Biasalah. Macam-macam yang berlegar. Sampaikan tiada kesempatan mengetuk papan keyboard.
Kerja memang tak pernah habis.
Mula minggu lalu, CikMa wajib fokus kepada hal-hal yang sangat penting dalam hidup.
Urusan pertukaran , urusan kesihatan Mawaddah dan juga soal menambah zuriat.
Pejabat JPN dan tangga hospital menjadi tempat ketiga selepas rumah dan sekolah.
" Puan, tolonglah sokong permohonan saya ini."
Dia pengetua baru kami. "Please don't go..." Ikhlas bunyinya terbit dari hati yang luhur. Penapis telinga CikMa mengakuinya. Dia baru pertama kali berjumpa CikMa. Baru pertama kali bercakap dan berurusan dengan CikMa. Alih-alih sahaja, CikMa sudah mahu meminta-minta.
"Puan, ini kali ketujuh saya membuat permohonan," ujar CikMa sambil menelan air liur yang sangat kelat dek permohonan yang tiada pernah ditimbang.
"Hanya kerana satu sebab, saya sukar mencapai tiga hal yang penting dalam hidup seorang perempuan."
Matanya dibeliakkan secara spontan.Terkejut mungkin. Riak wajahnya tidak sabar ingin mengetahui apakah yang mahu CikMa tuturkan.
" Setelah memandu selama sejam suku, sejam setengah atau dua jam, tenaga saya berkurang. Sungguhpun saya bersemangat ke sekolah, namun, ada tugas yang tidak dapat saya buat dengan baik kerana sudah penat.Saya sukar menjadi guru terbaik lagi untuk anak-anak murid saya." Suara CikMa tertahan-tahan.
" Setiba di rumah, saya menolak apabila anak saya yang seorang itu mengajak bermain dengannya. Saya sudah penat kerana lama memandu.Saya sukar menjadi ibu yang terbaik ." Rasa sedih.
Dia mendengar dengan penuh minat.
"Kadang-kadang saya tidak dapat menyediakan keperluan dan mengemas rumah serta memasak untuk suami saya. Saya sudah penat . Saya sukar menjadi isteri yang terbaik."
Matanya membundar, mula memahami.
"Sudah 10 tahun saya berkhidmat di sini. Semua saya sayang termasuk cleaner sekolah. Saya memilih untuk berpindah kerana khuatir akan tiga hal yang gagal saya capai hanya kerana satu sebab."
Beginilah setiap hari...
Akhirnya, dengan mengeksploitasi segenap kemahiran komunikasi yang ada, dia bersetuju untuk menandatangani surat permohonan CikMa walaupun dengan berat hati.
hehe...cikma... saya dah 8 kali mohon masuk bangi... masih tak lepas2....kalau ikut jarak.... kat skola....sayelah yg paling jauh.... tapi, saye mcm cikma....tak penah kenal putus asa .... selagi ade borang utk diisi...selagi itula sy takkan putus asa.... huhu.... -matlan-
6 Ulasan
InsyaAllah kak.. Semoga urusan dipermudahkan.. Mesti dah karang ayat tu siap-siap... huhu...
BalasPadamHaslia... amin... terima kasih. mau tak karang?? hehehe
Padamselain dari pandai 'mengeksploitasikan' cara berkomunikasi, cara persembahan penulisan juga tambah menarik..
BalasPadamsaya luluskan lah.. :)
asiiiik!! :)
Mekacih Pak Uda... :)
Padamhehe...cikma... saya dah 8 kali mohon masuk bangi... masih tak lepas2....kalau ikut jarak.... kat skola....sayelah yg paling jauh.... tapi, saye mcm cikma....tak penah kenal putus asa .... selagi ade borang utk diisi...selagi itula sy takkan putus asa.... huhu....
BalasPadam-matlan-
Cikgu Roslan, katanya orang JPN, "Lagi jauh roda berputar, lagi banyak mengutip pahala"
PadamJPNS kata Bangi memang full. Maklumlah, ramai yang dah menetap di area Bangi dan Kajang.
Kita usaha, doa + tawakal. Kadang-kadang kena buat 'drama' sikit, baru lepas... :)
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)