السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Sepagi Jumaat yang mengujakan dengan pelbagai ceritera.
Kisahnya, Jumaat lepas, Mawaddah kelewatan. Lalu aku menghantarnya ke sekolah. Melihat anak yang seorang itu didenda berdiri sambil menyandang beg yang berat di tepi koridor, membikin hatiku gusar. Arghhh... kukuatkan hati seorang ibu. Biar sekali ini dia tahu, yang bersalah, tetap menerima hukuman. Setimpal. Pastinya selepas ini, episod sukar bangun tidur di pagi hari tidak berulang.Mudah-mudahan.
Aku meneruskan hari. Aku singgah di sebuah stesen minyak untuk membeli sesuatu. Ketika membuat pembayaran, sesuatu yang menyegarkan semangat berlaku.
"Wei, buku siapa ni??" Seorang petugas yang sedang mengelap meja kaunter pembayaran bertanya.
" Aku punya lah...." Jawab seorang budak lelaki, dalam lingkuan 20-an, yang berada dalam ruang kaunter tersebut.
"Perghhh.. siap tanda tu...." Usik rakannya tadi.
Aku mengerling.Buku itu bertajuk " Teknik Memotivasi Anak Cara Positif " tulisan Dr. Tengku Asmadi. Halaman di tengah-tengah buku itu sudah penuh ditandai dengan pen hilighter yang berwarna biru itu. Mengesan isi penting pasti. Dahsyat!
Mungkinkah pemuda itu siswa yang bekerja separuh masa di stesen minyak itu? Atau dia memang pekerja sepenuh masa di situ? Tapi bagiku, siapa dia yang sebenarnya tidak penting, yang penting dia mengisi masa senggangnya dengan membaca buku yang sangat bermutu . Aku kagum. Amalan itu yang sangat mulia dan perlu dicontohi.
Aku meneruskan haluan.Terus ke kedai basah untuk membeli sayuran segar. Namun, nampaknya urusniaga belum bermula. Mungkin trafik sesak membuatkan pengusahanya lewat sampai tidak seperti selalu. Kelihatan beberapa orang regular costumer setia menanti.
10 minit berlalu. Tibalah lori yang dinanti-nanti. Sebaik melihat kedainya dipenuhi pengunjung, lelaki itu sungguh berkobar-kobar memunggah barangan jualannya di pangkin kedai. Bagaikan tarikan magnet, makcik-makcik yang menanti tadi terus meluru ke lori.Yang gempal dan kuat, mengangkat sayur dan ikan yang berat-berat. Yang kurus dan agak tua , mengangkat beg plasti cili dan tempe. Masing-masing membantu dan bekerjasama tanpa bebelan akibat menunggu lama. Aku ? Aku yang muda hanya berdiri terpacak di satu sudut dek tertegun memerhati senario yang sukar kutemui di abad ini. Masya-Allah....
Alangkah indahnya dunia ini jika kita hanya melihat dan melakukan perkara yang baik-baik sahaja. Namun,Allah mencipta syurga dan neraka , demi keadilan, biar kembali kepada yang empunya.
Di hujungnya nanti, ke manakah kita??
Nota kaki: ... renung-renungkan.....
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)