Ad Code

Responsive Advertisement

Apabila Suami Isteri Ber SMS...

 

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar 

Masya-Allah


 Lama betul CikMa 'membawa diri' kan? Tahun 2014 datang dengan pelbagai cerita dan peristiwa yang sarat, sehinggakan CikMa tak tahu di mana harus dimulakan.

Banyak perkara yang mendatang dan berubah, dan CikMa perlu  mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Namun, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana  masih dikurniakan umur dan rezeki serta kesihatan yang baik untuk terus mengharungi kehidupan.

Jom. Nak cerita ni.

Tanggal 17 April 2014 yang lalu, CikMa telah membawa anak-anak murid ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 


Alhamdulillah tercapai hasrat CikMa nak buat lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah.



Pertama kali masuk ke ruang perbicaraan, memang sesuatu yang mengujakan.
Malah, mendebarkan juga.

Kami berpeluang melihat sendiri perbicaraan yang berlangsung di dalam kamar perbicaraan. Disebabkan kami ramai ( 2 buah bas ), maka kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. 


 Tatkala semua orang sedang duduk di dalam bilik yang sunyi sepi, orang yang dibicarakan akan berdiri sepanjang perbicaraan. Semua fokus tertumpah kepada perbicaraan dan orang-orang yang terlibat. Allahu akbar! Bayangkanlah hanya dengan berdiri di tengah-tengah ruang betapa diri sudah rasa cukup terhukum!



" Bilakah kamu bernikah?" Soal Yang Arif. 

Si suami tercongak-congak. 

"Masya-Allah, tarikh nikah pun kamu boleh lupa?" Sindir Yang Arif.

Lalu si suami , malu-malu, melangkah ke arah isteri yang setia berdiri di sebelah hujung, dan mengambil sijil nikah yang disimpan rapi dalam sampul surat besar.

" Adakah kamu menerima sms daripada suami?" Soal Yang Arif kepada si isteri pula. Orangnya masih muda, kecil molek dan baharu bernikah 4 tahun. 

"Ada, Yang Arif." 

"Bacakan apa yang dihantar kepada kamu." Arah Yang Arif.

Lalu si isteri membaca sms lafaz talak yang dihantar oleh si suami.

Soalan demi soalan diajukan kepada si isteri untuk memastikan pengesahan lafaz talak tersebut.

" Ketika menerima sms tersebut, kamu berada di mana?" Tanya Yang Arif.

"Di rumah."

"Suami?" Soal Yang Arif lagi.

"Di rumah." Jawab si isteri. Suaranya kedengaran separuh hati. Mungkin terluka dan sedih.

Yang Arif menggeleng-gelengkan kepala. Sambil memandang ke arah semua yang hadir, beliau bertazkirah.

" Teknologi hari ini, baik SMS, Whats App, Facebook, Twitter ada baiknya. Tapi, kalau dah duduk satu rumah pun masih nak ber sms, mana boleh. Lainlah kalau berjauhan."

" Yang Arif, saya balik rumah, dia tidur. Saya bangun, dia pula dah pergi kerja." Sela si suami, meluah perasaan.

"Sungguhpun sibuk dengan kerja, berlainan syif pula, suami isteri mesti cari ruang untuk bercakap-cakap, tak boleh main sms sepanjang masa. Nah, inilah padahnya kalau guna teknologi tak kena tempat. Tiada  komunikasi, tiada kemesraan." Sambung Yang Arif.

Kedua-dua yang dibicarakan diam membatu.

Allahu akbar. 
Itu baru satu kes.

" Apa yang kamu lafazkan?" Tanya Yang Arif dalam kes seterusnya.

"Aku ceraikan dikau dengan talak satu atau tiga." Kata si suami.

" Sebenarnya, kamu nak ceraikan talak satu atau talak tiga?" 

"Talak satu." 

"Dia bohong Yang Arif!" Sampuk si isteri penuh semangat.

Seisi hadirin agak terkejut. 

"Saya belum tanya kamu. Nanti saya tanya kamu, barulah kamu bercakap." Hakim memainkan peranan, mengawal keadaan.

Ketika tiba giliran si isteri di soal jawab, segala pekung di dada didedahkan.

"Yang Arif, saya dah bagitahu kat suami saya, solat, doa banyak-banyak kat Allah. Dia tidak pernah solat, Yang Arif." Sedih.

Si suami tunduk setunduk-tunduknya. Malu? Tentulah sekali. Perasaan kami di dalam kamar perbicaraan bercampur-baur. Antara simpati, berdebar dan entah apa-apa lagi.

"Dia balik rumah mabuk-mabuk Yang Arif." Si isteri terus sahaja meluahkan apa yang terbuku di dada.

" Fokus. Sila fokus kepada lafaz perceraian." Pintas Yang Arif. Agaknya kalau dibiarkan, mungkin sahaja semua tembelang pecah dan masa perbicaraan takkan habis 7 hari 7 malam.

Allahu akbar. Allahu akbar.
CikMa beristighfar di dalam hati.

" Ya Allah, berilah kebahagiaan dalam rumahtangga kami di dunia dan di akhirat. Percikkanlah kasih sayang-Mu buat kami sekeluarga," diam-diam CikMa berdoa di dalam hati.

"Ustazah, susah juga nak bercerai. Kena soal macam-macam!" Ulas Yasmin, anak murid CikMa yang comel.

"Yelah, macam mana susahnya nak kahwin, macam tu jugalah , bukan senang nak bercerai. Kalau dah berkahwin, kena ikut apa Allah suruh, Insya-Allah Allah jaga kita." Balas CikMa.

Lawatan setengah hari ke Mahkamah Syariah, benar-benar memberi makna yang mendalam diri CikMa. 

Kesetiaan, kesabaran, toleransi, tolak ansur, kasih sayang dan keikhlasan, indah sungguh apabila dinikmati dan dihayati.

Namun, kalau hati dah benci, semuanya di tolak ke tepi!
Nauzubillahi min zalik.

Ok. Jom kita tengok gambar.

Dalam Bilik Persidangan


Ketika sesi soal jawab


Barisan guru pengiring dan pegawai mahkamah





Ahli rombongan Jejak Syariah 2014





Saya rasa:

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Assalamualaikum CikMa,

    Berdebar baca. Akhirnya rasa sangat sedih dengan kes begini :( Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam AdH...

      Begitulah asam garam kehidupan. Semoga kita tabah dan kuat menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.

      Terima kasih sudi singgah di sini ya. :)

      Padam
  2. Bagusnya ada program begini di sekolah. Pengalaman yang sangat berharga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan shahrulnizam... alhamdulillah dapat cikma buat tahun ni walaupun dah lama 'mengidam'. Pelajar nampak sangat seronok dan teruja. Insya-Allah akan dibuat setiap tahun.....

      Padam
  3. Salam. Singgah sini.

    Seronoknya dapat mengikuti program macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih singgah sini Zahidah :)
      Program lawatan macam ni memang best! Sekali -sekala ambil angin luar....

      Padam
  4. Ya Allah cik ma.. Macam tu ke proceeding untk lafaz cerai kat mahkamah? Susah jgak kan? Doa la byk2 semoga kita bersama2 mencapai keluarga yang sakinah, mawaddah, warrahmah.. Aminn.

    Papaglamz kembali ke sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah papaglamz... kita yang nengok ni pun rasa berdebar tak sudah! Amin ya rabbal alamin atas doa itu,,,,,

      Padam
  5. Assalamualaikum cikma...
    Blh bgtabhu k ana mcmana prosedur nak bwk pelajar ke mahkamah syariah tu...lama dah nak buat tp tak tahu cara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masya-Allah.. maaf baru terbaca ni..
      Mula-mula akak buat kertas kerja, kemudian hantar surat ke Mahkamah yang akak nak lawati. Nanti mereka balas. Tiada kerenah birokrasi Alhamdulillah. Cuma kita lah, kena cari tarikh yang sesuai (hari bekerja) dan selesaikan borang pelancongan dan kebenaran ibu bapa.

      Padam
  6. Assalamualaikum cikma...
    Blh bgtabhu k ana mcmana prosedur nak bwk pelajar ke mahkamah syariah tu...lama dah nak buat tp tak tahu cara..

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu