. Setelah siap bincang dan tulis, dua orang wakil kumpulan bergerak ke kumpulan yang lain untuk beri penerangan . Mereka dipanggil Expert Group. Baki ahli yang berada dalam kumpulan akan menerima wakil daripada kumpulan lain untuk menerima maklumat.


Sedang memberi penerangan 

Murid mencatat


Sempat bersoal jawab


Sambil mendengar penerangan, murid akan mencatat nota penting dalam buku. 


4. Setelah semua wakil telah membuat pembentangan kepada semua kumpulan, mereka kembali kepada kumpulan masing-masing dan berbincang semua tajuk.(Home Teams)


5. Sebelum sesi PdP berakhir, Quick Quiz diadakan mengikut kumpulan. CikMa minta mereka catat markah kumpulan untuk setiap sesi perjumpaan supaya  murid belajar bersungguh-sungguh dan fokus.


Mula-mula agak kekok juga,maklumlah baru pertama kali buat CikMa dan murid. Namun, lepas mencuba kali kedua, kelemahan dapat diatasi dan PdP jadi bertambah seronok dan bermakna.







Biar murid bergerak dalam kelas. Barulah meriah, namun kena kawal supaya tidak terlalu bising

Komen murid :)



Seronoklah tu hehehe

Komen terbaik


Sweet  <3 <3 <3


Macam best je kan? 

Memang best!

Cubalah!

p/s: Terima kasih jazakumullah khairan kathiran kepada Ustazah Norhaliza dari Pahang dan Ustazah Yasirah dari Johor serta rakan GPI Group Telegram Bahan GC PI yang banyak membimbing dan menyokong CikMa. Jika CikMa ada terkhilaf, harap dibimbing ya. PM tepi. Hihihi
Alhamdulillah.
Saya rasa:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Cik ma... kk cuba la..menarik sgt..jazakillah..:)

    BalasPadam
  2. Nk cuba..typoo..huhu

    BalasPadam
  3. Salam. Baru baca tentang pak 21. Mcm menarik. InsyaAllah. Blh dcuba. T.kasih Cikma.

    BalasPadam
  4. Salam. Baru baca tentang pak 21. Mcm menarik. InsyaAllah. Blh dcuba. T.kasih Cikma.

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu