Ad Code

Responsive Advertisement

Ramadhan dan Suami Terlajak ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... .

Apa khabar semua? Lebih sebulan lamanya CikMa menyepi. 

Ramadhan , telah berlalu. 
Dulu-dulu, lagi nak raya, lagi happy. Tapi apabila umur menginjak dewasa, perasaan sedih mengambil alih. Sedih apabila Ramadhan berakhir. Maklumlah, Ramadhan bulan tarbiah. Mendidik diri.

Tingkatkan ibadah.
Banyakkan amalan.
Tingkatkan sabar.

Untung-untung, bertemu dengan Lailatul Qadar, yang lebih baik dari 1000 bulan. Andai  malam tu kita solat dua rakaat, samalah seperti kita solat dua rakaat selama 83 tahun! Subhanallah.

Cuba pakat-pakat scan  diri kita. Andai selepas Ramadhan, kita kembali kepada asal, mungkin sebulan Ramadhan tidak mencukupi buat kita. 
Allahu akbar.
Seorang isteri  telah datang dan mengadu. Dia telah 'bersama' si suami, selepas sahur dan terus terlajak (maaf) sehinggalah azan subuh. Bermakna, puasa mereka terbatal, lalu, si suami wajiblah qada' puasa dan kifarah iaitu sama ada merdekakan seorang hamba, berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

Termenung seketika si isteri. Nampaknya, memang berat denda Allah kepada sesiapa yang melanggar peraturan.

Merdekakan seorang hamba, setahu CikMa, di Malaysia, semua orang merdeka. Wallahu a'lam. Jadi, puasa dua bulan berturut-turut, masya-Allah. Mampukah???
Puasa. Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari, beserta niat. 
Apabila direnung kembali,  mungkin dengan tarbiah sebulan Ramadhan iman kita masih menipis, itulah sebabnya Allah mendenda kita (si suami) berpuasa selama dua bulan berturut-turut , untuk mendidik diri dan meningkatkan keimanan. 

Sekiranya benar-benar tidak mampu, berilah makan kepada 60 orang fakir miskin. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.

Mata yang berkaca menggambarkan betapa kesalnya atas kealpaan diri. Sunggupun telah berlalu, sama-sama kita ambil iktibar. Dan yakinlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

CikMa menyeru kepada diri sendiri dan teman-teman pembaca, jadikan Ihya' Ramadhan kekal dalam diri kita, kekal dalam jadual rutin hidup kita.

Biar hidup kita sentiasa 'dengan' Allah. Biar bertambah keimanan, bertambah keberkatan, bertambah ketenangan, dan bertambah kebahagian.

Allahumma amin.

Salam lebaran daripada CikMa, mohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah... .
Lepas ni, kita cerita tentang puasa enam pula. Insya-Allah.








Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu