السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua .....
Hari terakhir persekolahan sebelum cuti Aidilfitri, aku menjemput Mawaddah pulang dari sekolah. Biasanya dia akan pulang dengan menaiki van sekolah.
Sepanjang perjalanan ke rumah nendanya di Cheras, dia hanya berdiam diri sahaja. Apabila aku menyoal, dia hanya menyatakan yang dia berasa sedih.
“Kenapa sedih?”Aku menanya soalan terbuka.
“Sedih sebab hari ni cikgu patriotik dah hari terakhir di sekolah Mawaddah…”
Aku berasa hairan, siapa cikgu patriotik?
“Lapan orang pulak tu ummi.. Lepas ni cikgu patriotik dah tak mengajar di sekolah Mawaddah lagi….”Sambungnya sarat kecewa.
Ish, pelik juga hatiku. Takkan cikgu yang mengendalikan program Bulan Patriotisme di sekolahnya seramai lapan orang itu akan berpindah?!Pelik bin ajaib.
Tak semena-mena , terluncur di mulutku." Oh.. cikgu praktikal ya??”
“Ha-a, cikgu apa mi?”Aku tercuit. Praktikal jadi patriotik. Geli hatiku.
“Praktikal….” Sahutku. “Cikgu praktikal tu kan, semuanya baik-baik. Pandai mengajar, sayang murid-murid…. Mawaddah nak diorang mengajar terus di sekolah Mawaddah…..” Jelasnya mengharap.
“Siapa nama cikgu –cikgu tu? Ada minta no telefon? Kenapa tak bagitahu ummi, boleh kita beli hadiah….” Tanyaku bertubi-tubi.
“Mawaddah tak minta nombor telefon… Ustazah Sakinah, Ustazah Qistina Mawaddah, Cikgu Asyraf dan Cikgu Safwan. Mawaddah sayang semuanya. Lagi empat tak ingat sebab tak ajar Mawaddah.”Katanya satu-satu.
Aku menoleh ke arahnya sebentar. Kulihat air mata mengalir membasahi puing-puing pipinya yang halus itu. Arghhhh…. Penangan cikgu praktikal. Muda-muda, baik hati dan penyayang. Teringat zaman aku praktikal suatu masa dahulu. Begitulah.
Anak kecil juga punya rasa sedih apabila kehilangan.... |
“Habis tu, cikgu-cikgu yang 'tak praktikal' tu tak baik, ke?Tak sayang murid ke?” Aku mengumpan.
“Ada yang baik, tapi ada yang garang….” Omelnya.
Lucu seketika, namun kutahan di dada. Benar dah tepat, cikgu yang 'tak praktikal' seperti aku ini, juga garang seperti omelannya tadi. Ketawaku berbuai-buai namun di dalam hati cuma.Perasaannya saat itu aku hormati.Walau sebagai anak kecil, perasaan juga ada Allah titipkan padanya. Arghhhh…. Penangan cikgu praktikal. Muda-muda, baik hati dan penyayang. Teringat zaman aku praktikal suatu masa dahulu. Begitulah.
“Cikgu-cikgu tu, belum habis belajar, Mawaddah… Lepas ni mereka akan balik semula ke Maktab Perguruan untuk tamatkan pelajaran. Kalau lulus cemerlang , baharulah akan dapat sijil dan mengajar jadi cikgu betul macam ummi…Mawaddah berdoalah semoga nanti cikgu-cikgu tu akan mengajar di sekolah Mawaddah…”Aku memujuk, menyejuk hatinya yang hiba…
“Oh, kalau dah habis belajar,baru jadi cikgu betul macam ummi, dan jadi garang ke..?”
Aku tersengih,namun cepat-cepat membetulkan keadaan. “Garang yang kena tempat… kalau murid nakal dan malas belajar, tentulah cikgu garang… kalau murid yang baik macam Mawaddah, tentulah cikgu sayang dan tak garang…”
Dia diam dan merenung jauh ke hadapan. Bundar matanya yang membasah. “Cikgu praktikal tu kan, semuanya baik-baik. Pandai mengajar, sayang murid-murid…. Mawaddah nak diorang mengajar terus di sekolah Mawaddah…..”Dia mengulang kata-kata yang sama.
Arghhhh…. Penangan cikgu praktikal. Muda-muda, baik hati dan penyayang. Teringat zaman aku praktikal suatu masa dahulu. Begitulah.Dan masa pun terus berlalu…..
Nota kaki: ...garang tapi sayang.. rencah rutin kerjaya seorang guru..
6 Ulasan
Marah tapi sayang..ramai anak murid tak tahu tu..hehe
BalasPadambetul tu, tapi lambat -laun mereka akan tahu juga,sebab masa yang mematangkan pemikiran dan perasaan mereka .... :)
BalasPadamsy smpai skrg xgrang-grang dgn budak2...tp sbg gru disiplin, ssekali t'lpas jg...hihi, ooppsss!
BalasPadamgarang ada masa. tak garang ada masanya... ok lah tu kan!kalau garang manjang, lari pulak anak-anak murid tu...
Padamsaya berharap suatu hari nnti dpt mjdi seorg guru praktikal seperti guru-guru yg disukai Mawaddah..=)
BalasPadamAdik Shahirah, pasti jadi! dan berterusan hingga menjadi seorang guru sebenar. Selamat maju jaya ya!
PadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)