Jumaat, 19 Mei 2017

Bengkel Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad ke-21 Pendidikan Islam

 
 
 
Pada 1 April 2017 dan 6 Mei 2017 yang lalu, CikMa telah menganjurkan Bengkel Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad ke-21 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. 
 
 
Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Untuk bengkel pertama, jumlah peserta yang mendaftar adalah seramai 43 orang, manakala bengkel kedua seramai 59 peserta yang telah hadir. Bengkel telah diadakan di IR Venue, Seksyen 9 Bangi , Selangor.
 
 
Untuk bengkel kali ini, CikMa  telah menjemput Ustazah Norhaliza binti Yaakub dari SMK Baging, Kuantan, Pahang. Alhamdulillah, beliau telah banyak berkongsi ilmu berkaitan kaedah PdPc Abad ke-21 dengan para peserta.
๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


CikMa telah membuka penyertaan kepada Guru Pendidikan Islam (GPI) sekitar Kajang, Bangi dan Kuala Lumpur. 
 
 
 
 
 
 
 
 
Apabila dunia pendidikan hangat memperkatakan tentang PdPc Abad ke-21, masih terdapat guru yang belum mendapat pendedahan secara langsung. Kursus yang dibuat kebanyakan menyentuh secara umum, bukan khusus kepada mata pelajaran   tertentu. Jadi, terdapat sedikit kesukaran untuk GPI menyesuaikan kaedah yang diterangkan dengan bidang yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Islam. 


Bukan mudah untuk menambat hati murid hari ini. 
Dengan cabaran teknologi yang ada, jika para guru masih di takuk lama dan tidak mahu berubah, maka, makin menjauhlah murid dengan kita.


Namun, jika kita sama-sama bangun dan seiring dengan keperluan semasa dalam dunia pendidikan, Insya-Allah kerjaya kita akan menjadi sesuatu yang bukan sahaja menyeronokkan bahkan akan menjadi lebih bermakna. 

 
Bengkel yang dijalankan berbentuk 'hands on' di mana semua peserta duduk di dalam kumpulan , dari awal hingga akhir bengkel. 


Sebanyak 36 kaedah yang dipelajari dalam masa lima jam. Peserta berasa sangat teruja dan bersemangat untuk mempelajari satu demi satu kaedah PdPc Abad ke-21 ini.


Antara kaedah yang kami telah belajar ialah:
  • Reward Chart
  • Parking Lot
  • Traffic Light
  • Number Head/ Colour Head
  • Entry Card
  • Post It Noted/ Sticker Note
  • Workshop Agreement
  • Read and Highlight
  • Classification
  • Checklist
  • Attitude Movement
  • Puzzle
  • Self Assessment
  • Peer Assessment
  • Group Assessment
  • Expert Group and Home Teams
  • Stay and Stray
  • Idea Rush 
  • Presentation
  • Spotlight
  • Table Cloth
  • Gallery Walk
  • Project Based Learning
  • Drawing Fashions
  • Product Promotion
  • Stepping Stones
  • Exit Card
 
CikMa masih teringat gelagat para peserta, yang berusia semuda 20 tahun hinggalah 50-an, yang aktif sepanjang bengkel. Diam-diam CikMa berasa kagum dengan usaha dan semangat mereka, yang sanggup datang belajar pada Sabtu minggu pertama.


Selepas penerangan dan tunjukcara dibuat, ramai yang berkata," Oh...... macam tu ke.. baru kita faham.... " Hihihi๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
 
CikMa tersenyum dan kembang hati apabila 'murid dewasa' cepat faham apa yang disampaikan oleh puan penceramah. Begitulah, berbeza situasinya apabila hadir belajar secara sukarela, dengan hadir belajar kerana terpaksa. Para peserta tekun belajar dan memberikan kerjasama penuh . 
 Fokus. 
Fokus.
Fokus.

 
Bertambah syukur CikMa apabila para peserta memberikan respon yang positif setelah pulang dari bengkel. Rata-ratanya  mula berasa yakin dan bersemangat untuk melaksanakan PdPc Abad ke-21, kerana masing-masing telah tahu, faham dan sedar kepentingan kaedah ini.

~Respon positif~๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ


๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜

Mari kita tengok gambar yang sempat dirakam.
 ( Bengkel 1 April 2017)
 





 
 
















Syabas dan tahniah CikMa ucapkan kepada semua GPI yang telah hadir, semoga ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kelas bersama-sama murid-murid di sekolah. Mudah-mudahan, murid akan bertambah seronok belajar Pendidikan Islam dengan ustaz dan ustazahnya.
 

Terima kasih jazakillah khairan jaza' buat Ustazah Norhaliza yang sanggup datang dari jauh.


Terima kasih kepada jazakillah khairan jaza' buat Ustazah Eita Nazira yang banyak membantu CikMa.
 
 
Terima kasih kepada semua rakan GPI yang banyak menyokong CikMa. 
 
 
Ampun maaf CikMa pohon andaikata ada sebarang kekurangan sepanjang pengendalian bengkel ini. Sehingga bertemu lagi dengan izin Allah SWT.
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)