Ad Code

Responsive Advertisement

Cuti Datang Lagi....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....

Salam sejahtera buat semua....

Cuti sekolah muncul lagi. Ramai yang cemburu kepada guru apabila tiba musim cuti sekolah.Kenapa cuti sekolah sangat penting dan  bermakna dalam hidup seorang  guru??


Rata-rata hanya mengetahui, cikgu kerja separuh hari, dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Atau sesi petangnya bermula 12.30 tengah hari hingga 6.45 petang. Namun, sebenarnya itu hanyalah waktu rasmi guru dibayar gaji untuk bekerja. Selebihnya, cikgu tetap bekerja lebih masa SETIAP HARI. Buktinya?Aktiviti koko di sebelah pagi / petang , menanda buku murid di sebelah malam. Itu perkara asas yang cikgu biasa lakukan di luar waktu 'pejabat'.

Setiap hari persekolahan, bukan murid sahaja yang belajar. Malah, para guru turut menjadi pelajar tanpa disedari.
  1. Belajar menangani kerenah murid yang pelbagai ; itu yang utama kerana murid merupakan 'co- business' dan pelanggan tetap guru.
  2. Belajar kira-kira tanpa henti: headcount , peratusan , dan semua yang melibatkan angka. 
  3. Belajar membuat kertas kerja berkualiti : untuk program pembangunan akademik  dan sahsiah murid. 
  4. Belajar menghasilkan bahan-bahan pembelajaran yang berkesan.
  5. Belajar memahami budaya kerja pihak pentadbir dan rakan sejawat.
  6. Belajar berdepan dengan ibu bapa yang positif dan negatif.
  7. Belajar mengisi semua data-data pendidikan seperti  maklumat dan biasiswa murid.
  8. Belajar mengendalikan program sama ada di peringkat sekolah, zon, negeri mahupun peringkat kebangsaan.
  9. Belajar meningkatkan daya saing dan profesionalisme kerjaya.
  10. BELAJAR MENGURUSKAN MENTAL DAN FIZIKAL  setiap masa kerana memilih untuk menjadi seorang guru.

Nah, dengan pernyataan di atas, maka wajarlah guru diberi cuti... Masyarakat tidak perlu iri hati dengan cuti yang dinikmati oleh para guru kerana guru yang sihat mental dan fizikal akan memberi kesan yang positif kepada anak-anak didiknya.


Bagi rakan  guru pula, sekiranya anda memilih untuk menjadi seorang guru, kesemua perkara di atas hendaklah anda lalui dengan gembira dan penuh penghayatan.Sekiranya anda mengatakan TERPAKSA BELAJAR MENGURUSKAN MENTAL DAN FIZIKAL  disebabkan tugasan guru yang kian mencabar, masih belum terlambat untuk anda berubah. Sama ada berubah azam ataupun berubah profesion.

Oleh kerana tekanan globalisasi, maka guru perlu masa untuk ' direhatkan sebentar'.Maka , saya menyeru kepada semua rakan guru dan diri saya sendiri,marilah kita manfaatkan sepenuhnya cuti pertengahan penggal kali ini . Lakukanlah semua aktiviti yang dapat menggembirakan hati kita. Ingat, kita hanya manusia biasa yang perlukan tambah nilai  hidup yang banyak untuk dinikmati oleh  anak bangsa!

p/s: kerja sekolah yang tertangguh ayuh siapkan...;)

Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. setuju sangat marya...menjadi guru adalah satu pengorbanan yang besar besar tanggungjawabnya....bukan senang untuk menjadi guru...kerajaan sepatutnya memberi lebih imbuhan kepada para guru.....

    BalasPadam
  2. mungkin takat itulah yang kerajaan mampu sediakan untuk para guru memandangkan jumlah guru sangat ramai jika nak dibandingkan dengan lain-lain penjawat awam.
    cuma kalau boleh yang dititikberatkan ialah kebajikan guru... terutamanya guru yang bertugas berjauhan dengan keluarga.Ada seorang kenalan yang dah berjauhan dengan suaminya lebih 3 tahun, suami di Kelantan, dia dan 4 orang anak di KL. bayangkan situasi dan rutinnya sehari-hari, mampukah dia fokus antara diri, keluarga dan kerjaya??

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu