Isnin, 31 Oktober 2011

Surat Untuk En. Mat Gebu



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

Menemui En. Mat Gebu yang saya hormati, semoga sejahtera selalu hendaknya.

En. Mat, saya seorang isteri , guru dan ibu kepada seorang anak perempuan berumur 7 tahun. November ini, genaplah setahun kami sekeluarga tinggal di rumah sendiri. Sebelum ini, kami bertiga tinggal bersama-sama dengan bonda saya memandangkan ayah  telah kembali ke rahmatullah.

Tinggal dengan bonda, bondalah ketua chef. Jadi , bakat memasak yang tak berapa nak ada pada saya ni,  terendam sahajalah  sementelah saya penat bekerja dan memang tak pandai memasak.Almaklum dulu tinggal di asrama dan anak bongsu katakan.... Jadi semua tugas di dapur, bondalah yang uruskan....

Pada November 2010,  saya berpindah tinggal berdikari memandangkan rumah kami telah siap sepenuhnya....Bonda pula ditemani abang saya yang budiman dan isterinya serta bayi mereka yang comel ....

Dapur asal telah diubahsuai, menjadikannya lapang dan selesa malah suami  telah melengkapkannya dengan segala keperluan memasak, dari sudu hinggalah ke periuk belanga. Sewaktu sibuk berpindah, dia ada beri ucapan pendahuluan yang simple. Katanya:  "dapur dah buat mahal-mahal ni, jangan tak masak pulak..." Saya tersengih je lahhh.....

Namun, bulan pertama kami asyik makan di luar sahaja.. Memandangkan tempat kerja saya jauh dari rumah, dan tiba hampir jam 8 malam setiap hari, makanya keraplah masakan orang lain yang masuk ke perut...sampai naik muak juga bila makan di luar...

Setiap kali mahu memasak, saya akan menghubungi bonda dan kakak untuk bertanyakan resepi dan cara.Aduhai, rasa menyesal pun timbul sebab tak mahu belajar lebih awal....Sehinggalah suatu hari , kakak ipar saya memperkenalkan blog En Mat kepada saya. "Bukalah Mat Gebu!" Terbeliak biji mata saya , biar benar kakak aku ni... apa gebu-gebu pulak nih. Saya ambil tak endah sahaja....Dan seperti biasa , menggunakan cara tradisonal untuk belajar memasak, saya sibuk bertanya bonda , kakak dan kawan-kawan di sekolah .....Saya pun memasak gitu-gitu je lah....

Lama-kelamaan , saya sendiri naik bosan dengan masakan sendiri. Balik-balik menu yang sama sahaja. Suami sangat baik hati,tidak pernah komplen, walaupun saya masak tak sedap. huhuhu

Suatu hari , saya outstation (cikgu pun ada outstation tau....) Bertemu dengan rakan senior,membuatkan saya teruja. Dia memberitahu saya, setiap minggu dia akan mencetak beberapa resipi dari DTS En. Mat dan menampalnya di peti ais. Jadi, hari-harinya lancar dan tak perlu pening kepala nak masak apa.Masya-Allah! Betul-betul mengujakan.

Sejak hari itu, setiap hari saya akan membuka blog En. Mat, blog saya sendiri pun saya tak buka hari-hari: blog sendu katakan... heheheh

Saya berterima kasih sangat kepada En.Mat, walaupun En. Mat dah bertaraf antarabangsa, namun resepi yang asas tetap tak dilupa dan sangat-sangat membantu terutama untuk 'feremfuan' macam saya yang baru nak pegang periuk dan senduk ni ha...Terima kasih ya, En Mat....

Setiap kali  masa makan, saya akan memberitahu suami,masakan ini saya belajar dengan Mat Gebu. Dia memandang saya, agak hairan. Siapa pula yang gebu-gebu ni... (agaknyalah dia fikir macam tu sama macam saya fikir mula-mula dulu) Selepas melihat masakan saya semakin menjadi-jadi, dia pun dah makin seronok , penuh peti ais saya dia beli segala lauk -pauk, udang,ikan, ayam , sotong, daging, ikan paus je takde.... ngeh ngeh ngeh....

Cuma mana-mana bahan yang tiada dalam stok, saya ganti dengan doa dan zikir supaya masakan sedap dimakan.... (aci tak macam tu??)

Suatu hari  saya masak kuey teow goreng,resipi yang saya belajar daripada En Mat  dan untuk pengetahuan En. Mat, inilah kali pertama dalam hidup saya masak kuey teow ni...(pengakuan berani lagi ikhlas ni) dan alhamdulillah menjadi pulak tu... Bertambah-tambah suami dan anak makan....Puas hati saya.... :)
Cili merah takde, saya ganti tomato :)


 Hari lain, saya cuba masak udang masak paprik. Masya-Allah ... anak saya kata macam makan kat kedai... hui.. kembang kempis hidung saya ni En. Mat!! Licin kami 3 beranak makan.... Alhamdulillah..

Ni pun resepi baru pertama kali cuba seumur hidup ...;)

Jadi, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat En. Mat Gebu kerana menjadi cikgu memasak atas talian... Banyak pahalanya!

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


 Sekian dahulu daripada saya, semoga berjumpa lagi di lain lembaran... Terima kasih En. Mat... :)

nota kaki: ...pertama kali hantar surat siap attach gambar! lalala



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

6 ulasan:

  1. Yan suka guna resepi roti dan kuih dari En Mat... alhamdulillah semuanya jadi

    BalasPadam
  2. betul tu.. senang ikut dan menjadi.. alhamdulillah.. seronok jadinya bila memasak sekarang ni... walaupun penat, tapi berbaloi-baloi..

    BalasPadam
  3. Terima kasih dan saya terharu sungguh dengan entri puan ini...moga kita mendapat manfaat bersama yea...Selamat pagi cikgu!!

    BalasPadam
  4. aduhai.. terujanya hati CikMa bila En Mat dah baca surat ni... makin berkobar-kobar nak memasak nak-nak sekolah dah mula cuti nih...serasa aura memasak tu tiba-tiba menyerap ke seluruh urat saraf! meleret senyum sepagi sabtu!
    mekacih banyak-banyak ye En. Mat...

    BalasPadam
  5. huhuhu..same lar cikgu..klu xbuke mat gebu pnye blog 1 hari..mmg xsah..ade jer mknan yang mengiurkan..saye pn xpndi masak..tgk resepi mat gebu sokmo..hihi

    BalasPadam
  6. betul tu.. dah try tak cekodok bilis dia.. fuhhh memang gebu abis! bukan stakat senang nak buat, tapi memang sedap tau!tak main dah adabi punya tepung...heheh

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)