Sabtu, 24 Disember 2016

Makbulkah Doa Itu?

 
 
 
Subhanallah, Maha Suci Allah
Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah
Allahu Akbar, Allah Maha Besar
 
 
2016 bakal melabuhkan tirai. Syukur kepada Allah yang Maha Esa, kerana masih memberi peluang kita bernafas di atas muka bumi ini.
 
 
Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2016, namun tidak sempat Cik Ma tuliskan semuanya di sini.
 
 
Banyak pengajaran dan iktibar dalam kehidupan yang belum sempat dinukilkan sebagai perkongsian.Cik Ma berdoa semoga Allah memberi kelapangan masa untuk Cik Ma terus menulis buat teman pengunjung yang setia. Insya-Allah.
 
 
Tarikh 30 November 2016 merupakan saat paling gembira buat Cik Ma. Kenapa, ya? Eh, bukan, 30 November bukan tarikh lahir Cik Ma πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….
 
Sebenarnya 30 November 2016 adalah hari berangkatnya Cik Ma sekeluarga ke tanah suci, bagi mengerjakan umrah.
 
 
 
Sebelum ini, Cik Ma pernah menunaikan umrah iaitu pada tahun 1997. Ketika itu Cik Ma pergi bersama-sama rakan sepengajian dari bumi Mu'tah , Jordan. Tahun berikutnya, Cik Ma menunaikan haji , Alhamdulillah. 
(kisah masa bujang πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰)
 
 
Setelah mencongak-congak, Subhanallah, sudah lama rasanya tidak ke tanah suci. 18 tahun! Allahu Akbar!
 
 
Bagaimana agaknya Cik Ma 'berjaya' tersenarai menunaikan umrah pada tahun ini ya? (Alhamdulillah, terima kasih Allah)πŸ’“πŸ’“πŸ’“
 
 
 Selain menyimpan berdikit-dikit (bab ini serah  urusan kepada menteri kewangan aka En. Suami), Cik Ma dapat rasakan bahawa DOA kepada Allah yang Maha Mendengar , SANGAT PENTING dan perlu ISTIQAMAH
 
 
Skrip doa mestilah betul dan  tepat malah dibaca pada waktu yang tepat.
 
 
Asalnya, Cik Ma berhasrat untuk menunaikan umrah pada hujung tahun 2015, namun belum terpilih menjadi tetamu-Nya ketika itu.
 
 
Melihat rakan-rakan yang pergi menunaikan umrah bersama-sama keluarga membuatkan Cik Ma makin teruja.
 
 
  SETAHUN.
 
 
Setahun dalam diam,  Cik Ma memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT, begini bunyinya:
 
 
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jemputlah aku sekeluarga menjadi tetamu-Mu di tanah suci pada hujung tahun 2016 ini. " 
 
 
 Cik Ma baca setiap hari siang dan malam, berulang-ulang, sehingga meleleh-leleh air mata....😒😒😒
 
 
Sehingga bulan September 2016, suami masih belum membuat keputusan sama ada boleh  pergi atau tidak. Untuk pengetahuan semua, jika seorang wanita belum mencapai umur 45 tahun, dia tidak boleh menunaikan umrah tanpa mahram
 
 
Allahu Akbar, hati Cik Ma meruntun sayu. 
Bayangan Kaabah  melambai-lambai. 
  
 
Cik Ma terus-terusan berdoa ke hadrat Allah Ta'ala. Cik Ma sangat yakin, tiada yang mustahil bagi Allah. "Jika Allah berkata jadi, maka jadilah."
 
 
 
 Saudi Airlines, KLIA ke Madinah Al-Munawwarah
 
 Setiap Muslim pasti menyemai hasrat dan niat untuk ke tanah suci. Namun, kekangan jarak yang jauh,  kos dan komitmen menjadi faktor utama hasrat belum kesampaian. 
 

 Bagi seorang ketua keluarga, barangkali banyak aspek yang perlu diperhalusi. Komitmen kerja dan lain-lain harus diambil kira. 
Cik Ma memberi ruang kepada suami, untuk menimbang permintaan Cik Ma ini. Maklumlah, suami ni bukan suka kalau kita memaksa, kan. πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š
 Dalam masa yang sama, Cik Ma terus berdoa tanpa jemu.
  

"Tiada yang mustahil bagi Allah"


Akhirnya, suami bersetuju. Sepanjang hari itu, hati Cik Ma membasah dengan zikir 'Alhamdulillah'. Terima kasih Allah
Air mata berlinangan di pipi setiap kali selesai solat.


Sebutir nasi, jika belum masuk ke dalam mulut, bukanlah ia menjadi rezeki kita. 

Begitulah. 

Selagi kaki belum menjejak  tanah suci, selagi itulah Cik Ma terus berdoa tanpa henti. Tanpa jemu.  Meskipun persiapan telah dibuat,visa, tiket dan injection semua sudah lengkap,  doa itu jugalah yang meluncur di bibir ini.


Turut pergi bersama-sama kami, emak dan Abang Raime

Syukur Ya Allah, akhirnya, Kau menerima kami menjadi tetamu-Mu pada hujung tahun ini.

Doa yang setahun, makbul. 
Terima kasih , Allah.  
😒😒😒
  

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥