Kita solat kerana siapa?
Kita berpuasa kerana siapa?
Kita bekerja kerana siapa?
Kita belajar kerana siapa?
Niat bermaksud pintasan hati. Apabila buat sesuatu pekerjaan atau ibadat, pasaklah niat betul-betul dalam hati kerana ALLAH SWT.
Sebagai analogi:
Sebelum berlepas, pesawat penerbangan telah ditetapkan destinasi dan pemanduan. Andai kata juruterbang tersasar hanya 1 darjah, namun, kesudahannya tidak akan sampai ke destinasi. Ini kerana, sejauh 60km pesawat itu terbang, ia akan berubah 10km akibat tersasar yang hanya 1 darjah.Bayangkan, beratus ribu kilometer, sudah pastilah, pesawat tidak akan mendarat ke destinasi sebenar.
Begitulah juga dengan niat kita.
Walaupun niat kita tetap baik, contohnya saya belajar kerana mahu ilmu. Itu benar. Saya bekerja untuk mencari nafkah. Itu benar. Saya belajar kerana ibu bapa. Itu juga benar . Tidak nampak mana silapnya, bukan?
Namun, sebaik-baiknya sebagai hamba-Nya, kita letakkanlah niat KERANA ALLAH terlebih dahulu... yang lain-lain pasti datang sendiri. Apabila kita bergantungkan sesuatu kepada Allah, Insya-Allah, kesudahan di akhirnya akan jadi baik dan berkat.
Namun, sebaik-baiknya sebagai hamba-Nya, kita letakkanlah niat KERANA ALLAH terlebih dahulu... yang lain-lain pasti datang sendiri. Apabila kita bergantungkan sesuatu kepada Allah, Insya-Allah, kesudahan di akhirnya akan jadi baik dan berkat.
Didiklah diri dan anak-anak supaya selalu niat kerana Allah apabila membuat sesuatu perkara yang bermanfaat.
Marilah kita selalu renew / tajdid niat kita ok.
Nota kaki: Tazkirah ini CikMa dengar daripada Yang Berbahagia Ust. Pahrol ,Radio Ikim.fm..... Terima kasih ustaz...
1 Ulasan
alhamdulillah, terima kasih atas peringatan
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)