Ahad, 22 Mei 2016

When Iceberg Is Melting...




Wah wah, tajuk Bahasa Inggeris CikMa kali ni. Alahai, sekali -sekala, apa salahnya kan? :) 

Sihat ke semua ni? 
CikMa doakan semua sihat dan terus tabah  melalui rutin hidup sehari-hari.

Masya-Allah dah hujung bulan Mei kita nih.  Tak lama lagi Ramadhan akan muncul. Mental dan fizikal dah kena ready.

Masa scroll gambar-gambar dalam telefon bimbit, CikMa teringat satu kisah yang terjadi masa CikMa menghadiri satu program anjuran Majlis Guru Cemerlang Selangor pada 21 April 2016 yang lalu.

Program tu diberi nama Pelaksanaan Program Team Building The Tiger In Me : I 'm A Champion (tulis penuh senang nak refer buat laporan heheh) bertempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. (KISAS)



Dari Kajang, CikMa jadi 'pilot' dan membawa bersama-sama tiga orang GC dari daerah sama. Seronoklah kalau berpergian dengan berteman, boleh berbual-bual panjang. Kalau memandu seorang diri, mengantuk juga.

Seronok tau dapat pergi KISAS, aura tenang damai sejahtera  begitu. 
Tiada  bunyi haruk -pikuk, tiada pelajar yang berkeliaran sana - sini, suara cikgu yang mengajar  pun Allahu Allah, lembut sahaja. Sekolah agama katakan, ye tak? Beradab sopan semuanya. Alhamdulillah.




Pelbagai aktiviti yang kami lakukan sepanjang hari tersebut. Semua GC negeri Selangor yang datang semua sporting dan happy, maklumlah dah lama tak pergi kursus Team Building. :)


Susun lego pun ada

Arahan yang sama tapi hasil berbeza ~ kikiki

 Dalam satu slot, kami bermain satu permainan yang bernama Iceberg Is Melting
(ni baru nak start cerita >.<)

Kalian pernah main game ni tak?

Beberapa kertas mahjong (yang warna putih tu) , diletak bersepah-sepah di atas lantai. Apabila muzik dihentikan, kita kena pijak atas kertas tu. Siapa yang gagal, dikira kalah dan kena keluar.

Permainan ni ala-ala musical chair, cuma kali ini ditukar kepada kertas mahjong.




Semakin lama, kertas mahjong dah tinggal sedikit. Konon-konon iceberg cair lah. Kertas tu mereka alihkan dan letak di atas pentas.  





Apabila iceberg dah semakin sikit dan 'mencair', macam-macam gelagat dapat disaksikan. Ada yang berpelukan sesama sendiri (sama jantina lah) , ada yang tarik diri, kira berkorban lah tu, dan ada yang angkat kaki sebelah. Hahaha

CikMa terpaksa menjengkit. Iceberg 'koyak'. Hehehe


Keadaan semakin kritikal. Masih ada beberapa orang lagi tapi iceberg dah makin cair. 
CikMa cari idea. Pandang sekeliling. 

Tiba-tiba CikMa nampak nun di atas pentas berlambak ICEBERG berkumpul di situ. Tanpa berlengah lagi, cepat-cepat CikMa berlari naik ke atas pentas. Kalian bayangkan jelah macam mana CikMa lari naik atas pentas,  macam pelari 100m pun hado. Hehehe.  Elok muzik berhenti, cepat-cepat CikMa pijak iceberg yang besar dan banyak itu.

Rakan-rakan yang dah tersingkir awal di bawah pentas ketawa sahaja. Penceramah iaitu Cik Wan melambai memanggil CikMa turun. CikMa pula menggeleng (degil tak kira) dan melambai pula kepada kawan di bawah supaya naik ke atas.

Iceberg yang masih banyak dan besar

Aksi lambai-melambai berulang kali berlaku , dan seorang demi seorang tewas hinggalah tinggal seorang sahaja yang selamat berpijak di atas iceberg yang sangat kecil.

Pada penghujung waktu permainan ,  CikMa memohon untuk berkata sesuatu lalu diberi mikrofon oleh pembantu Cik Wan.

" Saya ada sebab kenapa kekal di atas pentas walaupun Cik Wan dan kawan-kawan lain memanggil saya turun." CikMa telan air liur. Berdebar jugak sebenarnya. Hihihi 
Rakan GC yang lain semua memandang ke hadapan. 

" Masa Cik Wan beri arahan di awal permainan, Cik Wan cakap iceberg is melting. Macam mana pun cikgu-cikgu semua kena usaha selamatkan diri. Apabila saya melihat keadaan semakin kritikal, tiba-tiba saya ternampak ketulan iceberg yang besar masih ada di atas sini. Lalu, saya berfikir, mengapa saya masih mahu menunggu di tempat yang makin bahaya sedangkan di luar sana masih ada tempat yang selamat."

" Apabila Cik Wan lambai saya turun, saya tidak mahu kerana,  mengapa saya mesti terpengaruh jika bahaya yang bakal saya tempuhi jika turun? Saya pula melambai-lambai kawan-kawan supaya naik, tetapi mereka pula tidak mahu."

Selepas selesai bercakap, tiba-tiba Cik Wan memberikan CikMa hadiah  dan mengucapkan tahniah. Konon-konon CikMa ni berfikir di luar kotak begitu.(perasan je kan hahaha) 

Alhamdulillah , agaknya sudah tertulis rezeki CikMa dapat hadiah ni. Syukur Alhamdulillah. 
Syukran Cik Wan!





Allahu Akbar, kelakar pun ada. Terharu pun ya.

Begitulah hidup, nak selamat, nak berjaya, kena fikir secara kreatif dan kritis. 
Bukan senang nak senang. Macam-macam kena tempuhi.

Okaylah, kesimpulannya, kalian simpulkanlah sendiri ya!


Bersama-sama Cik Wan dan Kak Eita

Terima kasih CikMa ucapkan kepada 'peminat setia'  (perasaan) CikMa ala-ala BFF begitu, Kak Eita Nazira sebab rajin snap gambar-gambar  di atas. (Nak test hp baru dia tu hihihi) Thank you Kak Eita. I love you fillah.

Terima kasih dan syabas kepada penganjur yang telah berjaya mengadakan kursus ini, dan semua rakan Guru Cemerlang yang baik budiman. 


GC Daerah Hulu Langat Selangor yang hadir

Sekian dahulu ... . Senang-senang boleh sambung tulis Insya-Allah. 
Jumpa lagi!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 19 Februari 2016

Pembelajaran Abad Ke 21 : Expert Group dan Home Teams - Suatu Perkongsian



Apa khabar semua rakan pembaca? CikMa doakan kalian  berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindugan Allah Ta'ala.

Setelah CikMa menulis tentang Pembelajaran Abad ke 21 : Expert Group dan Home Teams, CikMa dapati ramai rakan guru yang teruja ingin mencuba kaedah tersebut. Tak kurang juga yang ragu-ragu , maklumlah tiada pengalaman. Namun, jangan gusar. 

 "Kalau TAK  mahu cuba, sampai bila pun takkan ada pengalaman."

 Setuju? Setuju je lah kan. 
Jangan banyak songelHihihi .  

Memang kali pertama , kita akan dapati macam-macam kekurangan. Masa tak cukup, murid keliru , kelas bising, kita cemas dan macam-macam lagi. 

TIDAK MENGAPA. 

CikMa ulangi.

TIDAK MENGAPA.

Buat sekali lagi, dan perbaiki kelemahan. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan terangkan kepada murid dengan memberi arahan yang jelas. Insya-Allah, kali kedua dan seterusnya, PdP akan  berjalan lebih lancar dan berkesan.

Oh, ya. Untuk menjalankan PdP Abad ke 21 ini, kita tidak boleh gopoh. Dalam seminggu kita dicadangkan hanya gunakan satu kaedah sahaja, buat sampai murid faham dengan kaedah pembelajaran tersebut. Kemudian, minggu berikutnya, barulah kita buat kaedah yang lain. Jika nak ulang lagi pun tak mengapa jika murid seronok. 

Dengan cara ini, murid tidak keliru dan PdP akan seronok dijalankan. 
Kita pun tidak stress, kan?

Say no to stress!

Hari ini CikMa sangat gembira, apabila seorang daripada rakan CikMa (sejak di bangku sekolah) memberitahu bahawa dia telah berjaya menggunakan  kaedah  Expert Group dan Home Teams dalam PdP nya hari ini. Dengan hanya berpandukan kepada cara yang CikMa terangkan dalam post sebelum ini, dia mampu melaksanakannya dengan baik. Alhamdulillah.  

Guru Penolong Kanannya juga teruja dan gembira apabila mencerapnya hari ini. 

Murid lebih banyak mengambil bahagian, malah sudah mula buka mulut dalam sesi perbincangan sesama mereka. 

Walaupun belum sempat membeli papan putih, beliau telah menggunakan kertas warna A4 sebagai ganti. 

Syabas!




 
Macam testimoni jual barang pulak ya?  Hehehe

(CikMa sedang belajar Bahasa Inggeris. Mohon maaf jika salah tatabahasa)

Jom tengok gambar pula.



Seronok kan?

Tahniah CikMa ucapkan kepada Ustazah Herlyna Bachtiar dari SMK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur kerana telah berjaya melaksanakan kaedah PdP Abad 21.

Tahniah sekali lagi. Seronok CikMa!



Anda telah cuba? 

Kongsikan  pengalaman dan gambar aktiviti anda kepada CikMa : 

ustazahmaryati@gmail.com 



Sekian dulu, sehingga berjumpa lagi insya-Allah. 







♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 2 Februari 2016

Pembelajaran Abad ke 21: Expert Group dan Home Teams




Sebulan berlalu. Sekarang dah masuk bulan kedua CikMa mengajar  untuk tahun 2016 ini. Apabila Cikma keluar dari sekolah , sama ada menghadiri bengkel atau mesyuarat, rakan-rakan guru dari sekolah lain asyik membicarakan perihal Pembelajaran Abad ke 21 (PAK 21). 


Secara jujurnya, CikMa tidak pernah menghadiri kursus tentang PAK 21 ini. Apabila mendengar rakan-rakan melaksanakannya di sekolah, CikMa jadi teruja dan mahu turut mencuba.


Bayangkan, sudah 14 tahun mengajar, kalau guna cara dan kaedah yang sama sahaja, jangankan murid, kita yang mengajar ni pun naik bosan. Sekali-sekala, kena juga upgrade kaedah Pengajaran dan Pembelajaran kita, seronokkan diri ketika bekerja dan hasilnya, gembira! :)
 
Difahamkan , terdapat 90 kaedah PAK 21 ini. Banyak, kan? Kalau anda seorang guru, berapakah yang anda sudah tahu dan laksanakan? 


Huwaaaaaa rasa nak menangis , kan? 


Rasa sangat ketinggalan! >.<


Ini tidak adil. Ini tidak adil! 


Dah dah dah. Kalau asyik merungut je, sampai bila pun tak maju kan? Jadi, CikMa pun belajar sedikit demi sedikit, melalui dapatan internet dan juga kawan-kawan perintis yang banyak membantu. 


CikMa dapati ada beberapa kaedah PAK 21  yang pernah kita lakukan sebelum ini, cuma diberi nama baharu dan ditambahbaik agar nampak segar dan moden.


Sebagai contoh, Peta Minda (Mind Map) , Kuiz Kilat ( Quick Quiz) dan Persembahan ( Presentations).


Maka, CikMa pun mulakanlah dengan niat Lillahi Ta'ala, dan berjaya melaksanakan satu daripada 90 kaedah yang termaktub. 


Nama kaedah yang CikMa sudah cuba  ialah Expert Group dan Home Teams.


Caranya ialah: (Macam nak tulis resepi plak hehe)


1. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. CikMa buat 6 kumpulan, dalam satu kumpulan ada enam atau tujuh murid.


2. Berikan setiap kumpulan sub topik. Mereka berbincang dan pindahkan maklumat atas papan putih mini. (ada rakan yang guna Kertas A4 yang di laminate, malah ada yang buat papan sendiri)

CikMa beli enam buah di Tesco, RM16.90 siap dua batang pen marker.
Pindahkan maklumat atas papan putih

Contoh yang telah siap

3. Setelah siap bincang dan tulis, dua orang wakil kumpulan bergerak ke kumpulan yang lain untuk beri penerangan . Mereka dipanggil Expert Group. Baki ahli yang berada dalam kumpulan akan menerima wakil daripada kumpulan lain untuk menerima maklumat.


Sedang memberi penerangan 

Murid mencatat


Sempat bersoal jawab


Sambil mendengar penerangan, murid akan mencatat nota penting dalam buku. 


4. Setelah semua wakil telah membuat pembentangan kepada semua kumpulan, mereka kembali kepada kumpulan masing-masing dan berbincang semua tajuk.(Home Teams)


5. Sebelum sesi PdP berakhir, Quick Quiz diadakan mengikut kumpulan. CikMa minta mereka catat markah kumpulan untuk setiap sesi perjumpaan supaya  murid belajar bersungguh-sungguh dan fokus.


Mula-mula agak kekok juga,maklumlah baru pertama kali buat CikMa dan murid. Namun, lepas mencuba kali kedua, kelemahan dapat diatasi dan PdP jadi bertambah seronok dan bermakna.







Biar murid bergerak dalam kelas. Barulah meriah, namun kena kawal supaya tidak terlalu bising

Komen murid :)



Seronoklah tu hehehe

Komen terbaik


Sweet  <3 <3 <3


Macam best je kan? 

Memang best!

Cubalah!

p/s: Terima kasih jazakumullah khairan kathiran kepada Ustazah Norhaliza dari Pahang dan Ustazah Yasirah dari Johor serta rakan GPI Group Telegram Bahan GC PI yang banyak membimbing dan menyokong CikMa. Jika CikMa ada terkhilaf, harap dibimbing ya. PM tepi. Hihihi
Alhamdulillah.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥