Ad Code

Responsive Advertisement

Lesen Kereta

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Hari semakin gelap. Sudah 7.45 malam. Ketika rakan guru yang lain sudah selesai di tikar sejadah, aku masih lagi diikat dengan tali pinggang keledar di atas  lebuh raya. Aku menekan pedal minyak, 120km sejam.Seketika aku terfikir : Bagaimana agaknya aku jika tiada lesen memandu. Aku mengangkat signal, masuk lorong tengah. Kelajuan kuperlahankan.

Aku mendapat lesen kereta pada penghujung tahun  2003.  Sepanjang tahun pertama mendapat lesen, laluanku hanya rumah -sekolah-rumah. Jarak begitu pun, sudah berlaku dua kemalangan yang kucipta sendiri. Pertama, aku 'menggesel ' sebuah van. Kedua, aku 'menggesel' sebatang pokok. Puncanya? Belum menguasai  penggunaan cermin sisi.Teruk, kan?

Tahun kedua, laluanku bertambah. Rumah-sekolah-Jusco-rumah. Sehingga itu, semua tempat yang berada di antara rumah dan sekolah, sudah berani kusinggah.

Namun, senyap-senyap aku meletakkan 3 syarat sendiri:
  1. Aku tidak memandu pada waktu malam.
  2. Aku akan mengelak laluan bulatan -round about
  3. Aku tidak memandu ketika hujan.
Suamiku mengerutkan kening, hairan apabila aku memberitahunya  syarat di atas.Tapi aku punya alasan tersendiri, yang aku yakin itu adalah alasan yang sangat mantap lagi jitu!
  1. Sepanjang aku belajar memandu, kelas semuanya diadakan pada siang hari. Jadi aku tidak diajar memandu pada waktu malam :)
  2. Sepanjang pembelajaran, aku tidak pernah melalui bulatan. Jadi, manalah aku tahu cara nak memandu di bulatan :)
  3. Apabila hari hujan, kelas akan dibatalkan :)
Tahun ke tahun, aku menambah kemahiran dan keyakinan ketika memandu. Sehinggalah suatu hari , pada tahun 2008, aku pula yang 'menghentam' kereta orang dari arah belakang. Hujan lebat ketika itu. Longgar lututku hanya Allah yang tahu.Tapi, nasibku baik kerana lelaki Cina yang kulanggar keretanya itu tidak meminta ganti rugi, sebaliknya kami claim insuran masing-masing sahaja. Cuma , aku tetap kena kompaun, dengan jumlah diskaun. Kira okaylah tu....Syukur...

Lama-kelamaan, aku 'berjaya' melanggar ketiga-tiga syarat yang kugubal sendiri. Practice makes perfect kata orang.Paling jauh, aku pernah memandu ke Melaka. Bulatan HUKM, Kg. Pandan, Loke Yew, Bulatan Pahang, semua dah kulalui. Waktu hujan, waktu malam, semua dah kuredah.Bacaan basmallah kekal di bibir. Masuk kunci, angkat signal,angkat  wiper, lepas tol, masuk simpang, aku baca bismillah tak henti. Mudah-mudahan aku selamat ke destinasi....

Kalau tiada lesen kereta, aku rasa tentu 'patah kaki'.... Setuju tak??


Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu