Ahad, 22 Mei 2016

When Iceberg Is Melting...




Wah wah, tajuk Bahasa Inggeris CikMa kali ni. Alahai, sekali -sekala, apa salahnya kan? :) 

Sihat ke semua ni? 
CikMa doakan semua sihat dan terus tabah  melalui rutin hidup sehari-hari.

Masya-Allah dah hujung bulan Mei kita nih.  Tak lama lagi Ramadhan akan muncul. Mental dan fizikal dah kena ready.

Masa scroll gambar-gambar dalam telefon bimbit, CikMa teringat satu kisah yang terjadi masa CikMa menghadiri satu program anjuran Majlis Guru Cemerlang Selangor pada 21 April 2016 yang lalu.

Program tu diberi nama Pelaksanaan Program Team Building The Tiger In Me : I 'm A Champion (tulis penuh senang nak refer buat laporan heheh) bertempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. (KISAS)



Dari Kajang, CikMa jadi 'pilot' dan membawa bersama-sama tiga orang GC dari daerah sama. Seronoklah kalau berpergian dengan berteman, boleh berbual-bual panjang. Kalau memandu seorang diri, mengantuk juga.

Seronok tau dapat pergi KISAS, aura tenang damai sejahtera  begitu. 
Tiada  bunyi haruk -pikuk, tiada pelajar yang berkeliaran sana - sini, suara cikgu yang mengajar  pun Allahu Allah, lembut sahaja. Sekolah agama katakan, ye tak? Beradab sopan semuanya. Alhamdulillah.




Pelbagai aktiviti yang kami lakukan sepanjang hari tersebut. Semua GC negeri Selangor yang datang semua sporting dan happy, maklumlah dah lama tak pergi kursus Team Building. :)


Susun lego pun ada

Arahan yang sama tapi hasil berbeza ~ kikiki

 Dalam satu slot, kami bermain satu permainan yang bernama Iceberg Is Melting
(ni baru nak start cerita >.<)

Kalian pernah main game ni tak?

Beberapa kertas mahjong (yang warna putih tu) , diletak bersepah-sepah di atas lantai. Apabila muzik dihentikan, kita kena pijak atas kertas tu. Siapa yang gagal, dikira kalah dan kena keluar.

Permainan ni ala-ala musical chair, cuma kali ini ditukar kepada kertas mahjong.




Semakin lama, kertas mahjong dah tinggal sedikit. Konon-konon iceberg cair lah. Kertas tu mereka alihkan dan letak di atas pentas.  





Apabila iceberg dah semakin sikit dan 'mencair', macam-macam gelagat dapat disaksikan. Ada yang berpelukan sesama sendiri (sama jantina lah) , ada yang tarik diri, kira berkorban lah tu, dan ada yang angkat kaki sebelah. Hahaha

CikMa terpaksa menjengkit. Iceberg 'koyak'. Hehehe


Keadaan semakin kritikal. Masih ada beberapa orang lagi tapi iceberg dah makin cair. 
CikMa cari idea. Pandang sekeliling. 

Tiba-tiba CikMa nampak nun di atas pentas berlambak ICEBERG berkumpul di situ. Tanpa berlengah lagi, cepat-cepat CikMa berlari naik ke atas pentas. Kalian bayangkan jelah macam mana CikMa lari naik atas pentas,  macam pelari 100m pun hado. Hehehe.  Elok muzik berhenti, cepat-cepat CikMa pijak iceberg yang besar dan banyak itu.

Rakan-rakan yang dah tersingkir awal di bawah pentas ketawa sahaja. Penceramah iaitu Cik Wan melambai memanggil CikMa turun. CikMa pula menggeleng (degil tak kira) dan melambai pula kepada kawan di bawah supaya naik ke atas.

Iceberg yang masih banyak dan besar

Aksi lambai-melambai berulang kali berlaku , dan seorang demi seorang tewas hinggalah tinggal seorang sahaja yang selamat berpijak di atas iceberg yang sangat kecil.

Pada penghujung waktu permainan ,  CikMa memohon untuk berkata sesuatu lalu diberi mikrofon oleh pembantu Cik Wan.

" Saya ada sebab kenapa kekal di atas pentas walaupun Cik Wan dan kawan-kawan lain memanggil saya turun." CikMa telan air liur. Berdebar jugak sebenarnya. Hihihi 
Rakan GC yang lain semua memandang ke hadapan. 

" Masa Cik Wan beri arahan di awal permainan, Cik Wan cakap iceberg is melting. Macam mana pun cikgu-cikgu semua kena usaha selamatkan diri. Apabila saya melihat keadaan semakin kritikal, tiba-tiba saya ternampak ketulan iceberg yang besar masih ada di atas sini. Lalu, saya berfikir, mengapa saya masih mahu menunggu di tempat yang makin bahaya sedangkan di luar sana masih ada tempat yang selamat."

" Apabila Cik Wan lambai saya turun, saya tidak mahu kerana,  mengapa saya mesti terpengaruh jika bahaya yang bakal saya tempuhi jika turun? Saya pula melambai-lambai kawan-kawan supaya naik, tetapi mereka pula tidak mahu."

Selepas selesai bercakap, tiba-tiba Cik Wan memberikan CikMa hadiah  dan mengucapkan tahniah. Konon-konon CikMa ni berfikir di luar kotak begitu.(perasan je kan hahaha) 

Alhamdulillah , agaknya sudah tertulis rezeki CikMa dapat hadiah ni. Syukur Alhamdulillah. 
Syukran Cik Wan!





Allahu Akbar, kelakar pun ada. Terharu pun ya.

Begitulah hidup, nak selamat, nak berjaya, kena fikir secara kreatif dan kritis. 
Bukan senang nak senang. Macam-macam kena tempuhi.

Okaylah, kesimpulannya, kalian simpulkanlah sendiri ya!


Bersama-sama Cik Wan dan Kak Eita

Terima kasih CikMa ucapkan kepada 'peminat setia'  (perasaan) CikMa ala-ala BFF begitu, Kak Eita Nazira sebab rajin snap gambar-gambar  di atas. (Nak test hp baru dia tu hihihi) Thank you Kak Eita. I love you fillah.

Terima kasih dan syabas kepada penganjur yang telah berjaya mengadakan kursus ini, dan semua rakan Guru Cemerlang yang baik budiman. 


GC Daerah Hulu Langat Selangor yang hadir

Sekian dahulu ... . Senang-senang boleh sambung tulis Insya-Allah. 
Jumpa lagi!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

3 ulasan:

  1. Bestnya...kak eita pun terjebak dlm cerita cikma...nakal cikma ni tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... kenangan kan kak Eita. :)

      Padam
  2. Bestnya...kak eita pun terjebak dlm cerita cikma...nakal cikma ni tau...

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)