Jumaat, 28 Disember 2012

Nafkah Air Kosong ~ Harian Metro 28.12.2012

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera
 


" Ustazah, tuan rumah  potong bekalan elektrik hari ni. Dia nak halau kami keluar. Tolonglah ustazah, akak tak tahu apa nak buat ni."

Cemas. Risau. Simpati. Sedih. Semuanya CikMa telan. Pahit.
 Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 
SMS itu CikMa tenung. Sedar-sedar air mata bertakung di pelupuk mata. 

CikMa tercenung seketika.

CikMa tarik nafas, dalam. Dalam sekali.

"Kak, akak doa banyak-banyak, yer. Allah Maha Mendengar kak. Akak bangun pukul 2 3 pagi, minta sungguh-sungguh dengan Allah kak. Mesti satu hari Allah kabulkan. Bila meminta dengan Allah, jangan pernah berputus asa yer kak!"
 
CikMa meniup semangat. 

Itu sahajalah yang terdaya untuk CikMa lakukan selain berdoa dan memanjangkan bekalan makanan dan sumbangan daripada teman dan ahli keluarga terdekat buat Kak Salmiah dan anak-anaknya.

Kisah anak-anaknya, pernah CikMa nukilkan di sini:

Bukan Ini Pintaku Ayah
 
Kisah Sebungkus Coklat dan Sekeping Roti  
 
 
Tanggal 11 Disember 2012 lalu, CikMa membawa wartawan Harian Metro iaitu Puan Fazura menziarahi keluarga murid terbabit , (terima kasih kepada Cikgu Nik Hartini kerana membuka jalan)  dengan tujuan untuk menulis kisah mereka di dada akhbar. Semoga ada  insan  prihatin yang dapat menghulur tangan, setidak-tidaknya bersyukur dengan nikmat yang ada.

Wartawan, Puan Fazura  sedang menemuramah Kak Salmiah

Alhamdulillah, kisah mereka yang disiarkan hari ini - Jumaat , 28 Disember 2012, mendapat perhatian daripada insan-insan yang prihatin dengan nasib malang keluarga ini.



Telefon CikMa sendiri berdering-dering dengan pemanggil seluruh negara yang ingin mengetahui kisah lanjut tentang keluarga ini.
 
Pn. Hajah Norsiah, (Timbalan Presiden Perak Ladies Club),  Pn. Asmawati ( Pegawai Sime Darby), Pn. Noriah Harun dari RHB Bank dan beberapa individu lain turut menghubungi CikMa untuk menyampaikan bantuan kepada Kak Salmiah dan anak-anaknya. 
 
Alhamdulillah, rupa-rupanya, masih ramai masyarakat Malaysia yang  baik hati lagi budiman, yang tampil dan sudi menghulurkan bantuan.  
 
 Syukur, Ya Allah!

 Di kesempatan ini, CikMa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada Kak Salmiah dan anak-anaknya. Semoga Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan sentiasa diredhai Allah SWT dan mendapat rezeki berganda lagi barakah, mudah-mudahan. Amin.
 
CikMa juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Fazura daripada Harian Metro yang sudi menulis kisah anak murid CikMa ini. Semoga Puan Fazura sihat dan bahagia di samping keluarga serta selalu dalam perlindungan Allah SWT.

Ternyata, dengan tulisan, minda terketuk.
Ternyata, dengan tulisan, hati terpaut.
Ternyata, dengan tulisan, jiwa terpanggil.

Tulisan, yang baik memacu kebaikan.

Benarlah, mata pena lebih tajam daripada mata pedang!

CikMa bersama-sama Pn. Fazura

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Terima kasih Allah, Thank You Allah, I Love You, Allah.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Yang Baru dan Yang Lama

 
 
Hari pertama di sekolah kedua.
Setelah 10 tahun di sekolah pertama.
Setelah 7 kali mengisi borang pertukaran.
Setelah dua tahun berulang-alik Kajang -KL.

Yang baru, pasti tak sama dengan yang lama.
Yang lama, sudah pasti merindu pada yang tiada.
Yang baru dan yang lama, sudah tentu berbeza.
Yang lama, murid lelaki semua.
Yang baru, murid perempuan sahaja.
Yang baru, terimalah hamba seadanya.
Yang lama, usah berduka cita. Patah tumbuh hilang berganti.
Ukhuwah terjalin, kekal lekat di hati.

Ya Allah, syukur atas segala kurnia.
Pimpinlah hamba terus meniti ke jalan yang Kau redhai.
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 24 Disember 2012

Sweet Surau :)

 
 
Asal bangun je  tidur, teringat surau. Asal bangun je tidur, teringat surau.

Sekolah nak buka tak lama lagi. Tapi surau belum siap sepenuhnya. Maksud CikMa yang aksesorinya. Rak Al-Quran, kabinet tikar dan sebagainya.
 
Sekolah jauh pula dari rumah, tak dapat CikMa nak pergi selalu  masa cuti-cuti nih.

Pagi tadi, sekolah buat jamuan akhir tahun. Kebetulan langsir surau dah siap. Dapatlah CikMa pasang... . Alhamdulillah...

Cikgu Shazana bantu CikMa :) Mekacihhh

Ma shaa Allah tekunnya.. anak siapa ni.. eh! Isteri siapa nih... :)

Siap pasang

Ok lah kan...
Alhamdulillah :)

Tabung Surau masih dibuka. Maklumlah, kalau masuk rumah baru, nak pasang langsir baru, rak baru, kalau boleh semua nak baru. Inikan pula tempat ibadah...Rumah Allah ... . Lagilah kita nak seri-serikan, nak beri yang terbaik. Semoga sesiapa yang beribadah di situ dapat khusyuk, dan tenang hatinya.

MARYATI BT MOHD AMIN
MAYBANK: 16 454 805 9224
email: maksuecomel@gmail.com

CikMa berharap segala urusan dapat CikMa selesaikan sebelum berpindah ke sekolah baru. Mudah-mudahan.

Kepada yang telah menghulur infaq, untuk sekian kalinya, jutaan terima kasih CikMa ucapkan atas jasa kalian. Dari seringgit, CikMa kumpul-kumpulkan, akhirnya, berhasil juga. Alhamdulillah... .
 

 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 22 Disember 2012

Tentang Surau : Sebelum, Semasa dan Selepas

 
 
Nampaknya ramai yang tidak sabar nak tahu  perkembangan surau.

 Demi meraikan penyumbang Tabung Surau Sekolah, CikMa akan letakkan gambar terkini... 

Mesti teruja lah!
 
Ini bahagian wuduk
 
Alhamdulillah... .
 
Bahagian dalam surau :) Luaskan?
 
Laluan masuk
 

Ruangan solat
 
Semoga setiap langkah yang menuju surau ini, menghadiahkan rahmah Allah kepada setiap langkah para penginfaqnya.
 
Semoga setiap titisan air wuduk yang membasahi kulit, menghadiahkan nyaman dan sejahtera kepada setiap batang tubuh para penginfaqnya.
 
Semoga setiap  lekukan dahi yang bersujud, menghadiahkan barakah kepada  seluruh kehidupan para penginfaqnya. 
 
Wahai Allah yang Maha Pengasih, terimalah amalan waqaf kami ini... .
 
Amin, amin, amin, ya Robbal 'Alamin...  
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 20 Disember 2012

Tentang Surau : Proses Menentukan Arah Kiblat

 
 
 Disember sudah hampir ke penghujung.
 
 Di saat rakan guru yang  lain sedang 'menggembirakan hati' untuk menghabiskan cuti, atau bersiap-sedia dengan Buku Rekod baharu, CikMa masih bersingsing lengan menyempurnakan Projek Naik Taraf Surau Sekolah.

CikMa berharap, selesai projek ni, Allah Ta'ala beri  seketul sihat dan segunung semangat untuk CikMa melangkah ke tahun baharu. 
Mudah-mudahan!

Demi meraikan pengunjung blog CikMa yang menyertai 
Kempen Tabung Surau Sekolah: Saham Akhirat Dengan Seringgit, 
CikMa akan menulis perkembangan surau CikMa dari semasa ke semasa.
 
Di kesempatan ini, CikMa ingin merakamkan jutaan terima kasih jazakumullahu khairan jaza' kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan infaq untuk mencapai hasrat yang mulia ini.
 
 Allah sahaja yang layak memberi ganjaran pahala waqaf kalian semua. Walaupun seringgit, ianya tetap ada nilai di sisi Allah.

Semalam, tiga orang pegawai dari Pejabat Mufti KL telah datang untuk menentukan arah kiblat surau sekolah CikMa. 
 
Ahli Falak ini sangat mahir dan cekap menjalankan amanah mereka demi ummah sejagat.Mereka yang CikMa maksudkan ialah:
 
 
 
Jom kita tengok gambar!



Pasang alat "total stand" di tanah lapang

Angka bearing di sini



'Cari' matahari

Kompas presmatik di bahagian atas, berdekatan surau.

Cari arah matahari

Pemberat di bawah kompas presmatik

Tanda titik pertemuan

Kemudian, baru masuk dalam surau

Ustazah menyorok ke? :)

Kiraan yang teliti

Kanan sikit, op op  :)

Memang teliti
Buat garisan tanda arah kiblat

Alhamdulillah, tepat arah kiblat kami!

Senyum semua :)

Alhamdulillah, akhirnya selesai satu tugasan CikMa, dengan membawa Ahli Falak ke surau sekolah. Ilmu yang menarik , dan unik. Subhanallah.
 
Terima kasih yang tidak terhingga CikMa ucapkan kepada Ust. Mohd Marngi, Ust. Fadhlul Hadi dan Ust. Mohd Shah, kepada para guru , En. Zaiful dan anak-anak murid yang sudi hadir.
 
Semoga Allah Ta'ala memberkati langkah di perjalanan!
 
 Gambar : Kredit untuk Hudal Firdaus (baju kotak-kotak) , nice job!




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 18 Disember 2012

Jangan Haraplah!

 
 
Di penghujung tahun ini, CikMa mendapat berita gembira. 
 
Wah...? Berita apakah itu?

Setelah 2 tahun mengharung Lebuhraya Cheras-Kajang, dengan  waktu kerja yang tidak menentu hala, akhirnya permohonan pindah CikMa telah berjaya. Itupun setelah 7 kali memohon. Ya, 7 kali.
 
Syukur , Alhamdulillah.
 
Tahun 2012 yang memang mencabar, berlabuh ke penghujungnya. 
 
 
Kepada rakan-rakan guru yang masih belum dapat berpindah, terutama yang berjauhan suami dan isteri, CikMa berharap kalian janganlah berputus asa. Cuba lagi dan berdoa banyak-banyak kepada Allah.
 
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani dan bersabarlah kerana Allah bersama-sama orang yang bersabar.
 
" Kak, nanti saya nak minta tolong Encik X di jabatanlah. Harap dia boleh adjust saya pindah sekolah dekat sikit." Seorang kenalan CikMa bernada harap. Dia juga terpaksa berulang-alik seperti CikMa, namun permohonannya kali ini, gagal.
 
" Dia tu siapa? Maksud akak Encik X tu." Sengaja CikMa bertanya.
 
" Pegawai kat jabatan. Saya kenal dia." Jawabnya bersungguh-sungguh.
 
" Dik, ikut pengalaman akaklah, selagi dia tu bukan SUAMI kita, bukan AYAH kita, bukan DATUK kita, jangan haraplah dia nak tolong kita dik." Balas CikMa, agak pedas.
 
Rasuah, memang bukan amalan kita. Sekadar nak minta tolong, bagi yang tidak berkepentingan , jangan haraplah kepada manusia.
 
Kita yang biasa-biasa ni, tak ada apa-apa kabel. Tapi, jangan lupa, sebenarnya kita ada KABEL yang paling kuat, iaitu ALLAH SWT!
 
    
 Andai mengharap kepada manusia, kita akan kecewa. Lalu , alihkan pengharapan kita kepada Allah Yang Mencipta, pastinya kita akan gembira. 
 
Dia pasti kabulkan, apa yang kita PERLU, pada SAAT yang tepat!
  
nota kaki: 
Ampun maaf kerana entri kali ini agak pedas, mengenangkan sikap manusia yang hanya melepaskan temboloknya semata-mata.
Bukan sekali, malah berkali-kali! Allah Maha Adil, malah Maha Melihat. 
Dunia, sementara cuma.
 
 
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 17 Disember 2012

Sahabat Sejati, Senantiasa Di hati

 
 
Cuti-cuti sekolah ni, kenapalah CikMa sibuk semacam yer?
 
 Dengan perjumpaan dengan kawan-kawan, kenduri-kendara, dok siapkan kerja-kerja sekolah, Ops Bersih kat rumah, pantau upgrade surau sekolah, 
Ma shaa Allah, memang selagi nyawa dikandung badan selagi itulah tugas tak habis-habis.
 
 Suami pun dah bunyi-bunyi. Huhuhu. 
 
Alhamdulillah hari ni CikMa demam. Jadi duduk diam-diam kat rumah. :)
 
Duduk diam-diam kat umah, mulalah CikMa nak cerita... .  
 
CikMa memang suka berkawan, dengan sesiapa asalkan cinta sama kepada Allah dan Rasul. Terutama kaum Hawa sudah semestinya.
 
CikMa ada seorang kawan , yang agak baru mengenalinya, melalui lama sosial facebook. CikMa panggil dia mama, dan beliau berasal dari Singapura.
 
Mama ni, CikMa agak umurnya dalam 40-an. Sangat ceria dan nak dijadikan cerita, kami dapat bertemu   bersua muka di Kuala Lumpur awal Disember lalu...
 
 
 
 
Mama bagi ole-ole... yummy..
 
 Masa mama nak balik Singapura, sempat CikMa jumpa walaupun terpaksa meredah hujan lebat... Maklumlah, mama datang jauh-jauh...
 


Merah mata dan hidung sebab menangis.. macam jejak kasih pulak!

Tudung Pashmina yang CikMa pakai tu pun ole-oleh daripada mama :) 
Syukran mama... Pink, i like!
 
Mama rajin sampaikan ucapan selamat pagi dan selamat malam kepada CikMa di fb. Kadang kala CikMa pun naik segan sebab asyik mama je yang hantar ucapan kat CikMa. Maklumlah, CikMa kan sibuk manjang, dan selalu curi-curi masa menghadap internet. Sungguhpun begitu, mama selalu dalam ingatan CikMa :)
 
 Antara post yang  mencuit hati CikMa:
 
 
 
Walaupun mama eja CikMah , CikMa tetap tak kisah.. sebab CikMa tahu , mama maksudkan ialah CikMa.. kan kan kan....
 
 Ada lagi. 
 
Sweet kan?
  
 
Ma shaa Allah, rupanya banyak koleksi bear kat rumah mama di Singapura ni... ;)
 
 CikMa ucapkan terima kasih kepada mama kerana sudi berkawan dengan CikMa. Sesungguhnya ukhuwah fillah, manis rasanya, menjadikan Allah sebagai perantara.
 
CikMa doakan mama sihat dan bahagia, di samping keluarga tercinta.
 
Mama, biar jauh di mata, tapi dekat  di hati.
 
CikMa sayang mama! Kerana Dia... 
 
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥