"Ustazah, Fitri pening!" Seorang anak murid CikMa memberitahu.
CikMa mengangkat muka. "Fitri, mari sini."
Dia menapak. Lemah.
"Awak tak makan apa-apa ke sebelum datang sekolah?" Dia tersenyum nipis, menggeleng-gelengkan kepala malu-malu.
CikMa mengerling jam di pergelangan tangan. Sudah 2.20 petang.
Masya-Allah, sudah lama perutnya kosong.
Fitri merupakan seorang anak yang bapanya hilang entah ke mana. Tinggal bersama-sama ibunya dan empat adik-beradik yang lain. Miskin dan susah, dia sudah alah.
"Nah. Makan ni. Makan sekarang." CikMa menghulur sebungkus coklat Cloud 9 yang ada dalam beg tangan.
Murid-murid yang lain sedang menunaikan solat Asar. Hanya ada beberapa orang sahaja ada di dalam kelas. Melihat Fitri makan, mereka sedikitpun tidak mengusik apa lagi meminta sikit walaupun CikMa nampak, ada yang menelan air liur. Budak-budak, siapa yang tak suka coklat! Tapi kali ini, masing-masing hanya memandang dan memahami keadaan Fitri yang susah itu.
Kebetulan CikMa membawa roti dan jem. CikMa sapukan dan beri kepada Fitri. Mata-mata yang lain memandang , bertambah sayu dan simpati.
Rezeki Fitri... .
Bayangkanlah, sejak pagi hingga jam 2 petang, murid ini kelaparan. Kalau dalam keadaan ini, jangankan budak, kita yang dewasa inipun takkan fokus dalam pekerjaan.
Selepas makan coklat dan roti, Fitri sedikit ceria. Sudah tentu dia gembira walaupun sakit kepalanya belum betul-betul reda.
Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam menuntut ilmu. Peliharalah dia dari segala kejahatan dan musibah. Berilah kejayaan dan kebahagiaan kepada dirinya sekeluarga. Amin.
Ummu Khaulah@ Aina, terima kasih atas kunjungan. Persekitaran dan detak hati yang meronta yang 'memaksa' CikMa untuk terus menaip. Tulisan, lagi tajam daripada bilah pedang! Dik, lagi sibuk, lagi nak menulis. "Orang yang sibuk sahaja yang menulis." Hehehe... kata-kata Pn. Norhayati :)
8 Ulasan
turut terharu...
BalasPadampak uda. :(
itulah resam kehidupan... ada suka ada duka ,kan pak uda kan...
Padammeleleh air mata ni.. huhu, cepat tersentuh dgn situasi begini..
BalasPadamsedih kan lyla... ada banyak lagi kisah suka duka anak-anak murid CikMa...teruskan membaca...
PadamCikMa, lama saya tak berkunjung ke sini. Hmm..patutlah CikMa masuk group Cerpen. Bahasa indah, mesej yang disampaikan pun terus mengalir ke hati :)
BalasPadamSaya sahaja tidak istiqamah menulis. Sibuk dengan aktiviti dan kerja sekolah (huhu aci tak alasan ni?) ;)
Moga kita semua terus ikhlas mendidik pelajar-pelajar kita. Doakan saya juga :)
Ummu Khaulah@ Aina, terima kasih atas kunjungan.
PadamPersekitaran dan detak hati yang meronta yang 'memaksa' CikMa untuk terus menaip. Tulisan, lagi tajam daripada bilah pedang!
Dik, lagi sibuk, lagi nak menulis. "Orang yang sibuk sahaja yang menulis." Hehehe... kata-kata Pn. Norhayati :)
semoga fitri tabah hadapi dugaan.
BalasPadamAdam, mudah-mudahan, amin...
PadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)