Isnin, 23 Disember 2013

Apabila Ustazah Mengajar Ustazah... .

 

 


  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
 

Apa? Ustazah mengajar  ustazah?

Eh, pelik ke? Tak ,kan?

Memandangkan ilmu Allah yang maha luas untuk diterokai, maka CikMa telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai Kelas Tajwid

Kelas ini dikendalikan oleh Ustazah Faizah Hj. Hussin, Johan Tilawah Kebangsaan suatu ketika dahulu. Kelas ini juga dipantau oleh JAIS, dan pada setiap hujung bulan, kami akan menduduki peperiksaan bulanan.
 
Kelas diadakan seminggu sekali. Setiap kali pulang dari kelas, hati CikMa cukup terkesan dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh Ustazah Faizah.
 
 
 
 

Semakin kita belajar, semakin diri terasa jahil.

Semakin kita belajar, semakin tinggi keinginan diri untuk terus belajar.


Setiap hari saya pasti belajar sesuatu!



Sebagai selingan, Ustazah Faizah pasti menyelitkan kisah dan pengalaman beliau sepanjang penglibatannya dalam bidang Al-Quran ini. Kisah dan ilmu yang dicurahkan membuatkan roh subur untuk selalu mendampingi Al-Quran.

Katanya, JUTAWAN AL-QURAN ialah orang yang membaca Al-Quran seribu ayat dalam sehari. Manakala sesiapa yang hanya membaca satu hingga sembilan ayat dalam sehari dikira dalam golongan yang lalai.

Allahu akbar.






Sebaik-baik waktu untuk membaca Al-Quran adalah sepertiga malam. Ketika itu, malaikat akan berteleku di hadapan pembaca Al-Quran, lalu memperbaiki bacaan tersebut seterusnya dibawa ke hadapan Allah. Mana mungkin Allah menolak bacaan yang telah dibaiki itu. Pastinya  ganjaran pahala dikurniakan.

Subhanallah.

Masya-Allah.

Tapi hari ini kita sendiri lalai.
Tak pandai mengaji, tidak mahu belajar.
Tahu mengaji, tidak mahu pula membaca Al-Quran.
 
 Astaghfirullahal azeem.
 
Ampuni kami ya Allah. :'(
 




Lantas CikMa teringat kata-kata seorang teman, " Kita sanggup belajar itu dan ini. Belajar master, belajar masak, belajar bawa kereta. Bersungguh-sungguh. Bila-bila pun sanggup.  Tapi , kenapa kita tak bersungguh-sungguh belajar baca Al-Quran, sedangkan sudah pasti Al-Quran beri syafaat kepada pembacanya."

Allahu robbi.

Memang kata-katanya itu memanah ke lubuk kalbu.
 
"Ada seorang makcik tua. Dia sakit lutut. Tapi hati kuat nak belajar mengaji. Kelas di tingkat atas. Setiap kali datang belajar, dia akan merangkak di tangga itu. Dan, dia tidak mahu orang lain membantunya menaiki tangga tersebut. Kasihan kami melihatnya. " Cerita Ustazah Faizah.
 
"Takpe ustazah, biar saya susah, merangkak nak pergi kelas Al-Quran. Semoga Allah berkati usaha saya ni ustazah," uajar makcik tua tersebut.  
 
Biar kita merangkak di dunia, asal nanti kita tidak merangkak di titian sirat.
 
CikMa rasa  sungguh terkesan  mendengarkan kisah ini.
 
Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.
Ampuni kami ya Allah... :'(


Mahu membaca Al-Quran, usah beralasan. 
Syaitan menggoda-goda sampai kita menjauh dari Al-Quran.
 
Cubalah.
 
Lepas solat, capai terus Al-Quran, duduk dan baca.
Bacalah walaupun hanya satu halaman. 
 
 
Buat selalu. Nanti roh menjadi tenang. Hati terus lekat dengan Al-Quran dan jadi sayang!
 
Dampingi Al-Quran sekarang, semoga  Al-Quran menemani kita di alam kubur nanti.
 
Ya Allah, berilah kami kekuatan !







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 11 Disember 2013

Buku Kanak-Kanak Bergambar, Apa Kelas?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Subhanallah, cantik tarikh hari ni. 11.12.13. 

Kepada teman pembaca yang mendirikan masjid pada hari ini, tahniah diucapkan. Kepada yang menimang cahaya mata pada hari , juga tahniah CikMa ucapkan.

Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah hendaknya.

Allahumma ameen.

" CikMa, lama tak tulis di blog? Hilang ke mana?" 

Alamak! Baru CikMa sedar, memang dah berdebu blog nih. CikMa ada, dan tetap punya banyak cerita untuk dikongsi bersama-sama.



CikMa belajar tulis buku. 


Tahun ini CikMa terlibat dengan dua program penulisan, satu di bawah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) ~ Program Pengkarya Guru, 4 Siri dan satu lagi anjuran Bahagian Pendidikan Islam ~ Daie Pena (BPI dan Perbadanan Kota Buku (PKB), 3 Siri.

Kedua-dua program sebanyak 7 siri ini,  berlangsung  sejak Mac 2013  dan baru sahaja berakhir pada awal Disember lalu. 
Memandangkan program diadakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, sudah beberapa kali program sekolah LADAP /LDP yang dibuat pada hari Sabtu, CikMa terkecuali. Dilepaskan tanpa sengaja. 

Komitmen diri bertambah, antara rumahtanga, kerjaya dan minat. 



"Tulis  buku? CikMa tulis buku apa?" Soalan lazim. Mereka teruja.

"Buku kanak-kanak." Rasa bersinar dunia tatkala dua perkataan itu CikMa luncurkan. (perasaan terlebih, hahaha)

Ada yang terus teruja malah tak terkecuali ada yang biasa-biasa sahaja. 

Setakat buku kanak-kanak, apalah sangat , ye tak? :P

Suatu ketika, CikMa tidak berapa kisah tentang penulisan buku kanak-kanak. Sehinggalah suatu hari, CikMa dan Mawaddah pergi ke kedai buku. Di rak, dia ternampak :


* Pontianak Belakang Kereta
* Hantu Kak Limah
* Musang Jadian
* Jembalang Suruhan
* Misteri Hantu Bunian
Mawaddah nampak teruja lantas mendakap buku-buku tersebut. Dia mahu!
 Buku tersebut murah dan nipis , namun, maaf CikMa katakan, inputnya kosong. 

CikMa jadi risau.

" Tuan puan, kalau bukan kita , para pendidik, yang tulis buku yang baik untuk anak-anak kita, siapa lagi? Jangan biarkan buku-buku seperti ini memenuhi rak buku anak-anak kita." 

Kata-kata Puan Norhayati, Pengurus Jabatan Pembangunan Industri Buku,  PKB terpahat dalam di ingatan. Lantas, CikMa berazam, untuk menyahut cabarannya demi anak-anak bangsa.
Maka, bermulalah langkah CikMa  dalam dunia penulisan secara  rasmi sejak tahun lalu.

CikMa belajar, cuba dan berusaha untuk menulis, untuk si comel- si comel ini. 

Benar, setiap hari CikMa pasti belajar sesuatu!
Semoga Allah beri kekuatan untuk CikMa  dalam mengharungi perjuangan ini.

Anakanda Mawaddah





























Semoga semua si comel di luar sana disajikan dengan bahan bacaan yang baik, Insya-Allah.

Doakan CikMa ya!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 9 Oktober 2013

Jadilah Seperti MYVI CikMa :)



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...
Hari ni CikMa rasa nak buat sajak bergambarlah. CikMa cuba ya!

***
Myviku, 
 Badannya kecil sahaja,
tapi jasanya membukit banyak.

Myviku, 
Harganya tidak semahal Vios, Altis mahupun Camry,
Tidak semewah City, Civic dan Accord,
Namun, harga dirinya tinggi, 
Membawaku ke serata alam,
Berkongsi pengalaman, mencurah ilmu,
Pagi, petang, siang dan malam.






Myviku,
Kental dan cekal,
Biarpun pernah dihenyak,
Di tepi, di depan dan di belakang,
Siap dibaiki, terus berbakti lagi,
Mungkinkah kekentalan  dan kecekalan itu,
 bisa tersisa buatku?





 Myviku,
Bebannya banyak,
Penuh dengan barang dan muatan,
Milik peribadi, keluarga mahupun rakyat jelata,
Selagi  punya ruang,
Selagi itulah ia menerima,
Semampu,
Sedaya kudratnya.







Myviku,
Bukan sekadar itu, 
Membawa isi perutnya,
Dengan selamat dan kasih sayang,
Biarpun terkadang dimuntahi kotoran,
Tatkala berpusing-pusing sekitar kota, 
Air tumpah, dan apa-apa sahaja
Tidak mengapa,
 Tiada tengkingan atau marah-marah,
Kita bersihkan mengikut ajaran Islam,
Ia tetap reda, kerana Myviku,
 hanyalah harta dunia.

Myviku,
Bersama-samaku di lorong ini,
Penggerak hubungan sesama insan,
Berjuang, berkhidmat, rebah dan bangkit,
Lima tahun usianya,
Panas hujan ribut petir,
Diharung sahaja
ia disayang ,
kerna amat berjasa dan berguna,
sungguhpun kecil,
namun amat bermakna. 




Myviku,
Aku mahu jadi seperti kamu,
Kental,
Cekal,
Berbakti,
Berjasa ,
Kecil,
Disayang dan 
Amat bermakna. 

Myviku,
Aku mahu jadi seperti kamu!





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 4 Oktober 2013

Sara Si Ahli Syurga




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Apa khabar semua rakan pembaca yang budiman? 
Wah, lama betul CikMa menyepikan diri.  

Alhamdulillah, manuskrip untuk buku pertama CikMa telahpun selesai ditulis. Sekarang sudah berada di tangan editor Oxford Fajar untuk diedit. Draf untuk kulit buku pun sudah siap, alhamdulillah. Buku dijangka akan terbit , paling cepat pada penghujung tahun ini. Terima kasih Allah.




Dalam tempoh senyap ni, dah berguni-guni gambar yang CiMa rakamkan. Setiap satu mempunyai cerita tersendiri. 

Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang lucu dan ada yang menggamit kenangan silam.

Insya-Allah, akan CikMa kongsikan apabila tiba masanya.

*****
4.9.2013

Telefon CikMa berbunyi seawal  4.50 pagi. Masih awal. Seingat CikMa, malam tadi CikMa kunci jam pukul 6 pagi. CikMa kelih sekali lagi. Ops. Bukan alarm, tapi panggilan. Tertera nama pakcik di skrin.


"Maria, anak Pak Bir , Sara dah takde." Suara Pakcik Bani,serak. CikMa bingkas bangun. Jantung berdebar. Sebak tiada tertahan.

Secepatnya CikMa bersiap dan membawa Mawaddah masuk dalam kereta. CikMa memecut ke rumah bonda, solat subuh di sana dan terus ke Hospital Ampang.

Nurina Qaisara, 3 tahun 2 bulan merupakan sepupu CikMa. Anak kepada Pakcik dan Makcik CikMa sebelah emak. Mereka mempunyai 5 orang anak termasuk sepasang kembar  berusia 3 bulan lebih, dan Sara merupakan anak kedua. 

"Bang. Botol susu kembar tertinggal dalam kereta." Mak Usu memberitahu. Ketika itu kami sudah 'panjat' tingkat dua di apartment kakak ipar CikMa.

Lelah memijak tangga belum habis, Pak Bir terus turun semula tanpa sebarang rungutan. Tidak pula dia menyuruh anaknya yang sulung , Abang Pan untuk mengambilnya. 

Begitulah selalunya, dia dengan sabar membantu mengangkat barang keluar dan masuk dalam kereta. 

Ketika beraya ke rumah CikMa, Mak Usu memandikan anaknya, seorang demi seorang kecuali Abang Pan ( 9 tahun sebaya Mawaddah). Mengah melihat situasinya mengurus anak-anak yang masih kecil, CikMa bertanya, "Mama, boleh ke nih? Larat mama buat semua? Tak pakai maid?"  

Sambil tersenyum, dia menjawab," Insya-Allah boleh, mi..." Tenang suaranya, sejuk rasa di dada. Ikhlas itu CikMa rasa hingga ke lubuk hati.

Sebelum pulang, di bonet kereta, Mak Usu membancuh susu bayinya satu demi satu. Pak Bir pula dengan sabar menunggu, menemani di sebelah sementara si sulung Abang Pan 'mengawal' keadaan dalam kereta. Begitulah yang selalu CikMa  lihat. Sabar sungguh kedua-dua  'mempelai' ini.

Diam-diam, CikMa rasa kagum dengan semangat Pak Bir dan Mak Usu dalam mengharungi kehidupan.





Sara muntah-muntah. Akhirnya, dia pergi mengadap Allah Maha Pencipta.

Tempoh 3 tahun 2 bulan, Allah  pinjamkan Sara kepada kedua ibu bapanya. Sabarnya mama dan abah melayan dan mengurus anak-anak, Allah ambil Sara dan jadikannya sebagai ahli syurga. Ahli syurga yang menanti ibu bapanya yang bertaqwa.

Allahu akbar.

Sewaktu menguruskan jenazah, segala-galanya berjalan lancar. Dari urusan pengesahan kematian sehinggalah ke tanah perkuburan.

Semua ahli keluarga, kenalan dan sahabat handai yang jauh mahupun yang dekat, serta jiran tetangga, berduyun-duyun datang mahu melihat Sara si ahli syurga.

"Bang, mari kita mandikan anak kita bang... Buat kali terakhir..." Mak Usu mengesat air mata. 

" Kakak, ni mama dengan abah mandikan kakak..."

Allahu akbar. 
CikMa yang turut sama memandikan jenazah rasa sebak. 

Comel wajahnya, seperti sedang tidur dengan nyenyak sekali.

Sebelum jam 12 tengah hari, semuanya selesai. 
Mudah sungguh laluan si ahli syurga.

CikMa merenung nasib diri. 
Ya Allah, ampuni dosa-dosaku...

Hari ini, genap sebulan pemergianmu.
Ummi rasa rindu. 
Namun, mengenangkan dikau aman di sana, hati jadi tenang.

Fi amaanillah, Sara....
Usah lupakan kami di sini... .





Kunjungan tiada terputus

Masa kita, bilakah?





Yang pergi tetap pergi. Kita di sini, mengumpul bakti, buat bekal ke sana.
Selagi nyawa di kandung badan, layanlah insan tersayang. 

Rengek, tawa, suka , duka, sama-sama kita suami isteri ambil kira. 
Sayangi, bercakap sopan dan saling menghargai sesama kita.
Sementara ada.

Salam takziah buat Mak Usu dan Pak Bir sekeluarga. Kuatkan hati , dan teruskan langkah untuk memegang amanah Allah yang berbaki.

Allahumma solli 'ala Muhammad.






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 27 Ogos 2013

Seminar Teknik Menjawab Skor A PMR dan SPM @UIA Gombak




Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua


Masih dalam mood raya?

Bagi teman-teman pembaca budiman yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini, baik UPSR, PMR mahupun SPM,sudah tentu kita turut merasakan debarannya.

Nak raya sakan pun tak sampai hati  kan.... >.<
Tak mengapalah. Kesederhanaan kita dalam berhari raya  itu juga dikira sokongan kepada anak-anak tersayang. 

Setiap pengorbanan dan dorongan buat anak-anak, pastinya membuahkan hasil, Insya-Allah.

Di sini CikMa ingin mewar-warkan satu seminar PMR dan SPM anjuran De Soul Training & Consultancy, yang akan diadakan pada bulan September nanti.

CikMa sendiri akan hadir sebagai Penceramah Jemputan bagi subjek Pendidikan Islam PMR, Insya-Allah.




Tarikh peperiksaan semakin hampir. 
Debaran semakin kuat. 
Tekanan pasti  ada. 
Pelajar , guru dan ibu bapa yang berwawasan, sudah tentu mahu melakukan yang terbaik. 

Secara peribadi, CikMa menyeru kepada ibu bapa di luar sana supaya mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan dalam seminar ini. Paling-paling tidak, mereka dapat motivasi dan tips akhir sebelum peperiksaan. Selain itu, seminar ini akan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada di samping meningkatkan semangat diri untuk mencapai kejayaan.

RM120. Bukanlah persoalan. 
Sekali beli baju atau keluar makan sekeluarga  pun habis juga. 
Kan? Kan?

Malah berbelanja demi pendidikan anak-anak, lebih bermakna dan berharga di sisi agama.

Apa tunggu lagi? Ayuh daftar!





Nama akaun   : DE SOUL TRAINING & CONSULTANCY
Nombor akaun : 5647 9911 0925
Cawangan      : MAYBANK CPI GOMBAK

TARIKH TUTUP PENYERTAAN BAGI PMR = 4/9/2013
TARIKH TUTUP PENYERTAAN BAGI SPM = 24/9/2013

* Setelah transaksi dilakukan, mohon SMS kan kepada nombor
014-5388565( Mohd Azuhan)  beserta butiran:

1 - Jumlah Bayaran
2 - Masa & Tarikh Bayaran
3 - Tempat Bayaran
4 - Nama Peserta (NAMA PENUH)
5 - Nama Sekolah
6 - No IC

~ Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian~

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 22 Ogos 2013

Puasa Enam, Sempatkah Kita?


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... .

Apa khabar  pembaca budiman yang CikMa hormati? Sudah 15 Syawal kita hari ini. Ada yang sudah mulakan puasa qada', puasa sunat enam  bahkan ada juga yang sudah selesai melaksanakan puasa sunat enam dan qada'.

 Alhamdulillah. Syabas CikMa ucapkan. 

"Saya  ni umur dah hampir 40 tahun. Tapi, sekalipun belum pernah dapat puasa enam. Tahun ni saya berazam nak puasa enamlah. Yelah, masa bulan Ramadhan dulu tak tahulah dapat ke tidak malam Lailatul Qadar. Yang ini, puasa enam, bagai berpuasa sepanjang tahun. Saya nak try. Doakan saya ye!"
Allahu Akbar.
Alhamdulillah, masih ada hamba Allah yang terus -menerus mahu meningkatkan ibadah sebagai bekalan akhirat.  


  "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)


Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal juga akan  melengkapkan kekurangan dan kecacatan ketika seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadhan. 


Ketika  berpuasa dalam bulan Ramadhan, puasa itu merupakan latihan buat kita. Apabila tamat Ramadhan, tugasan kita seterusnya ialah mengamalkan puasa, tunaikan yang qada' dan amalkan yang sunat.


Sama juga seperti seorang tentera,  setelah diberi latihan dalam bidangnya, beliau akan dihantar bertugas untuk mempraktikkan segala bentuk latihan yang dilalui sebelum ini. 

Begitulah.

 Puasa enam hanya boleh dilakukan dalam bulan Syawal, sama ada berturut-turut  bermula 2 Syawal , atau berselang seli. 


Tahun hadapan, belum tentu lagi kita akan bertemu Syawal.
 Apa kata Syawal tahun ini, kita buat puasa enam?  

Lihat sahaja tragedi kemalangan bas di Genting Highland yang berlaku semalam, sekelip mata sahaja meragut lebih 30 nyawa. Nauzubillahi min zalik.

Perkara yang berlaku di sekeliling, ayuh kita jadikan iktibar.

Insya-Allah, keberkatan Allah sentiasa menyinari langkah kita.

Allahumma amin.





 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 15 Ogos 2013

Ramadhan dan Suami Terlajak ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... .

Apa khabar semua? Lebih sebulan lamanya CikMa menyepi. 

Ramadhan , telah berlalu. 
Dulu-dulu, lagi nak raya, lagi happy. Tapi apabila umur menginjak dewasa, perasaan sedih mengambil alih. Sedih apabila Ramadhan berakhir. Maklumlah, Ramadhan bulan tarbiah. Mendidik diri.

Tingkatkan ibadah.
Banyakkan amalan.
Tingkatkan sabar.

Untung-untung, bertemu dengan Lailatul Qadar, yang lebih baik dari 1000 bulan. Andai  malam tu kita solat dua rakaat, samalah seperti kita solat dua rakaat selama 83 tahun! Subhanallah.

Cuba pakat-pakat scan  diri kita. Andai selepas Ramadhan, kita kembali kepada asal, mungkin sebulan Ramadhan tidak mencukupi buat kita. 
Allahu akbar.
Seorang isteri  telah datang dan mengadu. Dia telah 'bersama' si suami, selepas sahur dan terus terlajak (maaf) sehinggalah azan subuh. Bermakna, puasa mereka terbatal, lalu, si suami wajiblah qada' puasa dan kifarah iaitu sama ada merdekakan seorang hamba, berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

Termenung seketika si isteri. Nampaknya, memang berat denda Allah kepada sesiapa yang melanggar peraturan.

Merdekakan seorang hamba, setahu CikMa, di Malaysia, semua orang merdeka. Wallahu a'lam. Jadi, puasa dua bulan berturut-turut, masya-Allah. Mampukah???
Puasa. Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari, beserta niat. 
Apabila direnung kembali,  mungkin dengan tarbiah sebulan Ramadhan iman kita masih menipis, itulah sebabnya Allah mendenda kita (si suami) berpuasa selama dua bulan berturut-turut , untuk mendidik diri dan meningkatkan keimanan. 

Sekiranya benar-benar tidak mampu, berilah makan kepada 60 orang fakir miskin. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.

Mata yang berkaca menggambarkan betapa kesalnya atas kealpaan diri. Sunggupun telah berlalu, sama-sama kita ambil iktibar. Dan yakinlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

CikMa menyeru kepada diri sendiri dan teman-teman pembaca, jadikan Ihya' Ramadhan kekal dalam diri kita, kekal dalam jadual rutin hidup kita.

Biar hidup kita sentiasa 'dengan' Allah. Biar bertambah keimanan, bertambah keberkatan, bertambah ketenangan, dan bertambah kebahagian.

Allahumma amin.

Salam lebaran daripada CikMa, mohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah... .
Lepas ni, kita cerita tentang puasa enam pula. Insya-Allah.









♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 11 Jun 2013

Cerita Semalam Lah... .

   
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera... .
 
Semalam.
10 Jun 2013.
Hari jadi CikMa tau :) 

Murid-murid CikMa yang comel teka, umur CikMa 21. Wah. Wah. Wah. 
Nampaknya masih muda remaja lah CikMa kan? Ada ke patut mereka kata CikMa guru praktikal. Ish. Ish. Ish. Tak patut betul ^_^

Semalam adalah hari yang  sangat bermakna. 
Pertama kali hari lahir CikMa jatuh pada hari bersekolah. Sebelum ini selalunya sambut hari lahir masa cuti sekolah. Maklumlah bulan Jun.

Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan, dan mendoakan yang baik-baik untuk CikMa. Subhanallah! Ukhuwah fillah sungguh! Alhamdulillah. CikMa rasa gembira sangat...
Terima kasih , Allah... 

Kebetulan anak murid bawa kek, nak sambut hari lahir di sekolah. Dua orang pula tu. CikMa pun tumpang  kek semulut.

Kek Syakila 8 Jun 2013
Kek Qistina 7 Jun 2013

Bersama-sama birthday girls

Murid perempuan, CikMa  seronok melayan manja mereka. 
Macam adik-adik aja... :) 



Dapat hadiah : Stay pretty :)
Bos bagi :) Tq Bos...


Pn. Lum balik dari Vietnam.  Ole-ole ni kira hadiah birthday lah kan... 


Ada seorang teman, sanggup pula hantar kek yang dibuat sendiri, depan pintu rumah. Siap hadiah lagi. Malam-malam pula tu. 
Ya Allah, dah macam Domino's delivery pulak! Terharu sungguh!


Terima kasih Sarah... sayang awak!


Kain pasang daripada Sarah, cantik!

Alhamdulillah, rasa gembira hati ini. Punya teman dan anak-anak murid yang baik hati.


Ops. Rakan kongsi bagi apa pula?

"Ustazah, balik ni mesti suami ustazah bawa makan kat luar kan?" Teka Najiha. 
CikMa senyum sahaja. 

Sebenarnya , CikMa tak harap apa-apa pun. Malah, nak masak menu makan malam pun CikMa dah rancang. Ringkas sahaja.

Sebelum ni, macam-macam CikMa minta daripada rakan kongsi. 

Kamera. 

Tab.

Telefon skrin sentuh.

Kereta baru.

Vacum.

Pengering rambut.  

Itu.

Ini.

Emm. Macam-macam.  Satu pun rakan kongsi merangkap  Menteri Kewangan belum luluskan. 

Memandangkan CikMa ni banyak 'songel',(sedar diri lah pulak)  jadi, CikMa sendiri pun tak mahu mengharap apa-apa. 

Kalau ada, adalah. Tak ada, tak apalah. 

"Saya ok. Saya dah besar."  Macam iklan. Huhu

Tapi CikMa yakin, rezeki dan ketentuan itu, milik Allah sepenuhnya. 
Memang yakin sungguh!


Balik sekolah, tiba-tiba Mawaddah hulur ini. 



???

Ya Allah. CikMa terkejut sungguh. 
Memang tak sangka sungguh!

Setelah 13 tahun berkongsi hidup, inilah  kejutan yang betul-betul buatkan CikMa terkedu.


" Abang yang baik hati, terima kasih.. Allah pasti menggandakan rezeki suami yang berbuat ihsan kepada isterinya. Umi doakan Abang sihat selalu dan Allah pelihara Abang walau di mana jua abang berada. Terima kasih Abang... sayang awak! Tapi kalau tak bagi hadiah pun, saya tetap sayang, kerana Allah..."


Hari ini, CikMa demam. Demam terkejut kata orang tua-tua. 

:)



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 31 Mei 2013

Dialah Suami ... .



Assalamualaikum dan salam sejahtera... .

Cuti sekolah ni, ke mana kita? 
CikMa minggu pertama ini, selesaikan tugas kerja. Hajatnya minggu hadapan baru nak cuti-cuti Malaysia. Insya-Allah.

Duduk-duduk depan laptop, baca-baca berita, cerita dan status teman-teman, CikMa terbaca satu tulisan, bunyinya begini:

"Seorang isteri boleh sediakan makan, jaga pakaian , jaga anak-anak, dan kemas rumah. Tetapi, seorang lelaki yang kuat (zahirnya) tidak mampu nak buat semua itu untuk isterinya."

Membantu isteri di dapur, sunnah Rasulullah SAW

Masya-Allah.

CikMa termenung  tiga saat. 
Tentu-tentulah ada sebab dan musababnya, kan?

" CikMa, akak masuk hospital, malam baru dia sampai. Satu hari sekali sahaja dia jenguk. Hari nak balik pun, dia minta orang lain yang jemputkan. Sampai anak akak cakap, ayah ni, sayang ke tak kat ibu?" Seorang teman berkongsi perasaan.

Sedaya-upaya, si ibu menjaga maruah suami di depan anak.
" Biarlah, ayah kan sibuk cari rezeki... . " Cuba berkata-kata. Walhal, perit ditelan, Allah sahaja maha tahu.

" Tapi, kalau ayah masuk hospital, ibu cepat-cepat pergi hospital jaga ayah. Siapkan semua apa yang ayah nak. Ibu tunggu di hospital sepanjang hari dan sepanjang malam. Ini tak adil. " Pandai pula si anak membidas , tidak puas hati.

Ibu, sekali lagi memberi kata-kata positif, untuk melegakan si anak, dalam masa yang sama, cuba melegakan hati sendiri. 



Suami prihatin, ubat yang paling mujarab buat isteri yang dalam kesakitan

Kasih sayang tetap sejati dan utuh, cuma, benar juga kata-kata manusia, kebanyakan suami  tidak pandai menunjukkan kasih sayang. 

Sebenarnya, menunjukkan ( bukan menunjuk-nunjuk) kasih sayang dalam keluarga, dapat mengeratkan hati dan mengukuhkan  ikatan suami isteri.

Apabila suami ada di sisi, isteri rasa kuat.
Apabila suami menyentuh, belaiannya bisa sahaja mengurangkan kesakitan.
Apabila dia bertanya khabar sepatah dua, serasa diri dihargai, makin terasa bermaknanya sebuah kehidupan.

Bukannya banyak yang dipinta.

  Sentuh.

Belai.

Sensitif. (peka dengan keadaan isteri)

Tanya khabar. 
Tak sempat call, sms sepatah. 

Itu sudah memadai. 

Kalau tak pandai, cuba-cubalah.
Buat sebelum terlambat.
Rumahtangga, ladang pahala.
Buat para isteri, ayuh berlapang dada.  Kita imbal balas, demi kerukunan ikatan yang terbina.

Usah mengharap penghargaan manusia, kerana penghargaan Allah, lebih hebat daripada seisi dunia!


Sabda Nabi SAW: Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.
 Wallahu a'lam.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥