Ad Code

Responsive Advertisement

Ketawa Boleh, Tapi Jangan Banyak-Banyak

 
 
" Masya-Allah, awak ni Hamizan, ketawa tak henti-henti!"

Dia masih tertawa apabila CikMa menegur. Girang.

Sikit-sikit dia ketawa. Kawan hilang pensel dia ketawa. Ada murid lain terjatuh dia ketawa. Apa-apa sahaja yang berlaku dalam kelas dia ketawa. Macam tiada masalah langsung murid CikMa yang seorang ni. 

" Mari sini, Hamizan," CikMa memanggil. Dia menyengih. Datang ke depan.

"Duduk." Dia akur.

"Angkat tangan kanan. Letak kat hati. Mata awak, tengok kat hati awak tu."

Dia tetap akur. Budak yang baik. Tapi, bibirnya tetap menyengih.Tawa masih bersisa.  Bertuah!

"Lepas tu ustazah?" Dia bertanya, hairan.

"Awak beristighfar, ya. Asyik ketawa sahaja. Risau ustazah tengok awak ni."

"Ustazah, Faiz pun sama... ." Dia kurang puas hati.

"Takpe, awak istighfar sampai menangis, lepas tu ustazah panggil Faiz pula."

Lalu, dengan wajah yang ceria-meria itu, dia pun mula beristighfar. Lama juga dia melagukan istighfar itu.

"Ustazah , penatlah." 

" Kalau penat, berehat, lepas tu, sambung balik tau." Saran CikMa.

Setelah diam dengan sengihnya yang masih ada kira-kira dua minit, dia menyambung semula istighfar. Budak yang baik.

Dia terus beristighfar
"Ustazah, saya tak boleh menangis lah... ." Setelah 15 minit dia di situ, dia bersuara.
 
"Tulah, kalau hati dah keras, istighfar banyak-banyak pun masih susah menangis. Hati keras sebab banyak ketawa... ." Omel CikMa. 
 
Dia diam. Sudah tidak ketawa lagi. Muka sedih. 
 
"Baik, sekarang semua sekali, letak tangan kanan atas hati, tengok hati,  kita istighfar ikut Hamizan." 
 
 






Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.” 
(HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Sejak hari itu, kurang sedikit ketawanya, alhamdulillah... .


Saya rasa:

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Cik Ma kirim salam kat Hamizan yerr.. ;)

    Pasal dia gelak lah dia dapat entry khas kat blog cikMa nie ekk... ;)

    bertuah... bertuah punya budak.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. En. Raime Pak Uda, Insya-Allah...
      Pasal ketawa pun boleh buat cerita kan? :D

      Padam
  3. hatinya kat mana cik ma, kan letak tangan betul2, kan silap letak kat buah pinggang hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira-kira kat jantunglah duduknya hati tu... :) wah, kena check ni, kat mana hati sebenarnya. Nanti CikMa tanya cikgu sains. hehehe

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu