Rabu, 20 Jun 2012

Aurat Perempuan Kecuali ?

 
 
Sebulan ni, CikMa pulun selesaikan Kerja Kursus Pendidikan Islam PMR. Bereskan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), Hafazan dan Tilawah. 
Apabila murid selesai satu tajuk, CikMa akan berkata ," Alhamdulillah, dapat pun. Ha, cepat hafaz  lagi, sikit je tinggal ni."

Itulah yang selalu CikMa ulang-ulangkan. 
 
Walaupun murid tersebut baru buat satu per sepuluh, tapi berkat kata-kata ustazah, mereka makin bersemangat dan menjadikan kata-kata itu sebagai tangkal azimat. Akhirnya, yang satu per sepuluh tadi, dapat menghabiskan baki tugasannya dengan kadar yang boleh dibanggakan. Yang penting, mereka terus bersemangat untuk teruskan perjuangan.

Begitulah.

Jadi pendidik ini ibarat sebuah kipas. Kalau diputar nombor satu, kelajuannya satu sahaja. Namun, jika diputar nombor tiga, kelajuan akan bertambah.

" Apa aurat perempuan?" CikMa melontar pertanyaan.

" Seluruh tubuh badan kecuali hidung dan tapak tangan." Jawab Ammar yakin.

CikMa mengerling. Dia masih tidak faham. CikMa pun mengambil hujung tudung CikMa yang lerang 60 inci itu dan menutup seluruh muka kecuali bahagian hidung sahaja CikMa biar terbuka.
 
"Macam ni?" CikMa bersuara di sebalik wajah bertutup yang hanya menampakkan hidung.
 
 
Lebih kurang macam ni lah (Model: Mawaddah)
 
 
Satu kelas tergelak. Ya Allah, geli hati jadinya.
 
Ammar tersengih-sengih, lalu mengulang semula ayatnya. 
 
" Aurat perempuan, seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan."
 
Baru betul... .

Aduhai, bertuah sungguh!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)