Ad Code

Responsive Advertisement

Lelaki ke Perempuan??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua….

23 Jun 2004, 4.30 petang, Wad Bersalin, HKL

       “Maryati, cuba sebut, baby ni lelaki ke perempuan?”Mak bidan yang sebelumnya tidak berapa mesra pesakit tiba-tiba mula menunjukkan keramahannya. “Eh? Lelaki ke perempuan nih?” Dahiku berkerut.
               
       4 bulan. “Ha, tengok, itu punainya…..”Dr. Medi girang.Hatiku juga girang.Almaklum, selepas empat tahun menunggu, baru kini Allah kurniakan.

       7 bulan. “Maria, tengok, ada ‘telur’, dua biji tu….” , kata Dr. Medi. Minggu itu, aku dan suami  bershopping sakan. Cadar,topi , stokin, baju, tuala, semuanya berwarna biru.

       8 bulan.“Bila bersalin?” Tanya seorang makcik ,kenalan emakku yang datang bertamu di rumah. “Insya-Allah, bulan depan ,makcik…”jawabku. “Macam lelaki je, anak kau ni …”Aku hanya tersenyum.

       Masalahnya, kenapa satu pun nama untuk bayi lelaki aku tak berkenan?? Puas aku tulis.Puas aku fikir. Puas aku cari.Izzuddin.Hafizuddin.Imaduddin.Ya Allah…. Memang tak berkenan langsung!

Aku tulis pula pilihan nama untuk bayi perempuan. Sofia, Mawaddah, Atirah, Afifah, Munawwarah.Hmmm…. sejuk pula hatiku.

Telefon bimbitku berdering. “La… dulu kata baby boy?!” Tanya si pemanggil.Si kecil yang sedang nyenyak di dalam katilnya tiba-tiba mencebik.“Baby girl?Aik, scan hari tu kata baby boy?” Si kecil mencebik lagi.Hampir-hampir menangis.Tersendu-sendu menahan sebak. Begitulah yang terjadi setiap kali mereka bertanyakan jantina anakku.

“Mak, tolong pesan, siapa-siapa nak datang tolong bawa yang pink-pink ya….” Pintaku serba-salah bercampur malu.



               Mawaddah (3 bulan) bersama nenek

Enam hari di wad,  penuhlah beg Nurul Mawaddah Bt. Mohd. Azizuddin dengan tuala, topi , stokin, baju yang berwarna merah jambu… tak lupa juga gaun  pertamanya yang berwarna merah jambu yang dihadiahkan oleh Nenek Yah….Terima kasih Nek Yah, terima kasih semua…..
Kini, Nurul Mawaddah sudahpun  menempuh alam persekolahannya… Arghhh….Tujuh tahun berlalu, masih terasa baharu semalam aku keluar dari bilik bersalin...….





 p/s: Kehebatan ciptaan Allah yang  tiada tandingan...

Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu