Petang tadi CikMa menyampaikan Ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR untuk murid-murid CikMa yang sedang belajar dalam Tingkatan 2. Mereka adalah kumpulan pelajar Islam yang paling kecil, iaitu hanya 16 orang sahaja.
Maka, disebabkan jumlah yang sedikit itu, CikMa dapat pusing dari satu meja ke satu meja yang lain. Mereka pergi bercuti di mana, asal mana, latar belakang, keluarga, dapat adik baru, dapat ayah baru, berapa duit belanja sekolah , hobi, minat, kelebihan, keburukan, dan banyak lagi tentang mereka yang CikMa tahu.
Dari murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang CikMa ajar, CikMa rasa, murid Tingkatan 2 inilah yang paling dekat dengan CikMa. Bayangkan, air yang CikMa bawa pun ada yang teringin tumpang minum. Nak-nak kalau CikMa bawa air Ribena. Maklumlah, kanak-kanak Ribena katakan.... :)
" Awak salin nota teknik yang ustazah bagi ni... . Tahun depan, ustazah pindah sekolah, risau tak sempat nak beri tahun depan." CikMa memberi pesan, yakin dan bersahaja.
Mereka di hati CikMa
Murid-murid CikMa sibuk bertanya itu dan ini. Ada yang mengeluh, ada yang menyengih malah ada yang memujuk. CikMa jegil sikit biji mata, masing-masing tunduk menulis semula. Namun ada juga yang nakal-nakal dan berani, masih mengkumat-kamitkan mulut tanda tak berpuas hati.
Pulang ke rumah, sewaktu bersantai sambil mendengan Radio IKIM pilihan utama CikMa ;), saja CikMa mengintai laman facebook.
Subhanallah... .
Apabila CikMa kira, 20 kali budak 'bertuah' ni pos status yang sama. Sudahnya, di dinding fb CikMa , penuh dengan status dia sahaja.
Mula-mula tu, rasa biasa sahaja. Bila baca lagi, kelakar pula. Bila tengok dah banyak sangat, alahai terharu pula hati ustazah pilihan ni. Nak komen pun tak sampai hati. Ustazah yang 'istimewa', kerana berjuang sebatang kara di sekolah murid lelaki, dan mengajar Pendidikan Islam bagi semua tingkatan sudahpun menghantar borang pindah sekolah untuk kesekian kalinya.
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)