السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Keberkatan Ramadhan diserikan lagi dengan kemeriahan Syawal. Namun, sedar tak sedar, sebenarnya sepanjang Ramadhan ,kita banyak melakukan latih tubi sebagai makanan rohani.Antaranya ialah:
- Puasa, yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah mengekang nafsu...
- Solat sunat.. Tarawih, Qiammullail
- Melazimkan solat berjemaah di surau atau di masjid
- Membaca Al-Quran setiap hari
- Berzikir sepanjang masa
- Menambah ilmu, melalui medium pelbagai... membaca buku, mendengar radio siri agama, menonton rancangan keagamaan dan mendengar tazkirah di surau/masjid
- Bangun awal pagi, jam 5 untuk bersahur (terus dapat solat tahajud)
- Mengurangkan hiburan
- Banyak bersedekah
- Beribadah bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan
- Menunaikan zakat fitrah
Mudah-mudahan dapatlah kita meneruskan rutin sebulan Ramadhan yang lalu sebagai didikan kepada jiwa sebagai hamba yang menumpang...
Walaupun tidak mampu mengekalkan semua, marilah kita cuba istiqamah meneruskan satu-satu amalan mengikut kemampuan.. Selepas itu, apabila kekuatan bertambah, kita teruskan lagi dengan amalan yang lain… Insya-Allah,apabila kita membiasakan diri dengan amalan yang baik, malah menjadi makanan rohani pula sudah pastilah keperluan hidup akan seimbang antara jiwa,jasad dan jasmani…
Keseimbangan hidup, akan membuahkan ketenangan.Alangkah indahnya andai ketenangan bertakhta di sanubari....Mari beramal!
Nota kaki: Sumber daripada Majalah Solusi Isu 34
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)