Ad Code

Responsive Advertisement

Terus Berbakti, Selagi Belum Mati!

 
 
Cuti sekolah bermula. 
 
CikMa masih menunggu keputusan berpindah sekolah. 
Memandangkan CikMa mengisi borang permohonan secara manual, ( GC, Guru Kanan, PK, isi secara manual) maka, keputusan masih belum diterima. 

Jauh di sudut hati, rasa sayang nak tinggalkan sekolah. Sejak posting pada tahun 2003 yang lampau, inilah sekolah tempat CikMa berkhidmat. 
 
Allah Maha Penyayang.
Walaupun CikMa 'sebatang kara' di sekolah, yang mengajar murid Islam dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, CikMa bersyukur kerana banyak perkara yang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 
 
Setiap program yang CikMa anjurkan, semuanya berjalan lancar. Pihak pentadbir, rakan guru dan anak-anak murid semuanya bersama-sama dengan CikMa. Walaupun semua murid lelaki, namun, mampu CikMa hadapi.
Syukur Alhamdulillah!
 
CikMa teringat sewaktu Ramadhan lalu, Allah yang bantu CikMa menjalankan Program Ihya' Ramadhan sepanjang bulan tersebut. Besar program bererti banyak wang yang diperlukan. CikMa kuatkan hati dan  Allah SWT yang Maha Berkuasa membantu CikMa. 3 hari, RM3000 berjaya CikMa kumpulkan secara solo! 
Allahu Akbar!
 
Setelah berkhidmat di sekolah selama 10 tahun ini, ada sesuatu yang besar sedang  CikMa usahakan. Naik taraf surau. 
 
 
Allah yang Maha Penyayang tetap bersama-sama CikMa. 
Setakat ini, CikMa sudah berjaya mengumpulkan sebanyak RM6000, secara solo dan berbaki hanya RM2000 untuk mencapai target!
Mudah-mudahan, adalah rezeki lagi.
 
  Jika anda ingin menyumbang, amatlah CikMa alu-alukan...
Sumbangkan sedikit harta dunia, untuk saham akhirat. Walaupun hanya RM1, besar nilainya di sisi Allah. Amin...

MARYATI MOHD AMIN
MAYBANK : 164548059224
 
Seandainya CikMa berpindahsurau itulah menjadi kenangan terindah.
 Walaupun selepas ini bukan  CikMa pengunjungnya, CikMa redha kerana biarlah CikMa terus berbakti, selagi belum mati!
 
Ya Allah, kuatkanlah hati ini menghadapi perpisahan, jika itu ketentuan!
 
 
Saya rasa:

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Balasan
    1. Yanti, akak nak pindah sebab rumah jauh, sekarang tinggal di Kajang... Jadi nak pindah sekolah yang dekat sikit... jemput baca di sini http://maryati2you.blogspot.com/2012/04/hanya-satu-sebab.html

      Padam
  2. cikma.... kalau ade duit lebih.... kalau ade la.... leh upgrade surau guru dlm bilik guru kan... huhuhu
    -matlan-

    BalasPadam
  3. Insya-Allah... mudah-mudahan ada lebih... nanti tolong cadangkan apa yang perlu dibuat ok. CikMa ni 'sebatang kara' , kadang-kadang jem gak nak pikir sorang-sorang, kering idea!

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikma.... surau bilik guru tu takde ape sgt nak ubahsuai pun...sebab kecik je...
      yang terlintas...
      1. tukar karpet (yg gebu2 sikit) hehe
      2. tukar sejadah
      3. rak plastik bakul bertingkat (utk letak semua beg2 telekung)... mmg nampak serabut beg2 tu bila betul2 kat hadapan kita mase solat.
      -matlan-

      Padam
    2. Cikgu Roslan, noted with thanks. Doakan akak dapat realisasikan hasrat semua, sebelum 'berangkat'.... ( wah, ayat menakutkan jer) hihihi

      Padam
    3. tak adil tu cikma... kita sama2 la pindah... baru seronok 'berangkat' bersama ...hehe
      -matlan-

      Padam
    4. upgrade dulu apa-apa yang patut kat sekolah macam akak, baru dapat pindah gamaknya... peace no war! :)

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu