السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua.....
Aku memang suka jadi cikgu.
Memang suka sangat jadi cikgu.
Murid merupakan pelanggan utama bagi seorang guru. Keletah dan kerenah murid ,ada yang mencuit hati, tak kurang juga ada yang memanaskan hati. Namun, semuanya aku lalui dari sudut yang positif. Memang letih bekerja seharian, maklumlah, tugas guru membina insan, bukannya mencipta barang yang tiada nyawa.
Hari itu aku bangun sangat awal. Sekitar jam 3.00 pagi aku mula menyiapkan kerja-kerja yang berbaki. Borang permohonan Guru Cemerlang,menanda buku dan men'touch up' slide untuk Ceramah Teknik Menjawab yang akan kusampaikan keesokan harinya .Penat memang penat. Cemburu juga melihat suami yang masih lena. Tapi, aku redah juga sebab ini memang pilihanku.
Keesokan harinya, aku lega. Semua aktivitiku berjalan lancar.Hingga jam 6.00 petang (aku mengajar sesi petang), aku mula rasa pening-pening lalat. Faham-faham ajelah, 'punch card' sejak jam 3.00 pagi....
Kelas terakhirku , Pendidikan Islam Tingkatan 1.Kami berbincang kertas soalan ujian lalu.
" Apa maksud beriman kepada Allah SWT?" soalku, merujuk kepada kertas soalan tersebut.
Tiba-tiba, Yusry menjawab dengan muka yang selamba. "Kepercayaan kepada Tuhan, ustazah. "
Aku yang agak-agak pening ketika itu , berfikir sejenak, eh, macam biasa aku dengar aje ayat tu.
"Itu Rukun Negara daaaaa..." Walaupun pening dapat juga aku menyahut jawapan itu.
Seisi kelas ketawa, dan ketawa yang paling menggelikan hatiku ialah ketawa Ruzaini, yang meletus terhenti-henti bersama bahu yang terhenjut-henjut dan senyum lesung pipit dari pipi yang 'chubby'.
Ruzaini berbaju Kadet Laut (biru laut) |
Ceria sungguh anak-anak muridku. Aku gembira. Hilang penat lelahku hari itu. Aku pula semakin bertenaga seolah-olah nyawaku dicaj semula dengan riang tawa mereka.
Tamat persekolahan 6.45 petang, dua tiga orang anak murid sudah menunggu untuk membantuku mengangkat barang (beg, buku-buku) masuk ke dalam kereta. Damai sungguh perasaanku ketika itu. Mereka peroleh pahala sedekah tanpa disuruh-suruh.
Hari itu, aku pulang dengan gembira.
Benarlah, aku memang suka jadi cikgu.
Memang suka sangat jadi cikgu.
p/s: ... kerja sebagai ibadah, , manisnya terasa hingga ke tulang-belulang....
2 Ulasan
cik atie mmg respect org suka jadi cikgu..bukan senang nak cari org yg betul2 ikhlas nak jadi guru....besar pahalanya
BalasPadamapa pun profesion seseorang, jika memang berkhidmat kerana minat dan niat yang baik, insya-allah... berkat Allah sentiasa mengiringinya...
BalasPadamAda nak komen?Tulis sini ek... :)