Sabtu, 26 Februari 2011

Nafas kesyukuran...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua...

         Tiga puluh minit  berlalu, aku memandu pulang ke rumah sambil ditemani deruman enjin dan angin serta bunyi signal yang mencelah sekali-sekala.Otakku ligat berfikir.

        "السلام عليكم,encik, Taman Sri Angsana Hilir?" aku bertanya. Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu hanya mengangguk.

     "Nak turun kat mana, nanti bagitahu",ujarnya bersahaja. Sekitar tahun 2005, kami baharu memiliki sebuah kereta. Kebetulan hari itu suamiku memandu kereta ke tempat kerja, manakala aku pula bermesyuarat di luar dan menggunakan perkhidmatan teksi.Sepanjang perjalanan aku hanya diam sahaja,  malas berbual-bual seperti selalu, mungkin kerana keletihan. Pemandu teksi itu memandu dengan penuh konsentrasi.

     "Lepas ni belok kanan ya encik.Ha, lepas tu ikut bawah jambatan."Aku mula bersuara menunjuk arah. Satu -persatu. Lengkap. Pemandu itu menurut sahaja tanpa sebarang masalah."Encik berhenti di depan rumah yang banyak pokok bunga tu."Akhirnya,  aku selamat tiba di rumah.

     "Encik." Lelaki itu menoleh. "Tiba-tiba kan, saya terfikirlah. Alhamdulillah saya boleh bercakap, kan? Dan encik pula boleh mendengar dan melihat. Kalau tidak, susah saya nak bagitahu arah rumah saya ni. Encik pula, mesti susah bawa teksi kalau tak boleh mendengar dan melihat."Tak semena-mena, aku 'terbagi' tazkirah dua minit dalam teksi.Spontan.Dalam pada itu, hatiku basah dengan tahmid kerana bersyukur atas nikmat Allah itu.

     Pemandu teksi itu terdiam. Malah terpaku. Aku lantas menghulurkan tambang tanpa mengambil bakinya. Aku mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi itu walaupun aku lihat dia seperti tidak bernafas!

p/s: ... terkadang kita lupa nikmat yang ada...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)