Jumaat, 4 Mac 2011

Jom Guna Faks Minda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua....

Faksimili minda.Pernah dengar alat ini?Pernahkah anda menggunakannya?

     Aku membaca artikel mengenai alat ini daripada Majalah Mingguan Wanita beberapa tahun lalu. Awalnya aku tak ingin membaca ruangan tersebut, namun, kurasa rugi pula jika tidak ‘mengkhatamkan’ majalah yang kubeli itu.Lantas, aku kuatkan hati untuk baca juga…

    Menghantar pesanan atau mesej melalui minda?? Ini memang betul-betul wireless.Percuma, lagi!Caranya?Hanya fokus butiran dan sasaran. Mudahkan? Mari kita cuba.


     Suatu hari , aku sangat teringin makan burger. Dalam hati  berkata-kata “ya Allah, sedapnya nak makan burger….Abang, Maria nak makan burger”. Kata-kata ini aku ulang-ulang dalam hati.Fikiranku terbayangkan wajah suami dan burger.Haha, memang lucukan?

     Malamnya, suamiku tiba-tiba bertanya. “Umi nak makan burger tak?” Wah… nampaknya mesejku berjaya diterima oleh suami.Menarik!Faksimili mindaku berfungsi .


     Kita perlu berlatih selalu jika inginkan faksimili minda kita berfungsi dengan berkesan.Gunakan sahaja, kepada sesiapa yang berkenaan, terutama  kepada pasangan atau orang-orang yang rapat dengan kita.

     Suatu hari  yang lain.Aku bermesyuarat di Hotel Capitol , Bukit Bintang selama tiga hari.Petang, selepas tamat mesyuarat,aku sengaja pulang ke rumah, dengan harapan selepas maghrib nanti , suami sudi menghantarku semula ke hotel tersebut. Malas aku memandu sebab jalannya sesak. “Bang, tolong hantar umi balik hotel semula?”Pintaku. “Alah, umi naik teksi je lah….”balas suamiku. Aku diam sahaja. Diam-diam ubi berisi. Hehehe….
     
      Aku mula menghantar faks minda kepada suami. “Abang, abang baik, kan…?Tolonglah hantar umi balik hotel… tolonglah….” Seperti biasa, aku ulang berkali-kali dalam hati dan membayangkan wajah suami  dan Hotel Capitol.Kelakar pula aku rasa.

     Selepas bersiap-siap, tak semena-mena, suamiku mencapai kunci kereta. “Abang nak gi mana?” Risau aku kalau-kalau mesin faksku ‘rosak’. “Tanya-tanya lagi, marilah abang hantarkan.” Fuh, lega hatiku. Alhamdulillah, ianya tetap berfungsi dengan berkesan.

      Sehingga kini aku tetap gunakan ‘alat’  ini kerana ianya mudah dan percuma. Banyak sudah mesejku yang suami terima.Tetapi , ada satu mesejku yang selalu di’reject’ dan tak pernah diterima suami.Aha…Apabila aku teringin makan pizza, tak pernah satu kalipun mesej ini diterima suami.Kenapa agaknya?Setelah aku fikir-fikir, ohhh… sebab dia memang tak minat makanan ini… Jika hal ini terjadi kepada anda , faksimili minda tidak sesuai digunakan lagi. Jawabnya, paksa dan pujuk rayu aje lah….. :)

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda menggunakan faksimili minda dengan saya di sini….Tentu menarik,kan??

Selamat mencuba!!

p/s: … ceriakan hari anda dengan minda yang positif…

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

7 ulasan:

  1. ini menarik... insya Allah ianya bukan kuasa jin yang menggerakkan hati ...

    BalasPadam
  2. kalau benda baik bukan pengaruh jin kan ustaz...?

    BalasPadam
  3. In shaa Allah akan aktifkan faks minda spt diujarkan CikMa..:)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Dalam kehidupan kita, kalau dah aktifkannya, bertambah menark tau!

      Padam
  5. Ilmu yg sama telah dikongsi oleh Dr Fadhilah Kamsah. Menjadi. Saya telah berkongsi ilmu ini kpd salah seorang peserta kursus usahawan yg saya handle. Alhamdulillah menjadi

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)