Ad Code

Responsive Advertisement

Puasa Enam, Sempatkah Kita?


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... .

Apa khabar  pembaca budiman yang CikMa hormati? Sudah 15 Syawal kita hari ini. Ada yang sudah mulakan puasa qada', puasa sunat enam  bahkan ada juga yang sudah selesai melaksanakan puasa sunat enam dan qada'.

 Alhamdulillah. Syabas CikMa ucapkan. 

"Saya  ni umur dah hampir 40 tahun. Tapi, sekalipun belum pernah dapat puasa enam. Tahun ni saya berazam nak puasa enamlah. Yelah, masa bulan Ramadhan dulu tak tahulah dapat ke tidak malam Lailatul Qadar. Yang ini, puasa enam, bagai berpuasa sepanjang tahun. Saya nak try. Doakan saya ye!"
Allahu Akbar.
Alhamdulillah, masih ada hamba Allah yang terus -menerus mahu meningkatkan ibadah sebagai bekalan akhirat.  


  "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)


Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal juga akan  melengkapkan kekurangan dan kecacatan ketika seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadhan. 


Ketika  berpuasa dalam bulan Ramadhan, puasa itu merupakan latihan buat kita. Apabila tamat Ramadhan, tugasan kita seterusnya ialah mengamalkan puasa, tunaikan yang qada' dan amalkan yang sunat.


Sama juga seperti seorang tentera,  setelah diberi latihan dalam bidangnya, beliau akan dihantar bertugas untuk mempraktikkan segala bentuk latihan yang dilalui sebelum ini. 

Begitulah.

 Puasa enam hanya boleh dilakukan dalam bulan Syawal, sama ada berturut-turut  bermula 2 Syawal , atau berselang seli. 


Tahun hadapan, belum tentu lagi kita akan bertemu Syawal.
 Apa kata Syawal tahun ini, kita buat puasa enam?  

Lihat sahaja tragedi kemalangan bas di Genting Highland yang berlaku semalam, sekelip mata sahaja meragut lebih 30 nyawa. Nauzubillahi min zalik.

Perkara yang berlaku di sekeliling, ayuh kita jadikan iktibar.

Insya-Allah, keberkatan Allah sentiasa menyinari langkah kita.

Allahumma amin.





 

Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Subahana Allah.. tq cikma bestnye..♥

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..syukran sebab singgah sini :)

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu