Ad Code

Responsive Advertisement

Belum Cuti Daaaa....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....

Cuti Semester 1 telah bermula. Sebagai seorang guru, cuti dua minggu ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Jadi, aku mula merancang apakah yang mahu aku lakukan supaya tidak menyesal di kemudian hari.


Hari ini, aku akan ke sekolah (sekolah lagi??) . Tujuan utama aku ke sekolah adalah untuk menutup semua register Tingkatan 2, mencetak sijil-sijil pencapaian murid (nasyid dan kawad kaki) , mengemaskini fail biasiswa dan fail panitia serta membersihkan surau sekolah. Mujurlah ada 6 orang murid yang sudi membantuku untuk mengemas surau.Alhamdulillah.

Esok, Selasa, aku akan ke sekolah lagi. Menanda kertas-kertas peperiksaan Semester 1, menanda buku-buku yang berlonggok di atas meja ,dan akhirnya, mengemas mejaku sendiri.

Aku berharap, misi dua hari ini akan terlaksana dengan jayanya.

Lusa?? Aku akan ke sebuah sekolah menengah di Ampang, atas undangan menyampaikan ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR.

Nampaknya, dalam seminggu pertama ini, hidupku masih berkisar dengan kerjaya sebagai seorang pendidik.Syukur suamiku menyokong dengan memberi izin dan tidak pula merungut. (semoga Allah membalas jasa baik abang!)

Hujung minggu ini , baharulah aku akan pulang ke kampung sebelah suami untuk menziarahi ibu bapanya sekeluarga serta menghadiri undangan perkahwinan sepupu suami di Baling.

Aku berdoa mudah-mudahan minggu pertama ini memberi kelegaan dan kebahagiaan untukku!Kelegaan kerana selesai tanggungjawab di  sekolah. Dan kebahagiaan kerana  berada di sisi insan-insan yang kusayang!

p/s: .. tanggungjawab tetap tanggungjawab....


Saya rasa:

Catat Ulasan

0 Ulasan

Close Menu