Khamis, 22 Disember 2011

Cara Menulis Refleksi P&P

 
 
Macam-macam versi refleksi yang disampaikan kepada para guru. Tulis peratus lah. Kena tulis bilangan murid lah.Macam-macam. Maka, bagi guru yang semangat berkobar-kobar, tulis selengkap-lengkapnya. Manakala , bagi guru yang kurang berkobar, tulis saja asalkan ada. 

CikMa pernah mengikuti satu slot Jemaah Nazir  dan Jaminan Kuali (JNJK) ,menurut nazir tersebut, refleksi bertujuan untuk :
 
mengetahui sama ada PnP pada hari tersebut berjalan atau tidak. 
Adakah objektifnya tercapai? 
Berapa yang capai?
Berapa yang tidak dapat mencapai objektif?
Apa tindakan guru kepada murid yang tidak dapat mencapai objektif tersebut?

Yang ni, contoh refleksi subjek Bahasa Inggeris.

12 students were able to answer the questions correctly. Others reread,
re-check and re-do the questions

32 students had to be guided and explained thoroughly in order to
complete the task.

18 students were able to answer the questions and list out the points
needed. Lesson to be continued.
Kalau CikMa sendiri, CikMa tulis begini:

Kehadiran: 28/30
PnP lancar.
25 orang murid dapat menghafaz ayat Kursi dengan betul.
3 orang murid masih menghafaz dengan bimbingan Imam Muda

Jika pada hari itu guru ada mesyuarat atau sakit atau berkursus, biasa CikMa tulis begini:

PnP ditunda pada  (letak tarikh kemudian)
Guru cuti sakit.

Menurut Nazir: 
BRM hendaklah ditulis dengan pen hitam.  
Refleksi tulis pen biru.  
Jika PnP ditangguh,refleksi tulis guna pen merah.
Buat garisan dengan guna pen hitam, bukan merah.

Begitulah ceritanya..... wallahua'lam

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

5 ulasan:

  1. Oh, begitu rupanya! Saya tak pernah tahu pun. Terima kasih CikMa.

    BalasPadam
  2. Ummu khaulah, dulu2 pun CikMa tak tahu juga.... bila dah diberi kursus, baru faham.... nak tulis refleksi ni, banyak versi. ada yang suruh tulis peratus. ada yang siap suruh tulis kenapa tak capai objektif ( murid letih sebab bersukan sebelah pagi) memang pening. so, yang terakhir, beginilah yang CikMa amalkan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. CikMa, saya tulis refleksi ikut bilangan murid yang capai objektif. yang tak capai saya tulis prlu bimbingan, perlu pengulangan dll yang seumpama dengannya.

      Padam
  3. Good sharing..terima kasih Cikma..

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)