Ad Code

Responsive Advertisement

Oh Anak Lelaki!

السلام عليكم ورحمة الله  وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Sewaktu mengemas surau pagi tadi, aku dibantu oleh 4 orang anak muridku yang setia...tekun  membantu dari jam 11 pagi hingga 2 petang.

"Lipat sejadah tu macam ni.... baru kemas....sama....bila susun nampak cantik..."Aku membuat simulasi.


"Ntah kau ni.Lipat sejadah pun tak tahu." Raihan mencelah.

"Manalah aku tahu... kat rumah mak aku suruh angkat je baju-baju yang dia dah lipat, masuk dalam almari." Adnin menjawab sambil tersenyum simpul.

Ajarlah anak-anak lelaki anda melipat pakaian..

"Aduh, lenguh pinggang saya sapu karpet ni, ustazah." Beritahu Hisyam.

"Aik, baru sapu sikit dah lenguh-lenguh?Kena berlatih sapu sampah... nanti esok-esok bila dah kahwin, boleh tolong isteri kat rumah...." Sempat juga aku memberi tazkirah pendek.

Ajarlah anak-anak lelaki anda menyapu sampah...

"Sental macam yang ustazah tunjuk tadi..." 

"Baik ustazah." Sahut si Adnin.

"Ustazah memang baik pun... "Aku berseloroh. Mereka ketawa.

"Saya biasa cuci tandas kat rumah ,ustazah." Tambah Adnin.

"Ha-a, rajinnya... anak siapa la tu..." Aku menyahut.
Ajarlah anak-anak lelaki anda membersihkan tandas...

Elok  siap semuanya, azan Zohor berkumandang dari Masjid As-Syafie. Mereka berempat menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Sejuk perutku walaupun aku bukan  ibu kandung mereka....

Ajarlah anak-anak lelaki anda mentaati perintah Allah...
Seketika aku teringat kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah di corong radio beberapa tahun yang lalu.

Katanya: "Ajarlah anak-anak lelaki anda hari ini membuat kerja-kerja rumah, supaya tiada lagi perempuan yang merana apabila mendapat suami seperti yang anda dapat hari ini."

Wah, sampai begitu sekali ayat-ayat yang dituturkan!

Terus aku terkenang seorang kenalan yang beranak empat yang kukenali sewaktu berkursus suatu masa dahulu. Semua hal rumahtangga , dia seorang uruskan. Suaminya? Langsung tidak membantu sedangkan suaminya juga seorang  guru. Sama-sama bekerja, tetapi pulang ke rumah, si isteri bertungkus lumus menyiapkan semuanya.Kurus-kering sudahnya si isteri...

Aku pun terfikir. Lelaki ke perempuan yang kuat??

p/s:.. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...
Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. thanks kerana mengingati....sebagai seorang ibu yang bekerja kadang2 rasa sedih dan marah bila kita ni dianggap mcm pembantu rumah oleh anak.

    BalasPadam
  2. Ibu bapa dianggap hamba adalah salah satu tanda kecil hari kiamat...Didik anak memang suatu cabaran yang menduga iman dan sabar... Moga ada pahala untuk si ibu yang beriman dan bersabar.... :)

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu