Jumaat, 15 Februari 2013

CikMa ke Petrosains

 
 
Ma shaa Allah, lama sungguh tidak menulis di sini. 
Sebenarnya banyak sungguh cerita yang CikMa dah 'peram' nih. 

Jom kita buka satu-satu jom!

Alkisah semalam,  seharian CikMa ke KLCC, bawa Mawaddah dan anak-anak buah ke Petrosains. Termasuk semalam, baru 5 kali CikMa menjejakkan kaki ke KLCC. 
Ha? Tak percaya? Tak percaya sudah... . :P

Banyak pengalaman baharu yang ditempuhi oleh sekalian ahli rombongan. Hehehe...
 
CikMa sendiri kali pertama masuk ke tempat letak kereta di bahagian 'Pemandu Wanita Tanpa Penumpang'.
 
CikMa terpaksa 'paksa' budak-budak turun awal, semata-mata nak masuk parking situ. Huhuhu
 
Ambil gambar siap-siap, supaya tak lupa mana kereta kita...
 
 
Ops! Siapa yang layak pergi ke Petrosains ni? 
Kalau tanya CikMa, semuda 4 tahun hingga 80 tahun,  rasanya memang sesuailah ke sini... .

Mula-mula masuk kena naik 'bola hitam' , mesin pengimbas masa. Ala-ala naik roller coaster kat funfair gitu... Gambar tak boleh ambil atas faktor keselamatan.  
 
Selain gambar, replika dan model tentang sains, ada petugas khas yang akan membantu pengembaraan kita di Petrosains. 
 
Penerangan yang diberi, menarik perhatian selain dapat menambah ilmu kita tentang sains.

Pendek kata, memang berbaloilah.

Dinosour jadi penyambut tetamu :)
Nak rasa ribut taufan!

Petugas sedang terangkan proses kejadian awan :)

Rasa gempa bumi pula

Ada persembahan eksperimen

Seronok anak-anak melibatkan diri dengan eksperimen :)

CikMa ikut sampai sini jer, sebab CikMa keluar untuk solat. 
 
Alangkah baiknya jika pihak pengurusan dapat sediakan ruangan solat dalam Petrosains.

Apabila keluar, seronok anak-anak bercerita itu ini. Ada helikopter, ada kereta F1, ada gelongsor dan macam-macam lagi... Alhamdulillah... .
 
Anak-anak gembira, kita pun tumpang gembira sama.

Harga tiket :

Dewasa RM7.50
Remaja (murid menengah): RM5.00
Kanak-kanak : RM2.50

Keluar dari Petrosains, kami masuk ke pameran 'Sultan Of Science' ~ Terokai Dunia Sains Islam. Pameran ni dah bermula sejak 15 Disember 2012 dan akan berakhir pada 15 Jun 2013.


Pameran ini, mahal sikit tiketnya, namun, sangat berbaloi.

Dewasa: RM20.00
Remaja : RM15.00
Kanak-kanak : RM10.00

Jom tengok gambar... .

Jam 'Gajah' , inovasi Al-Jarazi
Jam 'Gajah' hasil rekaan Al-Jarazi, sangat mengagumkan! 
 
Jam ini tujuh meter tingginya, menggabungkan kepelbagaian negara, iaitu  menggunakan teknologi meningkatkan air Yunani, gajah India, Mesir phoenix, angka Arab, permaidani Parsi, dan naga Cina.
Selak pintu, sekali pulas tombol, empat selak terkunci! Hebatkan?
Rekaan menceduk air
Alat pembedahan, halus berukir
Eksperimen, pelancong dari Korea :)
Eksperimen demi ekperimen...
Tuang jangan tak tuang :)
Wartawan TV3 sedang  membuat liputan
Bergambar kenang-kenangan :)
Demikianlah episod kali ini... .

Siapa yang belum pergi, jom, selagi belum tamat tempoh.
 
Sambil berjalan, dapat juga  tambah ilmu dan pengalaman. 
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥