السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...
Suatu hari, sebuah keluarga sedang berjalan menuju ke sebuah gedung membeli-belah. Tiba-tiba, anak yang kecil terjatuh.
"Kakak, kenapa tak pegang adik?!Tengok ??Kan adik dah jatuh!" Jerkah si ibu.
Si kakak yang tak tahu apa-apa terpinga-pinga. Ralat kerana dia dipersalahkan atas 'dosa' yang tidak disangka-sangka.Kasihan.
Hampir setiap hari senario seperti di atas menimpa anak-anak tanpa kita sedari. Sebenarnya, anak-anak belajar menyalahkan orang lain secara tidak langsung daripada dialog si ibu.
Apabila di sekolah:
"Damia, mana buku awak?" Cikgu bertanya.
"Koyak , cikgu. Adik saya main."
Lihat?? Senang-senang sahaja anak menyalahkan orang lain pula kerana dia sudah belajar daripada si ibu.
-------
Apabila sudah berumahtangga:
"Abang, kenapa balik lewat?" Tanya isteri.
"Bos bagi banyak kerja.Tu yang lewat sampai." Jawab suami selamba.
Menyalahkan orang lain terbawa-bawa hingga dewasa.
------
Begitulah.Diri bersalah tetapi suka menyalahkan orang lain.Kenapa agaknya??
Asas didikan. Didikan sejak awal perkembangan seorang kanak-kanak.
Tanpa kita sedari, kita telah menerapkan didikan menyalahkan orang lain kepada diri si anak, sejak dia kecil lagi seperti dialog yang pertama.
Kita menyalahkan mereka atas kesalahan yang bukan mereka lakukan.
Kita menyalahkan orang lain , walaupun kita tahu bukan orang itu yang bersalah.
Jadi, marilah kita tukar cara didikan yang biasa itu kepada nilai yang positif. Ajar anak untuk mengaku kesalahan sendiri dan cuba perbaiki.Dan kita pula, jangan mudah-mudah salahkan anak jika sohih benar bukan dia yang bersalah.
Ayuh betulkan yang biasa dan biasakan yang betul !
p/s: ...masih belajar memahami jiwa anak-anak...
0 Ulasan
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)