Ad Code

Responsive Advertisement

Kerana Inilah Tahun Terakhir... .

 
 
Dedikasi buat semua calon SPM 2012 di seluruh Malaysia


Kerana Inilah Tahun Terakhir

Syabas!
Hari ini sijil tamat persekolahan
dalam genggaman.

Kerana inilah tahun terakhir
Setelah setahun belajar di tadika
Mengenal ABC, warna dan 123.

Kerana inilah tahun terakhir
Setelah 6 tahun sekolah rendah engkau tinggalkan
Mula mengenal alam dan masa.

Kerana inilah tahun terakhir
Setelah Tingkatan 1, 2 dan 3 di bangku sekolah
Menambah pengetahuan
Mengenal disiplin erti kehidupan.

Kerana inilah tahun terakhir
Tingkatan  4 dan 5 engkau sudahkan
Mengharung pelbagai cabaran
Menepis godaan dan cubaan yang mendatang.

Kerana inilah tahun terakhir
Setelah 12 tahun dudukmu di bangku sekolah
Belanjamu ditanggung ibu ayah
" Biar kita lelah, asal anak kita berilmu!"

Kerana inilah tahun terakhir
Kita bakal memetik buah harapan
Yang disemai 12 tahun lalu
Sebelum engkau berangkat 
ke gerbang kehidupan sebenar.

Teruslah berjuang tanpa rasa penat
Tepislah godaan yang mengasyikkan
Pasakkan azam, capailah kejayaan
Genggamlah kecemerlangan.
Katakanlah : " AKU BOLEH!"

Kerana inilah tahun terakhir....



                                                               Cetusan nurani,

 

Saya rasa:

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. anak akak ke habis exam?

    salam kenal..terima kasih sebab follow saya..maaf lambat membalas kunjungan ^_^

    BalasPadam
  2. Tak lah yang, ini sajak untuk anak murid :)

    BalasPadam
  3. semoga anak murid bersemangat lepas membacanya :)

    BalasPadam
  4. CikMa.. Anak kak eyla tahun ni SPM...dia rileks jer tp kak eyla yg lebih risaunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Eyla... Masya-Allah, akak ada anak Tingkatan 5? Sama muda anak ngan emak... :) Biasalah kak, kita yang risau terlebih, mereka risau juga, tapi tak tunjuk sangat... Kalau dia tunjuk risau, silap-silap kita yang pengsan! >.<

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu