Sebelum Temuduga : Mengisi Borang Permohonan
🔖Pastikan anda membaca borang permohonan dengan teliti. Adakalanya syarat dan prosedur tahun semasa adalah berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Jika perlu, cetak borang tersebut supaya anda tidak tercicir maklumat penting.
Sewaktu CikMa memohon tahun lepas, semuanya diisi secara atas talian, dari awal hinggalah kepada pengesahan pengetua. Bagi CikMa, kaedah ini sangat mudah, efisyen, menjimatkan dan mesra alam kerana kita tidak perlu photostat semua dokumen dan sijil.
🔖 Markah LNPT (tiga tahun terakhir), Buku Rekod Perkhidmatan dan Pengisytiharaan Harta. Maklumkan kepada pengetua/ guru besar tentang hasrat anda untuk menyambung pengajian dan maklumkan kepadanya tentang tiga keperluan penting ini. Sesetengah kerani hanya akan menyediakannya setelah menerima arahan pengetua/ guru besar.
Buku Rekod Perkhidmatan biasanya mengambil masa lebih kurang seminggu kerana pihak sekolah perlu memohon salinan daripada PPD/ Jabatan. Jika anda belum membuat pengisytiharaan harta, cepat-cepatlah isi borang tersebut. Borang ini sehelai sahaja tau. CikMa bersyukur kerana kerani sekolah CikMa sangat membantu dalam urusan ini. Alhamdulillah.
🔖 Isi borang dengan sempurna. Jangan ada satu pun yang tertinggal. Isilah dengan sepenuh perhatian dan sebaik mungkin. Semak betul-betul sebelum anda menekan butang "Hantar". Untuk pengetahuan anda, tidak semua yang menghantar borang permohonan akan dipanggil untuk temuduga. Seram tak?😅😅😅 Oleh itu, luangkan masa yang sesuai supaya anda dapat fokus ketika mengisi borang tersebut.
🔖Pengesahan pengetua/ guru besar. Setelah kita submit borang permohonan, Bahagian Tajaan akan menghantar e-mel kepada pengetua/ guru besar untuk pengesahan. Maklumkan kepada pengetua/guru besar dan kerani tentang perkara tersebut. Biasanya e-mel tersebut akan dihantar dalam masa seminggu , bergantung kepada pegawai yang menguruskan borang tersebut.
Jika pengetua/ guru besar anda tidak menerima e-mel tersebut, ada baiknya anda merujuk kepada pegawai Bahagian Tajaan dengan segera supaya anda tahu apakah status permohonan anda. (sama ada sudah diterima atau belum)

🔖Berdoa. Jangan lupa, banyakkan berdoa terutama pada waktu yang mustajab. " Ya Allah yang Maha Mengetahui, sekiranya sambung belajar ini baik untukku, keluargaku, agamaku dan bangsaku, maka Kau bukakanlah jalannya. Tapi jika ia tidak baik untukku, keluargaku, agamaku dan bangsaku, maka Kau berilah gantian yang lebih baik buatku dan tabahkanlah hatiku dalam menempuhinya."
🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼🌺🌼
Sebelum Temuduga : Selepas Menghantar Borang Permohonan
📌 Jangan leka. Walaupun kita tak yakin sama ada kita akan dipanggil untuk temuduga ataupun tidak, jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Fikir-fikirkanlah apa kajian yang kita mahu buat dan bacalah artikel yang berkaitan. Anda boleh masuk ke Google Scholar, dan taip kata kunci tentang kajian yang ingin anda lakukan. Anda akan dapat banyak ilmu dan idea daripada bahan yang dibaca dan pastikan carian artikel mestilah yang terkini, lebih kurang tiga atau empat tahun. Format proposal akan diberikan oleh Bahagian Tajaan bersekali dengan surat panggilan temuduga.
Ketika proses ini, CikMa memang zero. Memang tak tahu apa-apa langsung. Blur sehabis blur. 😭😭😭 Jadi, CikMa banyak bertanya dan merujuk kepada kawan-kawan yang sudah selesai pengajian sarjana. Bukan seorang malah beberapa orang yang CikMa rujuk sehinggalah CikMa berjaya hasilkan proposal yang krik krik krikkkk hehehehe... maklum sahajalah , budak baru belajar huhu. Syukur sangat sebab rakan-rakan CikMa ni sangat rajin melayan soalan CikMa.
📌 Susun semua dokumen penting dan sijil anda. Tag dan label dengan kemas dan sistematik. Sama ada anda berjaya ke peringkat seterusnya atau tidak, usah difikirkan sangat. Fail yang sentiasa dikemaskini sebenarnya memudahkan kita, tidak semestinya untuk temuduga HLP sahaja tetapi untuk urusan kerjaya kita seperti kenaikan pangkat dan pengisian data SPLG.
CikMa khaskan sebuah fail clear holder untuk dokumen penting seperti sijil kelahiran, sijil nikah, sijil akademik , surat lantikan dan seumpamanya. Manakala untuk sijil-sijil penghargaan dan penyertaan, CikMa masukkan ke dalam fail yang berasingan. CikMa gunakan ring file dan label mengikut tahun dan peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah/negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Anda boleh susun sijil mengikut kreativiti masing-masing.
File clear holder |
Ring file |
Muka depan fail |
Tag mengikut tahun |
Pembahagian mengikut peringkat |
Sewaktu mengemaskini fail-fail tersebut, baharu CikMa perasan, pada tahun 2003 , memang satu sijil pun CikMa takde . (CikMa mula berkhidmat pada tahun 2003) Teruk kan? 😅😅😅 Pada tahun 2004 pula, CikMa hanya ada SEKEPING sijil sahaja. Setelah itu, CikMa mula 'mengumpul sijil' dari tahun ke tahun. Dalam kalangan rakan-rakan seperjuangan, CikMa dikenali sebagai ' Minah Sijil'. Hihihi. Jika ada apa-apa program, CikMa akan bertanya, "ada sijil tak?" Selamba je lah... hehehe
Sijil sulung CikMa, siapa ada kita geng. |
Apa ada dengan sijil?
Bagi CikMa, apabila banyak kita libatkan diri dengan bengkel, kursus, seminar dan sebagainya, secara tidak langsung penglibatan kita itu akan dapat menambah ilmu pengetahuan diri. Dengan itu, dapatlah kita gunakan ilmu tersebut sepanjang kita bekerja malah sepanjang kehidupan ini.
Kenangan...😍😍😍 |
Seorang rakan telah menghubungi CikMa setelah mendapat tahu CikMa akan hadir untuk sesi temuduga HLP. Tahukan anda apa yang terjadi?
Beliau telah terlepas tarikh sesi temuduga, untuk sambung PhD. Sedih tak....😭😭😭 Dia ingatkan keputusan akan diperoleh melalui e-mel ke sekolah. Oh, tidak sama sekali... urusan ini adalah personal, jadi Bahagian Tajaan tidak akan menghubungi pihak sekolah dan mereka tidak akan telefon kita untuk ingatkan.
Dalam satu kes yang lain, seorang kenalan CikMa sudah banyak kali memohon tetapi tidak pernah dipanggil temuduga. Dalam kes yang ini, dia mohon dan dapat panggilan temuduga tetapi terlepas pandang pula. Allahu akbar. Tapi , apa boleh buat, kerana Bahagian Tajaan tidak menerima sebarang rayuan. Apapun, inilah namanya ujian kehidupan. Mungkin adalah hikmah di sebalik semua ini yang tidak kita ketahui.Walaupun pahit, terpaksa juga terima.. Jadi sama-sama kita ambil iktibar....
❗❗Sekiranya anda berjaya dipanggil untuk sesi temuduga, tempoh masanya lebih kurang dua atau tiga minggu sahaja daripada surat panggilan temuduga. Jadi anda perlu bersedia awal sementelah ketika itu kita sibuk dengan urusan kerja. Kena pandai-pandai guna masa senggang untuk membuat persediaan.
Anda berjaya untuk sesi temuduga? Tahniah!
📌 Jangan lupa sujud syukur tau. Syukurlah anda terpilih untuk sesi temuduga.
📌Baca semua arahan dengan teliti dan cetak surat panggilan temuduga dan maklumat yang diberikan.
📌 Berikan satu salinan surat panggilan temuduga kepada kerani sekolah, untuk urusan cuti pada hari tersebut. (CikMa ambil CRK, walaupun ada kawan-kawan yang lain dapat CTR, wallahu a'lam)
📌 Sediakan proposal mengikut format yang diberikan. Pastikan anda faham benar dengan kajian tersebut kerana soalan yang banyak ditanya adalah berkaitan proposal anda. Pastikan kajian itu asli dan bukan plagiat. Buat tiga salinan, satu untuk anda, dua lagi untuk diserahkan kepada panel.
📌 Susun dokumen seperti yang dikehendaki dalam satu fail khas. (akan dimaklumkan dalam surat panggilan temuduga)
📌 Bawa semua 'yang anda ada', yang anda yakin dapat membantu anda mendapatkan markah seperti fail sijil yang sistematik (bawa sijil yang asal, tidak perlu fotokopi), hasil karya, inovasi dan sebagainya asalkan berkaitan dengan profesionalisme anda.
Oh, ya. Isikanlah fail-fail dan bahan anda ke dalam beg yang 'proper' tetapi tidaklah sampai kena beli beg baru. 😅😅😅 Mengisi fail dan bahan dalam beg kitar semula pasar raya sebagai contoh, menampakkan 'nilai' yang kurang profesional di mata panel.
CikMa isi semuanya dalam beg troli umrah Seroja Anggerik sehingga ada yang menegur kerana mereka sangka CikMa baru turun kapal terbang. Hihihi.... CikMa jawab," Sengaja guna beg ini , senang nak bawa dan nak ambil berkat Haramain..."😍😍😍. Sebenarnya, CikMa sekadar mengikut apa yang dikongsikan dan dicadangkan oleh rakan-rakan sebelum ini sahaja.
📌Ikuti dan baca isu-isu semasa, isu pendidikan dan pembangunan negara sama ada dalam negara mahupun luar negara.
📌Bacalah pengalaman orang lain melalui perkongsian blog contohnya dan bertanyalah dengan rakan-rakan lain yang ada pengalaman. Daripada situ, kita akan dapat banyak maklumat yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk menghadapi hari temuduga nanti.
📌Berdoa. Teruskan berdoa, dan terus berdoa terutama pada waktu yang mustajab. " Ya Allah yang Maha Mengetahui, sekiranya sambung belajar ini baik untukku, keluargaku, agamaku dan bangsaku, maka Kau bukakanlah jalannya. Tapi jika ia tidak baik untukku, keluargaku, agamaku dan bangsaku, maka Kau berilah gantian yang lebih baik buatku dan tabahkanlah hatiku dalam menempuhinya."
Mudah-mudahan, jika sambung belajar ini adalah yang terbaik untuk kita, Allah bukakan jalan...

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Untuk makluman rakan-rakan, ketika
entri ini ditulis, CikMa sudahpun memulakan pengajian dalam Semester 2
di Fakulti Pendidikan UKM, di peringkat sarjana Pendidikan Islam.
Alhamdulillah, CikMa dapat menyambung pelajaran sepenuh masa dengan
tajaan penuh HLP KPM selama dua tahun.
CikMa
rasa cukup sekadar ini dulu untuk perkongsian kali ini. Panjang lebar dah ni. hihihi.... CikMa berharap,
entri ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda . Sekiranya ada masa dan
ruang, CikMa akan kongsikan kisah seterusnya : Temuduga HLP, Suatu
Perjalanan (2) Insya-Allah.
Doakan CikMa sihat dan dipermudahkan dalam
pengajian , ok!
11 Ulasan
Alhamdulillah.. teruja baca citer Cik Ma :-)
BalasPadamAlhamdulillah, syukran Kak Fidah sebab sudi singgah blog CikMa... Rindu lah!
PadamAlhamdulillah syukurr. Smoga urusan dipermudahkan ye.. aameen
BalasPadamAmin ya Mujib...
PadamTerima kasih singgah ke blog saya.. :)
As Salam sis..sy Ada email personal sis..
PadamAlhamdulillah kak Maryati... sy tgh menunggu keputusan temuduga... agak2 bila keputusan temuduga akan dikeluarkan,ye? Sy temuduga 16 april lepas.. dalam penasaran rasanya skrg ni...
BalasPadamEsk nk temuduga.. . Takutnya. .
BalasPadamtahniah...doakn sy
BalasPadamextoFrishi Christina Love https://wakelet.com/wake/b5rffjpskOLCTwcwOXOxu
BalasPadamgenkahoge
YunprovQatzu-1981 Darrell Orlando Cinema 4D
BalasPadamDriver Easy Pro
Kaspersky Total Security
chihojehot
cleminMsyngo1993 Carol Collins program
BalasPadamClick here
tadartestda
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)